Followers

BICARA BLOGGER

Assalamualaikum pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini. Ruangan ini memang dikhaskan untuk cerpen dan novel karya asli saya sendiri. Sebenarnya saya bukanlah seorang penulis apatah lagi novelis. Saya hanya seorang gadis biasa yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis dan novelis.

Maafkan saya andai apa yang kalian baca nanti ada yang menyinggung perasaan kalian. Saya masih bertatih dalam bidang menulis ini kerana saya tidak pernah ada asas. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Harap kalian terhibur dengan coretan saya ini. TERIMA KASIH :)

-Mirra Nadhira Mustaffa-

Tuesday, 25 November 2014

CERPEN 18 : ANUGERAH CINTA


Sedari tadi aku hanya duduk termenung sendirian sementelah rakan sebilikku sudah lama menghilangkan diri. Mentang-mentang malam minggu, sakan lah dia orang berdating. Over night lah tu ! Ergh, serabut aku duduk seorang diri dalam bilik ni. Dulu beria janji tak akan tinggalkan aku sorang-sorang. Sekarang apa jadi ? Hampeh punya member.

“Maiza, dok buat apa tu dalam bilik ? Mari lah duduk bawah ni teman umi,”tiba-tiba pintu bilikku di ketuk daripada luar aku kedengaran suara lunak umi memanggil. Umi adalah tuan rumah kepada bilik yang aku sewa ini bersama dengan tiga orang lagi kawanku.

“Sekejap umi !”sahutku dan bergegas membuka pintu bilik. Di situ, kelihatan umi bersama senyuman mesra di bibirnya.

“Maiza buat apa senyap je dari tadi. Umi ingat Maiza tidur, tapi baru pukul 8.30. Jom teman umi makan ?”ajak umi dan terus menarik tanganku menuruni anak tangga satu persatu menuju ke ruang dapur. Di situ aku lihat semua lauk sudah sedia terhidang. Aku termalu sendiri. Sepatutnya aku bantu umi memasak namun aku lebih suka duduk termenung dalam bilik. Haih ! Apa punya pemalas lah anak dara ni.

“Umi, sorry Maiza tak tolong masak tadi,”ucapku sambil mengenggam tangan umi erat sambil membuat muka kasihan.

“Tak apa lah Maiza, bukan banyak pun umi masak ni. Sikit je. Lagipun kan ke kita berdua je, jadi tak payah lah masak banyak-banyak. Kawan-kawan yang lain tu mesti makan dekat luar,”ucap umi lalu mengambil tempat. Aku duduk setentang dengan umi. Sambil menjamu selera kami berbual mesra dan kadang-kala aku ketawa senang.

Usai menjamu selera aku membantu umi mengemas meja makan dan kemudian umi mengajak aku menonton bersama. Okay ! Kami bukan menonton televisyen tapi televisyen yang menonton kami berbual. Sedikit sebanyak hilang juga kebosanan sejak ditinggalkan oleh rakan-rakanku tadi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku mengeluh kepenatan sebaik saja tiba dipintu pagar rumah umi. Syirah, Dayah dan Laila juga keletihan sepertiku. Maklumlah, kelas tamat betul-betul masa matahari terpacak atas kepala dan kami terpaksa menapak daripada kolej ke rumah umi. Walau tidak sejauh mana namun penatnya tetap terasa.

“Assalamualaikum umi ! Kita orang dah balik,”Syirah memberi salam dan kemudian menerpa masuk. Aku, Laila dan Dayah yang sedari tadi terduduk dihadapan pagar turut mengikut jejak Syirah.

“Dah balik dah anak-anak umi ?”sapa umi yang baru muncul daripada dapur.

“Letihlah umi !”rungut Dayah dan kemudian mengambil tempat di antara Syirah dan Laila di atas sofa panjang ruang tamu umi. Aku pula terus terbaring di sisi sofa.

“Kesiannya anak-anak umi. Ni Maiza mana ? Tak akan dia tertinggal dekat kolej lagi ?”soal umi lagi. Mungkin dia tidak nampak kehadiran aku yang sudah terbongkang di sisi sofa.

“Here ! Gonna die umi...”perlahan suara aku sambil memejam mata erat. Tak larat aku nak berbual sakan.

“Kita orang naik dulu umi. Nak rehat,”pamit Laila dan diikuti dua lagi manusia. Aku hanya mampu memandang.

