cerpen 9 : Pelengkap Hidupku



"Benci kau !!!"aku menjerit sambil menunding jari tepat ke muka Feeqi.

"Aku benci kau sepuluh kali ganda !!!"ei, kurang asam betul mamat ni. Aku luku kepala dia baru dia tahu apa itu erti kesakitan.

"Lantak lah kau nak benci aku berapa puluh kali ganda sekalipun. Aku nak kau bersihkan sekarang !!!"naik lagi oktaf suaraku. Feeqi sekadar menayang muka tidak bersalah. Geramnya aku ! Ada jugak aku campak dekat lombong ni.

"Tak nak. Kau yang tumpahkan bukan aku,"selamba kambing je Feeqi bersuara lalu menghayunkan langkah menuju ke ruang tamu. 

"Feeqi !!!!!"ambik kau ! Mentang-mentang lah ibu dengan abah keluar, mulalah aku dengan Feeqi berperang.

"Oi senyaplah mangkuk jamban ! Aku gam mulut kau kang baru kau senyap agaknya. Kau bersihkan je lah, bukan susah pon,"aku bersihkan ? Jangan harap !

"No ! Siapa yang tumpahkan air coklat ni dulu ? Kau kan ? Now, kau lah bersihkan sebelum aku simbah kau dengan air panas ni,"ugutku. Feeqi hanya mencebir. 

"No ! Kau sebagai isteri kena buat semua kerja ni,"amboi, sedap dia je nak cakap macam tu.

"Pardon ? Isteri ? Aku isteri kau ke ? Tolonglah wei jangan nak guna perkataan tu. Geli tekak aku ni. Dah, aku tak kira kau mesti kemas !"arahku sambil bercekak pinggang. Aku lihat Feeqi menjungkitkan keningnya sebelah sambil memandang aku dengan pandangan yang tersimpan seribu satu macam ancaman.

"Okay fine ! Aku kemas ! Memang mengadu je lah kerja kau kan ? Ei !!!"aku mengalah akhirnya apabila Feeqi sudah membuat gaya begitu. Aku tahu kalau aku tak buat, habislah dia ngadu dekat ibu dengan abah. Lepas tu aku jugak yang kena tadah telinga terima leteran. Si Feeqi ni tahu gelak je. Kurang asam !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku berjalan seperti biasa menuju ke sekolah. Okay fine ! Aku bukan cikgu sekolah tu, cuma seorang pelajar yang berwibawa. Perasan ! Dekat sekolah ni tak ada seorang pon yang tahu aku dah kahwin kecuali aku dengan si Feeqi tu. Apa jadahnya lah aku kena kahwin dengan dia. Abah lah tu punya kerja !

"Fiera, abah nak kau dengan Feeqi kahwin,"aku melongo seketika. Gila lah aku kena kahwin dengan si Feeqi tu  ? Aku ni sekolah pon belum habis. 

"Tapi kenapa ?"aku bertanya dengan nada tak puas hati.

"Sebab abah tak nak orang lain cerita buruk pasal keluarga kita sebab Feeqi duduk dekat rumah kita sedangkan dia tak ada kaitan dengan kita. Nanti dia orang ingat Feeqi dengan Fiera buat maksiat,"aku mendengus geram.

"Tapi abah, kita orang kan masih lagi belajar. Mana boleh !"aku membantah habis-habisan. Dalam hati aku sudah tidak keruan. Aku tahu keputusan abah tidak akan berubah sampai bila-bila.

Sebulan selepas saja perbalahan antara aku dan abah, akhirnya aku dan Feeqi selamat diijabkabulkan. Tetapi hanya beberapa orang saja yang tahu mengenainya. Budak sekolah aku pon tak tahu pasal ni. Kalau dia orang tahu memang kena gelak lah sampai mati agaknya.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Oi Fiera, sorang je ke ?"terkejutku apabila aku ditegur tiba-tiba. Segera aku memandang ke sisi. Aniq ? Dadaku berdebar tiba-tiba. Aduh, ni lah masalahnya bila orang yang aku suka dekat dengan aku.

