Sebulan sudah aku di sekolah baru ku ini. Kini aku telah mempunyai dua orang sahabat karib, Naily dan Sarah. Pada mulanya, mereka yang memulakan perbualan kerana aku sedikit canggung dengan suasana baru. Namun akhirnya kami menjadi kawan baik kerana kami sekepala. “Mia, kau tahu tak ada budak baru dekat kelas sebelah. Macho wei !”terkejutku apabila di sergah oleh Naily tiba-tiba. “So ?”sepatah saja jawapan dariku. Sebenarnya aku malas nak ambil tahu. Baik aku baca buku, SPM lebih kurang sebulan je lagi. “Kan aku dah cakap, Mia tak kan layan !”omel Sarah pada Naily, tetapi sedikitpun tidak aku peduli. “Mia, kau tak nak kenal ke ?”tanya Naily lagi, tidak berputus asa. Aku hanya mencebik lalu menggeleng. “Sure ni ?”tanya Naily inginkan kepastian. “Cik Naily, siapakah budak itu sampai kau suruh aku berkenalan ? Retis ke ?”soalku sambil menutup buku di tangan. “Tak lah. Tapi mana tahu jodoh kau dengan dia,”sampuk Sarah tiba-tiba. Seraya itu aku ketawa lepas. “Hel...