Posts

Showing posts from September, 2013

cerpen 14 : Cinta Tak Bersyarat

Image
Aku kerling sekilas ke arah seorang pemuda yang berdiri tidak jauh daripada tempat aku duduk kini. Wajahnya jelas keresahan seolah menanti seseorang. Namun dalam pada keresahan itu, masih terlukis ketampanannya. Aku terus ralit memerhati tanpa memikirkan sekeliling. Dalam pada aku khayal mengamati raut wajah pemuda itu, tiba-tiba dia memandang ke arahku. Pandangan kami bertaut seketika sebelum aku melarikan pandangan ke arah tasik yang menghijau. Malu kerana tertangkap memandang anak teruna orang. Aduh ! Mana mahu menyorok ni ? Ah, biarlah. Bukan aku jumpa dia lagi lepas ni. Ops, aku lupa nak perkenalkan diri aku. Aku Naurah Elina. Hmm, aku ni tak adalah secantik pelakon Nora Elena tu. Siti Saliha eh nama dia ? Entahlah. Tapi aku ni comel je. Macam Najwa Latif. Eh, perasan pulak. Tak adalah. Aku cuma biasa-biasa je. Kalau aku secantik artis-artis tanah air, mesti aku jadi model tak lah aku jadi novelis saja kan ? Hmmm... tak apalah. Bak kata orang ukur baju di badan sendiri taku

hadiah buat pembaca semua :)

ASSALAMUALAIKUM selamat malam pembaca setia blog bilatintadikarang ini.. lamakan MM hilang ? hehe... MM amatlah sibuk lately sebab dah dekat SPM.. sekarang ni pun tengah trial... tinggal dua paper je lagi.. esok fizik then hari isnin add math.. wow ! killer subjek bagi MM.. hhe~ apa-apa pun, terima kasih kepada semua pembaca blog ini kerana tidak jemu-jemu singgah sini dan membaca karya MM yang tidak seberapa.. (ayat punya poyo ! ) ALHAMDULILLAH... walaupun MM jarang bukak blog ni, pageviews sentiasa naik dari hari ke hari.. tak sangka pulak MM sebab MM daa lama tak upload cerita baru.. mesti ada yang bosan menunggu kan ? rasanya lima bulan kan MM tak upload cerita baru ? hhe~ sorry sangat-sangat.. kekangan masa dan jugak sibuk betul-betul tidak boleh dielakkan..  so, untuk tebus balik lima bulan tanpa cerita baru tu... MM daa upload lebih kurang empat cerita baru.. so, explore lah ye.. jangan lupa tinggalkan komen sekali sebab MM daa lame tak menulis ni.. hhe~  ni linknya :

cerpen 13 : Cinta Si Penyeru Nama

Image
"Balkish !!!"nyaring suara Zain Hakimi memanggil namaku. Zain Hakimi ? Besar pangkat aku panggil nama je dengan bos aku. Lantaklah. Peduli apa aku ! "Balkish !!!"sekali lagi suara bos memenuhi ruang pejabat itu. Aku yang bersembunyi di bawah meja sudah terkekeh-kekeh ketawa sambil menekan perut. Aku yakin kini bos sedang mencari aku ke serata tempat. Biar padan dengan muka dia. Siapa suruh carik pasal dengan aku ? "Balkish, apa awak buat dekat bawah meja tu ?"terkujatku seketika apabila bos berjaya menjejaki ku. Lantas aku menayang sengih, riak tidak bersalah. "Opss, saya nampak ada tikus tadi. Ingatkan nak tangkap, tapi dah hilang pulak,"jawabku selamba. Wajah bos bertambah berang. "Awak bangun sekarang !"jerkahan bos itu membuatkan aku terus berdiri. DUUMMM ! "Adoi !"aku menjerit kesakitan apabila kepalaku bertembung dengan meja. Sumpah pening ! Boleh gila aku sekejap. "Hah, padan muka ! Tu balasa

cerpen 12 : Milik Siapakah Hati Ini

Image
Aku hanya mengertap bibir sebaik saja abah menghabiskan bicara. Geram sungguh aku ! Suka sangat nak bagitahu dekat Encik Imran pasal Adam. Semua silap Adam abah nak ngadu tapi kalau masuk bab Rafiqi, abah langsung tak nampak salah dia. Hish, tak faham aku ! Apa entah yang abah tak suka sangat dekat si Adam tu. Kesian dia. Abah tak sedar ke selama ni Rafiqi yang cari pasal dengan aku sedangkan Adam tu baik gila dengan aku. "Apa abah ni ? Kalau salah Adam tu, abah nampak aje ! Kalau si mamat tengkorak lagi sekor  tu abah buat tak tahu aje !"marahku dengan wajah bengang. Abah hanya buat muka tak ada perasaan. Geramnya aku ! Sampai hati abah buat macam ni. "Dah memang Adam tu kaki rempit. Tengok tu, suka hati dia aje bawa motor macam jalan tu dia punya. Cuba kau tengok si Rafiqi tu, baik aje,"pergh ! Ni yang gua nyirap ni bila bapak aku dok memuji si mamat tengkorak tu. "Baik ? Kalau dia baik, dia tak akan asyik cari gaduh dengan orang lah !" &quo