Aniq. Seorang pelajar lelaki yang termasuk dalam kategori kacak. Ramai pelajar perempuan yang suka dia termasuklah aku. Dah lah kacak, baik, peramah dan yang paling penting dia tak pernah sakitkan hati aku macam si Feeqi tu. Huh ! Harap je muka kacak tapi perangai macam jembalang tanah !

Hah, cerita pasal Feeqi, mana pulak mangkuk sorang tu pergi ye ? Segera mataku melilau memandang sekeliling mencari kelibat Feeqi di sekitar kawasan sekolah. Tiba-tiba mataku terpandangkan sepasang kekasih yang sedang duduk di bawah pokok tepi padang.

"Huh ! Dating je,"gumamku sambil mengetap bibir.

"Siapa dating Fiera ?"spontan aku memandang ke arah Aniq di sisi. Lupa pulak aku dengan kewujudan kekasih gelapku di sisi. Kekasih gelap lah sangat !

"Tak ada siapa. Tu, burung tu tengah dating,"aku menjawab sambil menunjukkan sepasang burung yang berada tidak jauh daripada kami.

"Lah, tengok burung dating pon cemburu ke ? Kalau macam tu, jom dating dengan saya,"ucap Aniq lalu menarikku menuju ke sebatang pokok di tepi padang. Aduh, mati aku ! Dah lah dekat dengan tempat Feeqi dating. Memang tempah bala namanya.

"Oi Aniq, tak boleh lah dating. Nanti nampak dek cikgu Am, memang masak kita kena rotan,"aku menayang wajah cemas dan masih tidak berganjak daripada kedudukanku.

"Adeh lah kau ni Fiera. Aku sebenarnya nak suruh kau ajar kimia je,"ek eleh mamat ni. Gua sepak muka dia, baru tahu.

"Ceh, cakaplah betul-betul lain kali ! Dah lah, jom,"kali ini aku pula yang mendahului Aniq menuju ke tempat duduk yang disediakan di tepi padang itu. 

Aku terus menerangkan kepada Aniq tentang perkara yang dia tidak begitu faham. Sesekali kami tergelak kuat. Aku perasan, anak mata Feeqi tidak lepas daripada memandang wajahku. Marah lah tu !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Puas dating ?"

"Oh Feeqi pondan !"ops, termelatah pulak. Feeqi ni lah punya pasal ! Apa kes tiba-tiba masuk bilik aku ni ? Aku yang sedang berbaring di atas katil terus bangun.

"Kau nak apa ni ? Semak betul lah !"marahku apabila Feeqi terus masuk ke dalam bilikku. 

"Saja je. Aku bosanlah duduk sorang-sorang. Yang kau terperap dalam bilik ni kenapa ? Selalu ada je kau nak carik pasal,"ei dia ni. Aku carik pasal salah, aku tak carik pasal pon salah. Mereng betul mamat ni.

"Malas aku nak carik pasal. Penat lah aku hari ni. Tadi petang aku bantai gelak dengan Aniq sampai dah nak pengsan. Sekarang ni aku nak rehat lah pulak,"selamba aku menjawab lalu berbaring kembali. Feeqi sekadar memandang ke arahku lalu mencebir.

"Wei, bangunlah. Aku bosan tak ada kawan nak borak,"ucap Feeqi lagi lalu mengoncang tubuhku. Aduh mamat ni !

"Aku penatlah bengong. Kau pergilah lepak dengan abah,"usulku kemudian. Sengaja aku suruh dia pergi berbual dengan ibu dengan abah dekat ruang tamu.

"Alah, kau ni. Tadi lepak dengan Aniq bukan main sakan lagi kau gelak ye. Ni aku ajak lepak, banyak pulak alasan kau. Kau ni isteri aku ke isteri si Aniq jambu tu ?"terbuntang mataku. Serentak itu aku duduk di atas katil dengan wajah tidak puas hati.

"Oi, baik sikit ek mulut kau. Aniq tu bukan jambu okay ! Sekali lagi kau kutuk dia, siap kau !"pantang betul aku kalau ada yang kutuk Aniq. Huh !

"Oi, kau ni agaklah ! Kau ni memang dah tangkap cintan ke apa dengan si jambu tu ? Kau sedar tak aku ni suami kau ?"ei, mamat ni kang. 

