Followers

BICARA BLOGGER

Assalamualaikum pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini. Ruangan ini memang dikhaskan untuk cerpen dan novel karya asli saya sendiri. Sebenarnya saya bukanlah seorang penulis apatah lagi novelis. Saya hanya seorang gadis biasa yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis dan novelis.

Maafkan saya andai apa yang kalian baca nanti ada yang menyinggung perasaan kalian. Saya masih bertatih dalam bidang menulis ini kerana saya tidak pernah ada asas. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Harap kalian terhibur dengan coretan saya ini. TERIMA KASIH :)

-Mirra Nadhira Mustaffa-

Monday, 24 December 2012

novel : hey, my diary ! 27


Telefon bimbitku berdering seusai aku menunaikan solat zohor. Segera aku mengambilnya di dalam beg telekungku. Aku membaca sebaris nama yang terlayar di skrin telefon bimbitku.

AMIR si POYO

Nama pangilan itu tidak pernah berubah sedari dulu lagi sebab aku suka.

"Ehem. Assalamualaikum,"sempat aku membetulkan suara sebelum memberi salam.

"Wasalam puan doktor. Hei Mina, lu apahal lambat angkat ?"aku terus menarik muncung apabila mendengar Amir membebel.

"Aku tengah dating lah. Lu semak je,"mendatar aku menjawab sambil tanganku ligat melipat telekung di tangan.

"Amboi ! Dating ya ? Aku rasa macam nak wrestling je kau sekarang ni. Kau dating dengan siapa ?"aku mengajuk bicara Amir dalam diam.

"Aku dating sama Allah. Kau dah solat zohor belum ni ?"

"Oh. Aku ingat kau dating dengan Irfan. Aku dah solat tadi,"apabila aku mendengar nama Irfan disebut, segera aku menepuk dahi.

"Dey, apa barang dating dengan Irfan. Dia kan dah ada isteri. Mampus aku direjamnya nanti,"aku membebel sambil bangun untuk melangkah keluar daripada surau yang disediakan berdekatan dengan klinik tempat aku bekerja.

"Ceit. Eh, kau dah lunch belum ?"aku sudah senyum lebar. Mesti Amir nak belanja aku ni.

"Err~ belum. Kenapa ? Kau nak belanja ke ?"

"Aku datang klinik kau kejap lagi,"mataku sudah bersinar-sinar. Selamat duit kocek aku.

"Cepat sikit tau. Pukul 2.30 aku kena balik klinik,"gesa ku memandang perutku sudah berkeroncong.

"All right dear. Tunggu tau. Assalamualaikum,"aku menjawab salam Amir sebelum memasukkan kembali telefon bimbitku ke dalam kocek seluar. Mataku terus memandang ke arah kereta yang melintas di hadapanku.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Piiinnn.

Aku mengangkat wajah ke arah kereta yang sedang sibuk menekan hon. Segera aku mencebik apabila aku lihat Amir sedang tersenyum ke arahku. Langkah kaki aku atur ke kereta Amir.

"Lambat !"aku bersuara setelah punggungku mencecah tempat duduk.

"Sorry, jalan jam tadi. Nak makan dekat mana ?"tanya Amir sambil matanya tertumpu pada pemanduannya.

"Dekat kedai makanlah, takkan dekat hospital pulak,"aku menjawab mendatar. Tiba-tiba aku dapat rasakan hidungku ditarik. Segera aku menepis tangan Amir.

"Sakitlah mangkuk. Aku sepak kang !"ucapku separuh menjerit sambil tanganku mengusap hidung. Hisy, mesti merah macam badut hidung aku.

"Padan muka kau. Aku tanya kau betul-betul, kau jawab main-main kenapa,"

"Yeahh, itu dia Encik Amir sudah membebel macam nenek-nenek,"sengaja aku menyakitkan hati Amir sambil menjeling geram ke arahnya. Amir hanya mencebik geram dengan sikapku. Comel ! Opss..

Kereta Amir berhenti di hadapan sebuah kedai makan yang sedikit lengang. Mungkin sudah ramai yang kembali ke tempat kerja masing-masing. Aku dan Amir beriringan menuju ke tempat duduk yang sedikit jauh daripada orang ramai.

