Posts

Showing posts from August, 2013

cerpen 11 : Kasih Yang Terlewat

Image
Tidak usah kau bertanya lagi, mengapa aku begini kerana telah kau ketahui dirimu merupakan punca segalanya. Aku benci kau ! Kau buat aku sayang pada kau, cinta pada kau. Tetapi apakah yang aku dapat ? Hanya kesakitan yang maha dalam, yang tiada penawar. Terima kasih kerana menjadikan aku begini. Setitis air mata Shafa mengalir lesu, membasahi pipinya yang gebu. Sudah seminggu dia begitu. Berkurung di dalam kamar tanpa sedikitpun mengendahkan hal sekeliling. Dunianya kini bagaikan kelam tanpa cahaya semenjak hatinya dilukai. Masih terbayang lagi segala perbuatan Danial tempoh hari. Tergamak benar dia melukai hatiku. Dengus Shafa buat kesekian kali. "Arghh !!! Shafa please be strong ! Since when you like this ? Aren't you remember that you are a rockers !"Shafa bermonolog sendirian. Cuba membangkitkan kembali semangat dalam dirinya yang kian roboh lantaran perbuatan Danial. Danial Syafiq. Siapa yang tidak mengenali dirinya ? Salah seorang jejaka paling popular di

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.

Image
"Kita kahwin !"aku tergadah sebaik sebaris ayat itu terbit daripada bibir Firash. Berkali-kali aku menepuk pipi untuk memastikan aku tidak bermimpi. "Tapi kenapa aku ?"soalku laju. Wajah Firash yang berserabut aku pandang mohon kepastian. "Sebab kau yang buat aku jadi macam ni !"marah Firash lalu mengenggam kedua belah bahuku. Aku cuba menepis namun cengkaman itu terlalu kejap. "Apa aku buat ? Aku tak buat apa-apa pun !"balasku cuba membela diri. Aku langsung tidak bersalah dalam hal ini, tetapi kenapa aku yang harus menanggung akibatnya ? "Kau buat aku jatuh hati pada orang yang tak pernah menyayangi aku ! Kau tahu tak macam mana sakitnya ?!"jerkah Firash lagi. Aku hanya menunduk, menekur jalan. "Mana aku tahu ! Aku cuma cakap je yang..." "Shut up Faiqah ! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. You have to pay on what you had done !"aku terkedu. Besar sangat ke silap aku sampai dihukum sebegini ?     *