"Ah, malas nak layan kau lagi ! Tidur lagi bagus,"serentak itu aku berbaring lalu menarik selimut sebelum berdengkur kuat. 

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Baiklah semua, sila buka tajuk talak bahagian ibadah,"arahan daripada ustazah Alia kami turuti. 

Aku dan Feeqi yang duduk berhampiran hanya berbalas pandang. Dia melontarkan senyuman namun aku balas dengan ejekan. Padan muka ! Dia ni suka tayang muka nak makan penampar kalau dekat sekolah. Mentang-mentang aku tak boleh belasah dia.

"Talak. Kamu semua tahu apa itu talak ?"tanya ustazah Alia di hadapan kelas.

"Cerai cikgu !"semangat Feeqi menjawab. Dia ni kalau bahagian ibadah memang laju je.

"Miang,"aku mengumam perlahan.

"Apa dia Fiera ?"haish, aku ingatkan aku cakap slow tadik. 

"Err, tak ada apa lah cikgu,"seraya itu ustazah Alia meneruskan sesi pengajaran. Sesekali aku dan Feeqi akan berdebat. Pelajar yang lain hanya memerhatikan tingkah kami sambil bantai gelak. Mereka memang dah faham sangat perangai aku dengan Feeqi bila masuk bahagian ibadah ni.

"Baiklah, antara larangan untuk isteri semasa dalam keadaan iddah ialah dia tidak boleh keluar rumah tanpa izin bekas suami dia,"terang ustazah sebaik saja keadaan kembali tenang.

"Dengar tu Fiera,"sampuk Feeqi. Sebuah jelingan maut aku hadiahkan buat dia.

"Tak boleh ke cikgu ? Habis tu, nak pergi dating pon tak boleh ke ?"tanyaku blur. Entah daripada mana soalan itu timbul, aku main cakap je.

"Tak boleh lah,"aku sekadar mengangguk.

"Kau dah kenapa gatal sangat ? Dah tak reti sabar ke ?"gulp ! Ei, menyemak giler si Feeqi ni. Jealous ke apa ?

"Suka hati aku lah ! Kau apa tahu,"bersama ucapan itu aku menjelingnya lagi.

"Baiklah kelas. Saya nak tanya kamu semua. Kalau Feeqi ceraikan Fiera, jatuh tak talaknya ?"err, aku terpempan seketika sebelum memandang muka Feeqi yang juga telah berubah. Riuh pelajar lain memberikan jawapan. 

"Tak jatuh ye. Sebab Feeqi dengan Fiera bukan suami isteri,"fuh ! Mati-mati aku ingat cikgu tahu. Selamat !

"Cikgu, kalau suami cakap dia jatuhkan talak empat kepada isteri, talaknya jatuh tak ?"tanya Feeqi setelah semuanya kembali kepada keadaan asal.

"Jatuh kepada talak tiga terus,"aku menjeling sekilas ke arah Feeqi. Feeqi terus mengenyitkan mata. 

"Cikgu, kalau suaminya main-main. Cakap, dia ceraikan isteri dia talak tiga, macam mana tu cikgu ?"mak aih ! Banyak gila soalan dia. 

"Kau ni dah kenapa Feeqi. Nak sangat ke ceraikan 'isteri' kau ?"sengaja aku menekankan perkataan 'isteri'. Feeqi terus menjeling aku.

"Talaknya akan jatuh. Dah. Banyak pulak soalan kamu ye. Sekarang ni kamu semua buat nota. Baiklah, terima kasih semua,"serentak itu ustazah Alia berlalu pergi. Feeqi pula menghampiri tempat aku.

"Kau ingat aku nak main talak-talak ni dengan kau ? Selamanya tak !"ucap Feeqi dalam keadaan berbisik lalu menuju ke tempat Dhia. Aku sekadar termangu sendiri. 

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

"Fiera ! Awak kena tolong saya,"terkejutku apabila tiba-tiba ditegur oleh Aniq yang sedang termengah-mengah.

"Tolong apa ?"tanyaku bersama kerutan di dahi. Aniq terus mengambil tempat di hadapanku. Tangannya pantas saja mengambil botol airku sebelum meneguknya rakus. Tak malu betul mamat ni ! Nasiblah aku suka dekat dia.

