cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A
Aku kecewa. Harapan aku musnah sama sekali. Mengapa selama ini aku begitu alpa dengan perasaan hatiku sendiri ? Mengapa selama ini aku terus hanyut dibuai dengan lagu cintanya ? Sepatutnya aku sedar daripada dahulu lagi bahawa pernikahan antara aku dan dia adalah sekadar mengubat sakit di hatinya setelah dia ditinggalkan kekasih hati. Dan akhirnya kini, aku yang merana menahan sakit di jiwa. "Ria, kenapa moody je ?"aku tersentak apabila tiba-tiba namaku dipanggil. Seraya itu aku berpaling, menghadap si pemilik suara. Seraut wajah nan tampan yang sentiasa menghantui fikiranku saban waktu berlayar diruangan mata. "Ria okay je, penat sikit. Bila Ril balik ? Tak perasan pun,"aku bersuara lalu menghampiri Hazril yang sedang melabuhkan punggungnya di atas sofa. "Eleh, mana dia nak perasan. Termenung macam pakwe lari je,"mendatar suara Hazril. Aku terus ketawa dibuat-buat, cukup menutup rasa di hati. "Apalah Ril ni. Pakwe siapa lah yang na...