Usai memesan minuman, aku terus bangun untuk ke bahagian nasi campur. Gulp, kecur air liur apabila terpandangkan lauk kepala ikan masak kari. Segera aku meminta nasi putih daripada akak pelayan lalu menceduk lauk kari kepala ikan. Penuh pingganku dengan lauk pauk. Setelah puas memilih lauk, aku kembali ke tempat dudukku.

Dari kejauhan aku lihat Amir sedang berbual bersama seorang perempuan. Aku menyegerakan langkah menuju ke arah mereka dan kemudian meletakkan pingganku di atas meja dan berlalu ke tempat membasuh tangan. Sesaat kemudian, punggung ku labuhkan di atas kerusi yang bertentangan dengan Amir dan wanita itu sambil menghulurkan senyum.

"Err~ Mina, ni Tiya,"aku terus menghulurkan tangan kepada wanita itu untuk bersalam. Namun huluran tanganku tidak bersambut. Aku hanya mengangkat bahu lalu menghadap makanan di atas meja. Tanpa menghiraukan Amir dan juga wanita bernama Tiya itu, aku terus menjamu selera.

Lima minit kemudian, wanita itu berlalu pergi. Aku hanya memandang dengan ekor mata sebelum menegur Amir.

"Beb, siapa tu ? Cun gila. Badan dia, mak aih ! Cair iman aku,"aku lihat Amir membuntangkan matanya.

"Hoi, kau biar betul ! Kau ni lelaki ke perempuan ? Ada pergi usha badan dia,"ujar Amir sambil menyedut air di hadapannya.

"Eleh dah dia tayang, aku usha lah. Awek kau ke ?"aku bertanya lagi sambil meneruskan suapan.

"Err~ tak lah. Kawan masa dekat Korea dulu,"

"Oh, tapi okay jugak kalau dia jadi awek kau. Nampak sesuai walaupun kau tak berapa hensem,"aku memberikan pandangan sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut untuk suapan terakhir.

"Amboi, sempat lagi kau perli aku ye,"Amir menjengilkan biji matanya ke arahku. Aku sekadar mencebik, malas berdebat dengan Amir.

"Wei, jom lah. Aku dah lambat ni,"aku menggesa Amir yang sedang berkhayal untuk pergi daripada situ apabila aku lihat jam sudah menginjak ke arah 2.20 petang. Amir hanya mengikut langkah kaki ku daripada belakang dan terus dia menghantarku ke klinik tempat ku bekerja.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Sedang aku ralit dengan keropok di tangan di hadapan televisyen, tiba-tiba aku terdengar deringan telefon bimbit Amir daripada dalam biliknya. Hatiku bagai digaru-garu untuk mengintai perbualan Amir. Perlahan langkah aku atur ke kamar Amir di tingkat atas. Aku lihat pintunya tidak bertutup rapat, dan aku menggunakan kesempatan itu untuk mendengar perbualan Amir.

"Tiya, please. I dah kahwin okay,"aku meneguk liur apabila nama Tiya, gadis aku jumpa ketika makan beberapa hari yang lalu menyapa gegendang.

"Please Tiya, forget all our memories. I can't love you anymore,"aku tersentak. Anymore ? Maknanya Tiya dengan Amir memang ada hubungan selama ni ? Kejamnya aku sebab memusnahkan hubungan mereka.

Dengan langkah perlahan, aku meninggalkan kamar Amir dan menuju ke kamarku yang bertentangan dengan Amir. Fikiranku bercelaru. Aku mesti lakukan sesuatu. Aku tak nak rosakkan hubungan orang. Jahatnya aku ! Patut lah Tiya tak pandang aku hari tu. Ye, aku sudah tahu apa yang harus aku lakukan dan aku nekad !


p/s..
hai semua.. mesti korang marahkan sebab daa lama MM tak update.. ekekek.. MM ade hal.. hari tu ingat daa tak nak update lagi bab baru untuk novel ni.. tapi macam tak best pulak.. kesian korang. wkwkw.. gurau je.. so, do read do comment.. time kasih korang~ ;)

Tuesday, 11 December 2012

novel : hey, my diary ! 26



Hari ini aku dan Amir akan berpindah masuk ke rumah baru. Rumah itu sebenarnya sudah lama dibeli oleh Amir. Dia kata buat persediaan awal tu bagus. Aku hanya menurut. 

"Wei, serious ni rumah kau ?"soalku saat melangkah masuk ke dalam rumah baru itu.