"Fiera, saya nak awak tolong jujur dengan saya,"ucap Aniq setelah menenangkan diri.

"Fiera, betulkah awak suka saya ?"gulp ! Mana dia tahu ni ? Habislah aku. 

"Err, taa... tak,"tergagap aku mengeluarkan suara. Malu tidak payah cakaplah.

"Fiera, pandang saya. Jujur saya cakap, saya suka awak. Saya cintakan awak,"aku terpempan. Betulkah apa yang aku dengar ni ?

"Err, sejak bila ?"

"Sejak pertama kali kita jumpa. Sudi tak awak jadi pasangan saya ?"sungguh aku terharu. Setitis air mataku jatuh. Namun segera aku seka apabila memoriku teringatkan sesuatu.

"Err, tak boleh ! Memang saya pon suka awak, tapi kita tak boleh jadi pasangan,"ucapku tegas. Air muka Aniq kelihatan berubah. Maafkan saya Aniq !

"Ta.. tapi kenapa ?"tanya Aniq lagi dengan riak hampa.

"Suatu hari nanti awak akan tahu Aniq. Maafkan saya. Assalamualaikum,"serentak itu aku berlalu meninggalkan Aniq. Aku tidak sanggup berlama dengannya.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku melangkah masuk ke dalam rumah perlahan-lahan. Sunyi sepi. Manakah Feeqi ? Selalu ada je dia tercongok depan televisyen. Keluar dating ke ?

Langkah ku atur malas menuju ke bilik di tingkat atas. Fikiranku masih teringatkan Aniq. Kenapa baru sekarang dia hendak meluahkan rasa hati ? Mengapa tidak dahulu. Maaf Aniq, aku terpaksa. 
Apabila kakiku memijak anak tangga terakhir, tiba-tiba telingaku menangkap suara seseorang. Dengan langkah berjengket-jengket aku merapati pintu bilikku.

"Fiera, kenapa kau buat aku macam ni ? Kau tahu tak aku sayangkan kau, cintakan kau. Tapi, kenapa kau khianati aku ? Kenapa kau lebih rela bersama Aniq ? Aku tahu selama ini aku suka buli kau, tapi tu cara aku menunjukkan rasa hati. Aku bukan seberani Aniq untuk meluahkan perasaan. Tapi andai dengan cara itu baru kau pandang diri aku, aku akan tunaikan. Aku akan lakukan apa saja demi cinta aku Fiera,"usai saja Feeqi bersuara, aku terus terduduk di muka pintu bilik. Apakah aku tidak silap mendengar ? Apakah benar luahan hati Feeqi itu ? Maknanya dia telah menyimpan perasaan terhadapku ? Setitis air mataku mengalir.

"Feeqi..."lemah suaraku memanggil namanya. Aku lihat Feeqi sedikit terkejut lalu berpaling menghadapku.

"Fiera, kenapa ni ?"cemas nada suara Feeqi. Semakin deras air mata mengalir di pipiku. 

"Feeqi, maafkan aku,"dalam tangisan aku meluahkan bicara. Aku lihat Feeqi menghampiri lalu bersila di hadapanku.

"Maaf sebab ?"tanya Feeqi masih tidak mengerti maksud bicaraku.

"Sebab selama ni aku sukakan Aniq. Aku curang dengan kau dalam diam. Aku tak pernah nak berlembut dengan kau. Aku selalu buat jahat dekat kau. Aku..."ayat aku tergantung di situ. Tubuhku dipeluk Feeqi erat.

"Dah, jangan nangis. Aku maafkan kau sebab aku pun banyak buat salah dekat kau,"Feeqi bersuara sambil mengesat tubir mataku. 

"Feeqi, aku nak kau tahu. Aku tak pernah terima Aniq walaupun dia lamar aku,"perlahan saja tutur bicaraku. Feeqi sekali lagi memeluk tubuhku.

"Aku tahu. Aku dengar semuanya tadi. Aku tahu walau macam mana jahatnya kau dekat aku, kau tetap sayang aku,"seloroh Feeqi sambil ketawa. Mula lah tu perangai dia.

