Posts

Showing posts from January, 2020

Pergi

Berkali aku memadam bait kata, Tiada bicara yang memadani rasa di hati, Mengapa untuk kedua kali ini terlalu perit, Berkali aku tahan rintik air mata dari jatuh, Sakit... Dadaku sakit menahan rasa. Aku fikir aku cukup istimewa dalam hidupmu, Aku fikir kita akan terus bersama melayari bahagia, Aku fikir kau dan aku tetap saling setia tanpa yang ketiga, Namun rupanya semua itu hanya fikir-fikirku, Hatimu berubah tanpa aku duga walau seinci, Tanpa ku sedar kau sudah punya dia, Hancur... Hatiku hancur menanggung kecewa. Tiada aku sangka rupanya kau juga sama, Pergi tanpa ucapan selamat tinggal, Pergi tanpa kau bahaskan salahku apa, Untuk kedua kalinya aku rasa sakit yang sama, Sakit ditinggalkan tanpa kata dan punca, Aku akur andai kita tidak ditakdirkan bersama, Hanya satu pintaku mohon jangan pernah lagi kembali menghampiri, Cukup sekali peluang ku beri dan mustahil untuk ku beri sekali lagi. Pergilah kamu bersama bahagiamu, Pergilah kam

Buat yang sedang bahagia

Apa kau baik-baik saja? Oh aku lupa pasti kau sedang berbahagia berkongsi rasa bersama dia, Selamat berbahagia yaa, Tapi ketahuilah aku di sini terluka. Buat kamu yang sedang bahagia, Boleh aku bertanya? Sejujurnya pernahkah kau menganggap diriku penting buatmu? Pernahkah aku punya tempat teristimewa dalam hatimu? Jika jawapanmu 'ya', Bagaimana pula begitu mudah kau menggantikan aku? Mahukah kau tahu sesuatu? Tiada airmata yang menitis saat melihat kau bersama dia, Aku masih ingat katamu yang benci melihat airmataku, Meski kau sudah menghancurkan hatiku sehancurnya, Aku tidak mahu lakukan hal yang tidak kamu sukai kerana aku bukan kamu. Buat kamu yang sedang bahagia, Usah khuatir tentang aku, Tidak sekali kali aku meranapkan hubungan barumu walau hatiku kau ranapkan tanpa belas, Dari jauh aku titip doa agar kalian bahagia hingga akhirnya, Dari jauh juga aku mohon padaNya agar hilangkan kamu terus daripada ingatanku, Moga doa-doaku ini diden