Posts

Showing posts from August, 2020

Kehidupan

Hidup ini subjektif, Bukan tentang betul atau salah, Bukan juga menang atau kalah, Setiap kita punya tujuan yang berbeza, Walau penamat kita tetap sama. Hidup ini bukan tentang perlumbaan, Tapi tentang cara kau hidupkannya, Bersama secangkir kopi bila suria menjelma, Atau secawan susu sebelum dijemput lena. Hidupkanlah kehidupan dengan sabar, Walau yang manis boleh dibilang, Yang pahit pula seluas lautan, Tapi teruskanlah melangkah tenang, Kerana setiap kehidupan punya dugaan.