“Kamu Maiza tak nak naik ke ? Elok lah tu anak dara terbongkang macam tu,”bebel umi dan aku hanya mampu mendengar.

“Lima minit umi !”dan setelah itu aku sudah tidak ingat apa-apa lagi. Lena aku tidur di atas lantai tepi sofa.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku terpisat-pisat bangun daripada lena sebaik aku terdengar riuh suara orang berbual. Aku celik sebelah mata dan aku pelik. Tadi bukan aku tidur di sisi sofa ke ? Ni macam mana aku boleh landing bawah sofa ni ? Err... adakah aku berjalan semasa tidur ? Perlahan aku mengengsot keluar daripada ‘tempat tidur’ku itu.

“Umi...”serak suaraku memanggil umi sambil menenyeh sebelah mata.

“Arghhh !!!”jeritan terus bergema tiba-tiba. Daripada mataku separa terbuka terus terbuntang luas apatah lagi setelah cuping telingaku disapa jeritan garau.

“Ya Allah Maiza, kamu daripada mana ni ? Bukan tadi kamu dah naik atas tidur ke ?”soal umi dengan muka terkejut. Aku yang sedang dalam ke’blur’an terus menunjukkan tempat tidurku di bawah sofa sebentar tadi. Umi hanya menggeleng.

“Dah pergi naik mandi. Dah nak habis zohor dah ni. Cepat !”arah umi seperti mengarah anak kecil. Aku hanya menurut arahan umi dan mula menggapai beg di sisi sofa yang sedari tadi terdampar sebaik saja aku lena.

“Umi... lapar,”sempat lagi aku mengadu kepada umi sambil menggosok perut yang mula berdangdut. Umi hanya menjengilkan mata.

“Pergi mandi dulu baru turun makan. Panggil kawan-kawan yang lain, suruh turun sekarang. Awak pergi mandi !”tegas suara umi. Aku hanya menyengih dan berlalu ke kamarku di tingkat atas.
Sebaik tiba di dalam kamar, aku lihat Dayah, Syirah dan Laila sudah siap mandi. Aku terus merapati mereka yang sedang duduk di atas katil sambil sibuk melayan gadget di tangan. Ergh ! Bosan betul hidup dia orang ni. Gadget.. gadget.. gadget..

“Wei mak cik-mak cik sekalian ! Umi suruh turun sekarang,”ujarku dan sudah menghempas tubuh di atas tilam empuk.

“Hish perempuan ni ! Tak nampak ke aku tengah duduk dekat sini. Suka hati kau je tendang aku !”rungut Syirah lalu menepuk kaki ku yang tanpa sengaja tertendang dia.

“Ahhh ! Umi suruh korang turun sekarang. Jangan malas. Dua puluh empat jam dok menghadap telefon je. Apa korang ingat boleh bawak masuk kubur benda tu ? Eh, ni korang dah zohor belum ?”bebelku geram sambil menutup mata.

“Eh kau membebel macam nenek kebayan. Kita orang dah siap mandi dan solat lagi. Kau tu je hah yang busuk lagi !”balas Syirah geram. Aku hanya buat tidak dengar. Lantak korang lah !

“Kau pi mandi Maiza, aku ngadu dekat umi kau tak mandi lagi biar dia cubit kau ! Kita orang turun dulu !”ucap Dayah dan sempat lagi tangannya mencubit lenganku. Bengong punya kawan !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

“Umi ! Kita dah mandi. Jom makannn !”jeritku seperti biasa dan mula melangkah turun anak tangga satu persatu. Aku lihat tiada orang di ruang tamu. Kemudian aku ke dapur apabila terdengar suara orang berbual perlahan. Mesti mereka dah melantak tanpa menantikan kehadiranku. Ini tidak adil !

“Umi ! Kenapa tak tunggu Maiza...”terhenti rengekanku sebaik ternampak kelibat manusia asing di antara kelompok umi, Syirah, Dayah dan Laila. Dan yang menambahkan terkejutku apabila jantina manusia itu juga asing. Errr... maksud aku manusia asing itu berjantina lelaki bukan seperti kami.

“Umi...”seperti hendak menangis aku jadinya apabila aku tersedar aku tidak mengenakan tudung. Tidak ! Dia nampak rambut aku.