"Sayang ? Sayang sangat. Kau je tak sayang aku ! Sampai macam-macam kau tanya dekat ustazah Alia pasal talak. Ada niat nak ceraikan aku ke ?"dugaku sambil memandang tepat ke dalam anak mata Feeqi.

"Mana ada ! Aku tanya je hari tu. Aku takut nanti kalau aku tercakap benda bukan-bukan, tak pasal jatuh talak. Tak sanggup aku berjauhan dengan si chubby aku ni,"ucap Feeqi lalu mencubit kedua belah pipiku. Aku terus menepis tangannya.

"Sakitlah,"aduku lalu mengusap pipi. Feeqi sekadar menyengih sebelum menghadiahkan ciuman di kedua belah pipiku. Aku malu sendiri.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku dan Feeqi berjalan berpimpin tangan menuju ke sebuah kedai makan di dalam pasaraya Aeon itu. Senyuman terus mekar di bibirku menandakan betapa aku bahagia kini.

Peristiwa dua tahun dahulu telah merubah segalanya. Merubah hubungan aku dan Feeqi. Kini tiada lagi pertelingkahan kerana kami sudah mencapai kesefahaman. Mungkin dua tahun lalu sudah tertulis akan berlaku. Dan alhamdulillah kerana akhirnya aku dan Feeqi boleh bahagia bersama.

"Fiera, nak makan apa sayang ?"lembut Feeqi bertanya sebaik saja kami duduk di satu sudut. 

"Nasi ayam dengan ABC. Ops, air suam sekali,"aku memberi pesanan kepada Feeqi. Dia terus menuju ke kaunter pembelian makanan. Aku pula terus melemparkan pandangan ke serata arah. Tiba-tiba anak mataku terpandangkan sepasang kekasih yang duduk selang dua meja daripadaku. Saat itu juga, pandangan aku dan pasangan itu bersatu. Aku tergamam.

Sejurus kemudian, kedua-dua pasangan itu menghampiriku.

"Fiera kan ?"tanya si pemuda. Aku sekadar mengangguk tanpa sedikitpun mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Aniq ? Shera ?"tanya dengan nada terkejut. Kedua-dua pasangan itu mengangguk serentak. Mana mungkin aku melupakan dua manusia ini. Seorang kekasih gelap aku dan seorang lagi kekasih gelap Feeqi. Hai, apalah nak jadi kalau masing-masing ada kekasih gelap. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi ! Feeqi nak ada kekasih gelap ? Cubalah kalau rasa nak kena pancung.

"Hey, duduk lah. Korang buat apa dekat sini ? Dating eh ? Eh, sejak bila korang together ni ?"soalku teruja. Aku lihat Aniq dan Shera berbalas pandang dan kemudian tersenyum.

"Fiera, awak ni dari dulu sampai sekarang gelojoh. Tanyalah satu-satu. Kitorang sebenarnya keluar nak carik barang hantaran. Dah setahun dah kitorang bersama,"jawab Aniq. Aku ternganga. 

"Seriously nak kahwin ? Tahniah korang ! Jemput aku tak ni ?"

"Eh, mestilah jemput,"ucap Shera pula sambil tersenyum. Aku terus menepuk tangan kegembiraan.

"Amboi sayang, sukanya,"tersentakku apabila suara Feeqi tiba-tiba muncul. Pantas aku mengurut dada.

"Apa abang ni suka bagi orang terkejut ? Benci betullah !"marahku lalu mencubit pinggang Feeqi.

"Terkejut pulak. Sorry lah. Eh, siapa ni ?"Feeqi bagaikan baru perasan akan kehadiran manusia di hadapan kami. Pantas aku meleretkan senyum.

"Abang tak kenal ke ? Aniq dengan Shera ?"ucapku. Aku lihat wajah Feeqi sedikit keruh. Kenapa ? Entah. Namun dia menghulurkan jua tangan untuk bersalam dengan Aniq.

"Err, saya nak tanya ni. Sejak bila pulak Fiera dengan Feeqi ni bersama ?"soal Aniq bingung. Aku dan Feeqi berbalas pandang sebelum tersenyum.

