Posts

Showing posts from March, 2019

Abah

Buat abah, Percaya atau pun tidak sudah hampir 2 tahun kita tidak berjumpa. Sudah lama tidak aku dengar suara garau abah. Sekian lama juga aku rindu dengan gurau senda abah. Ye zahirnya aku nampak kuat tanpa abah disisi tapi jauh di sudut hati aku menangis rindukan abah. Aku cemburu melihat keakraban seorang anak bersama bapanya. Aku juga ingin rasa bergurau senda bersama abah lagi tapi aku sedar semua itu mustahil. Abah, Aku tahu dunia kita skrg berbeza tapi sejujurnya sampai saat ini aku masih rasa semua yg berlaku adalah mimpi dan aku ingin bangun dr mimpi yg menyakitkan ini. Menyakitkan kerana abah tiada lg bersama. Tiada lagi yg manjakan aku seperti abah. Tiada lagi tempat aku bercerita sehingga dinihari. Tiada lagi yg masak jam 3 pagi bila aku lapar. Tiada lagi yg suap makan bila aku sedih. Dan tiada lagi pelukan seorang abah yg aku rindukan. Abah, Kehilangan seseorang yang kita sayang itu sakit tetapi rasa rindu yang hadir setelah dia pergi itu lebih perit. Al-fatihah aba