“Kenapa lagi kau ni Maiza ? Tadi lapar sangat, sini lah makan !”panggil Syirah lalu menggamit aku menghampirinya. Aku bergegas berlalu daripada situ dan melangkah ke kamar kembali. Ei, malunya ! Rambut aku, dia dah nampak !

“Maiza, kenapa naik semula ? Tadi kata lapar,”sayup-sayup aku terdengar suara umi. Pantas aku melangkah menghampiri umi dan memeluknya erat.

“Umi... kenapa ada lelaki ? Dia.. dia nampak rambut kita ! Habislah nanti suami kita marah sebab dah ada lelaki bukan mahram tengok hak dia...”aku mengogoi seperti anak kecil di dalam pelukan umi.

“Maafkan umi Maiza ! Umi ingat Maiza dah tahu sebab dia dah lama sampai sejak daripada Maiza tidur tadi lagi. Maafkan umi !”pujuk umi lembut. Aku pantas menyeka air mata yang menitis. Beberapa keetika aku berkeadaan begitu dan tiba-tiba saja aku melepaskan rangkulan daripada tubuh umi.

“Maiza nak dia bertanggungjawab !”ujarku tegas dan meloloskan diri daripada pelukan umi. Aku lihat umi tercengang apabila tiba-tiba saja aku menggapai tudung yang terletak di atas kerusi dan bergegas turun.

Sebaik kaki aku mencecah anak tangga terakhir, aku lantas menuju ke ruang dapur dan terus menerpa ke arah lelaki yang tidak aku kenali itu.

“Eh awak ! Awak kena nikah dengan saya sebab awak dah tengok hak suami saya. Saya tak kira ! Walau apa pun yang terjadi awak mesti nikah dengan saya !”jeritku geram tanpa mempedulikan manusia-manusia lain yang turut berada di situ. Okay ! Manusia-manusia itu hanya tiga orang rakan ku saja.

Aku lihat lelaki itu tercengang-cengang. Wajahnya itu menambahkan lagi amarah di hatiku. Ei, mangkuk punya lelaki ! Dah buat salah tak nak bertanggungjawab.

“Awak dengar tak ni ? Saya nak awak nikah dengan saya. Saya tak kira ! Kalau tidak saya report polis sebab awak dah mencabul kehormatan saya. Awak tahu tak ! Rambut saya hanya untuk suami saya tapi awak dah tengok dulu sebelum suami saya...”aku menangis saat itu juga. Tiba-tiba lenganku ditarik Laila.

“Kau jangan buat gila Maiza ! Kau tak malu ke ?”marah Laila sambil menarik aku ke ruang tamu. Sebaik tiba di ruang tamu, aku terus melepaskan diri daripada pegangan Laila.

“Aku tak kira ! Dia dah tengok apa yang tak sepatutnya dia tengok ! Rambut aku, aurat aku hanya untuk suami aku !”ucapku tegas sambil memeluk tubuh. Mujur aku tidak berseluar pendek seperti kebiasaannya, jika tidak makin meroyan aku.

“Dia tak sengaja kan ! Lagipun dia cuma nampak rambut kau, bukan benda lain !”bengis wajah Laila. Syirah dan Dayah turut berada di ruang tamu itu. Sebaik terdengar ayat Laila itu lantas aku menghampirinya dan tersenyum sinis.

“Cuma rambut kau cakap ? Kau ni ada otak ke tak ? Kau ingat aku macam kau suka peragakan rambut dekat bukan mahram ? Rambut kita ni, aurat kita ! Aku tak nak heret bapa aku masuk neraka hanya sebab aku tak reti nak jaga aurat aku. Even tak sengaja, aku nak dia bertanggungjawab ! Faham ?”tegas aku berbicara dan kemudian melangkah meninggalkan mereka di ruang tamu itu.

Ketika kaki aku mula hampir dengan anak tangga, aku lihat umi dan lelaki turut berada di situ. Seketika aku melangkah menghampiri lelaki itu.

“Wahai Encik Tidak Tahu Nama, saya harap awak faham kenapa saya nak awak bertanggungjawab dan saya merayu agar awak bertanggungjawab !”bersama ayat itu aku berlalu pergi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Sejak peristiwa itu, hubungan aku dan Laila dingin. Sedingin ais di kutub utara namun dalam kedinginan itu aku memanjatkan sepenuh kesyukuran kepada Ilahi kerana Laila tidak lagi meninggalkan hijabnya ketika keluar. Jika dahulu dia hanya berhijab ketika pergi ke kolej namun kini dia mengenakan hijab ke mana saja.