"Dua tahun yang lalu. Kami dah kahwin sejak daripada form 5 lagi,"terang Feeqi sambil menggenggam tanganku. Terlopong mulut Aniq dan Shera. 

"Hello, korang okay tak ni ?"aku melambai-lambaikan tangan di hadapan mereka.

"Err, sebab tu Fiera tolak..."ayat Aniq tergantung di situ. Aku menganggukkan kepala.

"Sebab masa awak lamar saya, saya dah ada suami. Walaupun suami saya ni asyik berkepit dengan Shera,"usai aku bersuara aku bantai gelak.

"Fiera, maafkan saya sebab saya tidak tahu awak dengan Feeqi dah kahwin masa tu,"lirih suara Shera. Pantas aku menepuk bahunya.

"Rileklah. Saya tak kisah pun sebab dulukan kita budak-budak lagi. Lagipun salah kami juga sebab tak bagitahu sesiapa. Jadi kami kenalah tanggung akibatnya. Tapi tu dululah, kalau sekarang ada yang nak mengendeng dekat Feeqi, saya pancung kepala dia,"serentak itu kami berempat ketawa. 

Usai saja makan, kami berempat terus berpusing di seluruh kawasan pasaraya itu. Aku dan Feeqi diminta oleh Aniq untuk membantu mereka mencari barang hantaran. Kami hanya menurut memandang tiada sebarang kerja untuk kami lakukan. Akhirnya, kami tiba di rumah apabila jam menginjak ke angka 9 malam.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku dan Feeqi sedondon berpakaian berwarna biru muda. Langkah kami atur menuju ke ruangan khemah itu. Hari ini merupakan hari bahagia buat Aniq dan Shera. Akhirnya bersatu jua mereka. Teringat aku saat membeli barang hantaran tempoh hari, asyik bertekak je mereka berdua. Akhirnya aku dan Feeqi yang membuat keputusan seolah-olah kami yang hendak kahwin semula.

"Sayang, cantikkan Shera,"puji Feeqi yang duduk di sisiku. Pantas aku mencubit lengannya.

"Mata tu jangan gatal sangat boleh tak ? Cucuk kang !"marahku. Aku terdengar Feeqi tergelak. Hampeh !

"Tapi, walaupun Shera cantik, isteri abang ni lagi cun !"merona air mukaku. Feeqi suka buat aku malu !

"Benci !"ucapku sepatah lalu berpaling daripadanya. Tiba-tiba Feeqi bangun daripada kerusinya dan berlalu pergi. Aku tercengang-cengang.

"Lagu ini saya tujukan khas buat isteri saya yang lagi cun daripada pengantin perempuan, Fiera !"aku terlopong ! Feeqi, apa kau buat ni ? Malunya aku. Semua tetamu sakan bertepuk tangan.

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Setitis air mataku jatuh. Pantas aku menggapai bunga telur di atas meja lalu ku berjalan menghampiri Feeqi. Apabila aku sudah berhadapan dengannya, pantas aku melutut lalu menghulurkan bunga telur di tangan kepada Feeqi. 

"Sudikah awak jadi imam saya seumur hidup saya ?"perlahan aku menuturkan ayat. Feeqi sedikit tersentak dan kemudian menyambut bunga telur yang ku hulurkan. Kemudian, dia menarik aku untuk berdiri di sisinya.

"Nakal ye,"Feeqi berbisik perlahan di cuping telingaku. Aku sekadar tersenyum. Tetamu yang hadir sekali lagi bersorak riang. Akhirnya, aku temu jua bahagia ini.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
p/s..
maaf andai terdapat banyak kekurangan.. maaf juga sudah sekian lama tidak menulis di sini.. harap kalian semua terhibur ye.. jangan lupa untuk kritik tau ! :) *lagu yang banyak kenangan buat MM.. PELENGKAP HIDUPKU..
MM tengah busy exam sekarang.. sorry ye~ doakan MM berjaya untuk exam Fizik dan Add Math esok.. 
TERIMA KASIH SUDI BACA.. ASSALAMUALAIKUM ;)

Comments

Cik Nur Shaz. said…
ok sy superb suka cerpen nie..jiwa remaja .. best .. :D

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.