Aku kecewa. Harapan aku musnah sama sekali. Mengapa selama ini aku begitu alpa dengan perasaan hatiku sendiri ? Mengapa selama ini aku terus hanyut dibuai dengan lagu cintanya ? Sepatutnya aku sedar daripada dahulu lagi bahawa pernikahan antara aku dan dia adalah sekadar mengubat sakit di hatinya setelah dia ditinggalkan kekasih hati. Dan akhirnya kini, aku yang merana menahan sakit di jiwa. "Ria, kenapa moody je ?"aku tersentak apabila tiba-tiba namaku dipanggil. Seraya itu aku berpaling, menghadap si pemilik suara. Seraut wajah nan tampan yang sentiasa menghantui fikiranku saban waktu berlayar diruangan mata. "Ria okay je, penat sikit. Bila Ril balik ? Tak perasan pun,"aku bersuara lalu menghampiri Hazril yang sedang melabuhkan punggungnya di atas sofa. "Eleh, mana dia nak perasan. Termenung macam pakwe lari je,"mendatar suara Hazril. Aku terus ketawa dibuat-buat, cukup menutup rasa di hati. "Apalah Ril ni. Pakwe siapa lah yang na
"Kita kahwin !"aku tergadah sebaik sebaris ayat itu terbit daripada bibir Firash. Berkali-kali aku menepuk pipi untuk memastikan aku tidak bermimpi. "Tapi kenapa aku ?"soalku laju. Wajah Firash yang berserabut aku pandang mohon kepastian. "Sebab kau yang buat aku jadi macam ni !"marah Firash lalu mengenggam kedua belah bahuku. Aku cuba menepis namun cengkaman itu terlalu kejap. "Apa aku buat ? Aku tak buat apa-apa pun !"balasku cuba membela diri. Aku langsung tidak bersalah dalam hal ini, tetapi kenapa aku yang harus menanggung akibatnya ? "Kau buat aku jatuh hati pada orang yang tak pernah menyayangi aku ! Kau tahu tak macam mana sakitnya ?!"jerkah Firash lagi. Aku hanya menunduk, menekur jalan. "Mana aku tahu ! Aku cuma cakap je yang..." "Shut up Faiqah ! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. You have to pay on what you had done !"aku terkedu. Besar sangat ke silap aku sampai dihukum sebegini ? *
Comments