“Maiza, ada orang nak jumpa dekat bawah,”ucap Dayah sebaik muncul di hadapanku secara tiba-tiba.

“Siapa ?”soalku dengan dahi berkerut. Dayah hanya mencebik lalu menyerahkan tudungku yang berada di birai kerusinya. Dengan langkah perlahan aku menuruni anak tangga satu persatu.

“Hah itu pun Maiza. Maiza mari sini umi perkenalkan. Ini ibu Adif, bakal mertua kamu,”aku bersalam dengan wanita separuh usia itu sambil tersenyum nipis. Adif ? Siapakah dia ? Aku mengerling ke arah umi sekilas. Aku lihat umi rancak melayan ibu. Aku masih kebingungan.

“Maiza, tolong buatkan air. Kesian tetamu kita dahaga,”pinta umi. Tanpa banyak bicara aku berlalu ke dapur. Beberapa minit di dapur, tiba-tiba Syirah muncul. Pantas aku gamitnya ke sisiku.

“Syirah, siapa sebenarnya tu ? Kenapa umi cakap bakal mak mertua aku ? Adif tu siapa ?”soalku bertalu-talu dalam nada berbisik. Semerta Syirah menepuk dahiku sehingga aku terjerit kuat.

“Kenapa Maiza ?”aku terdengar umi bertanya daripada ruang tamu. Aku hanya menjeling geram ke arah Syirah yang sedang tergelak kecil.

“Tak ada apa umi. Ni ada tikus mondok kacau je,”perliku buat Syirah. Syirah hanya menjelir lidah ke arahku.

“Syirah, siapa Adif ?”soalku lagi. Aku terdengar Syirah mengeluh. Bosan lah tu dengan soalan aku. Siapa suruh dia tak jawab tadi. Selagi dia tak jawab selagi tu aku tanya. Aku tak peduli !

“Kau ingat lelaki yang hari tu datang sini ? Yang kau meroyan ajak dia kahwin sebab dia dah nampak rambut kau ?”soal Syirah dalam nada serious. Aku mengangguk pantas.

“Kau tahu nama dia ?”aku menggeleng pula. Ya, memang aku tidak tahu nama dia. Tapi aku cam wajahnya.

“Dia lah Adif. Tu lah kau, hari tu sibuk paksa dia kahwin dengan kau tapi nama dia pon kau tak tau. Lagi satu, mak cik dekat depan tu mak Adif. Dia datang nak bincang pasal majlis korang berdua. Ada faham Cik Maizatul ?”aku hanya menyengih apabila diperli oleh Syirah. Amboi  ! Suka hati dia je ek memerli aku. Tapi betul juga apa yang dia cakap. Aku ni hari tu beria ajak mamat tu nikah tapi satu apa pon aku tak tau pasal dia. Ah lantak lah !

“Eh Syirah ! Kau nak ke depan ke ? Hah ! Tolong aku hantar air ni sekali ek,”

“Banyak tak cantik muka kau. Hantar lah sendiri ye dekat bakal mak mertua kau. Ambil restu gitu,”usik Syirah dan terus berlalu. Sengal punya member ! Nak tak nak terpaksa aku juga yang hantar. Dan kemudian aku mengambil tempat di sisi umi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Hari ini merupakan hari penikahan ku bersama lelaki bernama Adif itu. Aku sendiri tidak pasti apakah keputusan aku untuk berkahwin dengan lelaki itu adalah tepat. Aku menyesal sendiri akan apa yang telah aku lakukan sebelum ini. Aku masih tidak yakin dengan apa yang bakal berlaku. Dapatkah aku menyesuaikan diri dengan lelaki itu sedangkan tidak pernah waima sepatah perkataan pun aku berbual dengannya.

“Maiza, kau dah sedia ke ?”soal Dayah yang baru masuk ke dalam kamarku. Aku memandangnya sebelum mengeluh kecil. Perlahan dia melangkah masuk lalu mengambil tempat di sisiku. Tanganku digenggamnya kemas.

“Kenapa ni Maiza ? Kau macam tak suka je semua ni berlaku ?”soal Dayah prihatin. Aku memandang ke dalam anak mata Dayah. Cuba menyampaikan kegusaran di hati.

“Aku..aku macam tak yakin dengan semua ni. Aku menyesal Dayah,”ucapku perlahan dalam sendu. Dayah lantas menarik aku dalam pelukannya.

“Tak perlu kau menyesal Maiza. Kau anggap je ni jodoh yang telah ditetapkan untuk kau,”pujuk Dayah. Aku menarik nafas dalam dan kemudian menghembusnya perlahan.

“Hmm.. mana Syirah dengan Laila ? Laila masih marah aku ke ?”tanyaku pada Dayah. Dia hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.

“Dia tak pernah marah kau. Dia tak tegur kau selama ini sebab dia malu. Dia rasa dirinya terlalu jahil untuk berkawan dengan kau. Kau banyak sedarkan dia. Kau perasan tak sekarang dia bertudung ke mana saja ? Semua tu sebab kata-kata kau. Dia baru tersedar. Sekejap lagi dorang masuk sini lah tu. Tadi aku tengok dia orang tengah makan. Dah, kau jangan risau ye. Aku yakin Adif tu jodoh kau. Semoga kau bahagia sehingga ke jannah sahabat,”setitis air mataku jatuh apabila mendengar bicara Dayah itu. Sayu hatiku. Terima kasih ya Allah kerana Kau kurniakan aku sahabat sebaik mereka.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Kini aku sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Adif. Segalanya masih terasa kekok. Jika selama ini kehidupanku bebas, kini aku harus meminta izin Adif untuk melakukan apa saja. Malah aku sudah tidak boleh tinggal bersama sahabatku di rumah umi. Namun aku masih meneruskan pembelajaranku di kolej. Hanya di situ saja aku dapat bertemu dengan sahabatku itu.

Kadang-kala apabila aku merindui umi, aku akan mengajak Adif ke rumah umi. Dan setiap kali itu umi akan memelukku erat, seolah begitu merindui aku. Aku juga begitu.

“Maiza, kamu sihat ?”soal umi sebaik aku tiba di rumahnya bersama Adif beberapa minggu yang lalu.

“Sihat umi,”

“Hari tu ibu kamu di kampung ada telefon umi. Tanyakan khabar kamu. Dia cakap kamu belum ada balik kampung sejak nikah hari tu. Betulkah ?”tanya umi lagi. Ibu ? Ya, ibu merupakan ibu kandungku sendiri.

Sebenarnya ketika aku beritahu ibu yang aku akan bernikah dengan Adif ibu sedikit terkejut. Dia seolah tidak dapat menerimanya berbanding abah yang hanya tenang. Kemudian apabila umi memberitahu ibu apa yang terjadi sebenarnya barulah ibu faham.

“A’ah umi. Dah lama Maiza tak balik sebab sekarang ni dah dekat final, sebab tu busy sikit. Lagipun Adifkan sibuk. Nanti kalau cuti sem, in shaa Allah Maiza balik,”ujarku sambil memandang ke wajah umi.

“Maiza bahagia dengan pernikahan ini ? Adif ada marah-marah pada Maiza ?”soal umi lagi. Aku pantas menggeleng.

“Maiza bahagia umi. Dia tak pernah marah Maiza malah dia banyak bantu Maiza umi. Umi jangan risau ye,”sambil tersenyum bahagia aku menutur bicara. Umi turut tersenyum.

“Alhamdulillah. Adif mana ni ? Pergi lah panggil dia makan. Umi dah siap masak dah. Budak-budak tiga orang tu dah makan dah tadi ,”arah umi. Dan aku kemudian bangun mendapatkan Adif yang duduk menonton di ruang tamu.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Akhirnya final exam telah pun tamat beberapa minit yang lalu. Kini aku sedang duduk sendirian di kafe sementara menantikan Adif datang untuk ambilku. Sesekali mataku meliar memandang sekeliling. Bosan !

“Hai Maiza !”sapa satu suara daripada belakang. Aku berpaling dan aku lihat Dayah, Syirah dan Laila sedang menghampiriku. Aku hanya melontar senyum. Kemudian mereka mengambil tempat di hadapanku.

“Kau tunggu Adif ke Maiza ?”soal Syirah lalu mengambil air minumanku lalu diteguknya. Suka hati dia je tau minah ni !

“Aah. Korang kenapa tak balik lagi ? Selalu berebut balik,”soalku sambil memandang ke arah mereka.

“Untung lah ada orang ambik, tak macam kita hari-hari ukur jalan. Malas lah nak balik awal-awal . Hari ni kan last day untuk sem ni. Tu yang nak lepak-lepak,”balas Dayah sambil menyandar.

“Elehh. Nanti aku suruh Adif hantar korang sekalilah. Wei, jom keluar shopping esok ? Esok hari sabtu kan ?”ajakku dan semerta Syirah menepuk meja. Terkejut aku dengan tindakan minah seorang ni. Selamba dia je.

“Aku join ! Korang nak join tak ?”soal Syirah pada Laila dan Dayah. Semerta Dayah mengangguk.

“Of course gua join. Laila kau nak join tak ?”soal Dayah pada Laila pula. Laila seperti gelisah. Tiga pasang mata kini tertumpu kepadanya. Lama dia berfikir.

“Hmm.. okay aku ikut !”semerta Dayah dan Syirah bersorak gembira. Aku hanya menggeleng. Seketika kemudian telefon bimbitku berbunyi. Adif.

“Korang jom lah. Adif dah sampai tu,”aku mula mengangkat punggung dan diikuti oleh mereka.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku duduk di sisi Adif di atas buai di halaman rumah kami. Adif hanya diam sedari tadi. Aku tahu dia tidak puas hati apabila aku tidak benarkan dia mengikut aku, Syirah, Dayah dan Laila esok. Bukan aku tak nak ajak dia tapi esok aku nak habiskan masa dengan dia orang. Aku tak nak ada gangguan.

“Awak, awak marah saya lagi ke ?”sapaku setelah sekian lama membisu. Adif masih lagi kaku tanpa bicara. Aku mengetap bibir. Seraya itu aku raih tangannya.

“Awak, maafkan saya. Saya tak nak berdosa sebab engkar pada awak. Baiklah, awak boleh ikut esok. Maafkan saya,”pintaku lalu aku kucup tangan Adif. Tiba-tiba aku terasa kepalaku diusapnya.

“Tak apa Maiza. Saya bergurau je. Saya faham awak nak bersama mereka esok untuk betulkan kembali keadaan antara awak dan Laila. Saya tak kisah,”ucap Adif lembut lalu menarik aku rapat ke sisinya.

“Tapi kenapa awak tak tegur saya ? Saya rasa bersalah. Maafkan saya,”pintaku lagi untuk ke sekian kali.

“Saya saja nak tengok sejauh mana awak nak pujuk saya. Awak jangan risau lah. Saya tak pernah marah awak. Awak tak pernah buat saya marah. Saya sayang awak,”aku terdiam. Malu saat Adif meluahkan perasaannya. Semakin erat pelukan Adif dibahuku. Perlahan aku rebah kepala dibahunya.

“Terima kasih awak sebab terima saya. Saya tahu saya tak sebaik isteri orang lain...”

“Tapi awak isteri terbaik buat saya. Dah, tak mahu sedih-sedih lagi ye. Saya izinkan awak keluar dengan kawan-kawan awak tu. Tapi jangan balik lewat ye. Nanti saya rindu,”ujar Adif sambil bercanda. Aku laju mengangguk.

“Okay ! Janji. Saya balik sebelum maghrib. Terima kasih ye awak,”Adif hanya tersenyum lalu mengangguk kecil. Aku pula sudah tersenyum bahagia. Bahagia dengan sikap memahami Adif walaupun dia agak pendiam berbanding aku yang suka bercakap.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Seperti yang dijanjikan. Kini aku dan sahabat-sahabatku itu sudah berada bersama dengan sahabat-sahabatku. Destinasi utama kami adalah menonton wayang.

“Korang, anabelle jom ?”ucap Syirah dan tanpa menanti jawapan daripada kami dia terus beratur untuk membeli tiket wayang. Dayah turut hilang apabila dia sibuk membeli pop corn dan juga air. Kini tinggal aku dan Laila berdua sementara menanti lagi dua orang sahabatku itu. Suasana agak janggal antara kami.

“Err, Maiza aku mintak maaf sebab hari tu aku biadap sangat dengan kau,”ujar Laila tiba-tiba sambil menghulur tangan membuatkan aku sedikit tersentak. Perlahan aku berpaling ke arahnya dan tangannya aku genggam erat.

“Its okay. Sepatutnya aku yang mintak maaf sebab tengking kau. Masa tu aku serabut,”ucapku perlahan. Semerta Laila menarik aku ke dalam pelukan. Aku turut membalas pelukannya. Tiba-tiba aku terdengar orang bertepuk tangan. Aku leraikan pelukan dan aku lihat Syirah dan Dayah sedang bersorak gembira. Senget punya kawan.

“Akhirnya berbaik juga korang. Dah tak mahu gaduh-gaduh lagi ye,”ucap Dayah seraya memaut bahuku dan Laila. Syirah kemudiannya menyelit antara Laila dan Dayah. Aku hanya mampu ketawa bahagia. Terima kasih ya Allah kerana kau telah mengembalikan sahabat-sahabatku. Sepanjang hari itu, suasana kami sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa. Dan seperti yang telah aku janjikan pada Adif, sebelum maghrib aku telah tiba di rumah. Sebaik tiba di rumah Adif sudah sedia menunggu dimuka pintu dengan senyuman. Pantas aku tarik tangannya untuk bersalam dan Adif hanya mengusap kepalaku.

“Kitorang balik dulu ye. Adif, terima kasih bagi pinjam Maiza,”ucap Syirah sambil melambai.

“Sama-sama. Kirimkan salam dekat umi ye. Hati-hati memandu,”pesan Adif dan aku hanya tersenyum. Syirah hanya mengangguk lalu berlalu pergi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku mengambil tempat disisi Adif usai saja menunaikan solat Isyak. Adif hanya tersenyum lalu memeluk bahuku. Aku terus memandang ke arahnya.

“Awak...”panggilku perlahan.

“Ye awak. Kenapa ni ?”soal Adif penuh kelembutan.

“Awak menyesal tak kahwin dengan saya ?”soalku lagi dan kemudian mula menyandar di bahu Adif. Seketika tangan Adif mengusap kepalaku.

“Maiza, saya tak pernah menyesal menikahi awak. Percayalah Maiza,”ujar Adif sambil mencium ubun-ubunku. Aku hanya mendiamkan diri.

“Tapi, saya yang paksa awak berkahwin dengan saya. Saya mintak maaf ye Adif sebab buat macam tu. Saya serabut tak boleh fikir masa tu,”

“Tak perlu awak mintak maaf. Saya rela dengan semua ni. Kalau saya tak nak bernikah dengan awak, saya boleh je buat tak tahu dengan ugutan awak tu. Tapi saya sendiri tak tahu kenapa saya terima awak. Mungkin memang dah jodoh kita. Saya ikhlas terima awak,”balas Adif berjela. Aku hanya tersenyum . Terharu dengan bicaranya.

“Terima kasih awak.”ucapku sambil mencium tangan Adif.

“Awak nak tahu, saya rasa saya mula sukakan awak masa saya nampak awak bangun tidur. Masa tu awak tidur bawak sofa umi. Ingat tak ? Saya yang tengah berbual dengan umi tekejut gila masa tiba-tiba awak keluar daripada bawah sofa. Dengan muka sememeh. Lepas tu siap ngadu lapar lagi. Tapi awak comel sangat,”usik Adif sambil tergelak kecil.

“Hah ? Ei, awak ni saja malukan saya kan !”ucapku sambil menyembamkan muka ke dada Adif. Masih kedengaran tawa nakal Adif. Tanpa sedar aku turut mengukir senyum bahagia. Bahagia kerana aku dikurniakan seorang suami yang baik. Sebuah keluarga yang harmoni. Umi yang memahami serta sahabat-sahabat sejati yang sentiasa disisi. Terima kasih Allah. Aku bersyukur di atas anugerahMU ini.


p/s.. 
Assalamualaikum. maafkan MM sebab dah lama menyepikan diri . MM sedikit sibuk kebelakangan ini. Terima kasih sebab sentiasa sudi menjengah blog MM ni. 
KAli ni MM bawakkan cerpen baru ANUGERAH CINTA buat korang semua. Maaf kalau cerpen kali ni agak membosankan sebab MM kekurangan idea. dah lama tak menulis kan . Apa-apa pun MM harap korang sudi-sudi la komen yaa..