"Ehem. Bukan rumah aku tapi rumah kita !"Amir membidas bicara lalu tersenyum. Aku hanya mencebik lalu menjelajah ke seluruh rumah. Puas aku berada di tingkat bawah, aku naik ke tingkat dua pula dan kemudian ke tingkat tiga.

Tingkat bawah seperti biasa, ruang tamu, dapur dan sebuah bilik tidur. Tingkat dua ruang tamu mini, perpustakaan mini dan bilik-bilik tidur. Tingkat tiga tiada bilik cuma terdapat sebuah kolam renang. Okay, antara ketiga-tiga tingkat ni, aku paling suka tingkat tiga. Boleh release tension. Pandai Amir cari rumah.

"Okay ? Puas ?"aku terduduk apabila suara Amir tiba-tiba menerjah gegendang.

"Ei, kau ni memang nak suruh aku 'jalan' cepat kan. Sakit jantung aku !"aku mengomel lalu mengadap wajah Amir yang sedang tersenyum.

"Sorry. Jom pergi makan, aku laparlah,"aku hanya mencebik apabila terdengar ayat Amir itu.

"Jom. Lepas tu singgah kedai buku Irfan sekali ek,"

"Dia dah kerja ke ? Entah-entah dia tengah berbulan madu,"ucap Amir lalu menyaingi langkah ku turun daripada anak tangga satu persatu.

"Takkan lah bulan madu sampai sebulan. Aku dah mesej dia tadilah, dia suruh aku datang,"aku menjawab tanpa memandang wajah Amir.

"Oit, kau mesej dengan Irfan ? Kau tak bagitahu aku pon,"aku sudah menepuk dahi. Hish, king control betul dia ni.

"Perlu ke ?"sengaja aku meng'hangat'kan Amir.

"Aip, mestilah perlu. Dosa tau seorang isteri buat apa-apa tanpa memberitahu suami dia,"aku hanya menadah telinga. Kalau Amir dah jadi baik, janganlah membantah. Habis diceramahnya nanti.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,- 

Aku dan Amir terus mengambil tempat duduk yang berada sedikit terpencil daripada orang ramai. Amir yang meminta kami duduk di situ, romantik sikit katanya. Aku hanya menurut kerana malas nak berdebat. Kalau berdebat pun memang sah-sah aku kalah sebab Amir akan menggunakan kuasa veto dia sebagai suami tu. 

"Mina, kau kenapa macam tak ada mood je hari ni ?"aku tersentak apabila ditegur oleh Amir. Aku cuba memikirkan jawapan yang harus aku berikan.

"Amir, aku tanya kau sikit boleh ?"dengan muka sedikit merayu aku meminta izin. Alah, kalau Amir tak bagi izin aku tanya pon aku 'lenjan' je.

"Tanya lah. Apa dia ?"aku sudah tersenyum. 

"Err~ kau sebenarnya dah komplot dengan Irfan eh ? Maksud aku, perkahwinan kita ?"aku bertanya sedikit gagap. Tiba-tiba tawa Amir meletus kuat. Aku hanya mengetap bibir lalu menggaru kepala. Aku ada buat lawak ke ?

"Ehem.. Itu yang kau fikirkan dari tadi ya ? Sebenarnya, aku dengan Irfan tak komplot apa-apa pun. Cuma, last minute dia suruh aku gantikan dia as your bride. Seriously masa tu aku terkejut sebab tu aku call kau. Kau ingat lagi masa aku tanya sama ada Irfan ada cakap apa-apa dekat kau atau tak ? Tapi kau sibuk bebel pasal bilik kau jadi taman bunga. Aku layan je lah,"aku hanya mencebik apabila mendengar nada suara Amir sedikit sinis di akhir ayat. Perli aku lah tu. Menyampah betul ! Eh Mina, kau menyampah pun tu laki kau jugak ! Opss..

"Tak ikhlas tak payah tolong dengar lain kali,"aku bersuara perlahan sambil memandang ke arah pengunjung lain.

"Apa ?"tanya Amir tiba-tiba. Hisy, dengar pulak tu.

"Tak ada apa-apa lah,"aku menjawab malas. Makan lagi bagus ! Seraya itu hidungku ditarik Amir. 

"Eh, main kasar nampak ? Aku luku kang,"segera aku menepis tangan Amir yang sedang menarik hidungku. Tahulah hidung aku mancung !

"Marah ke ? Ala-ala jangan lah merajuk. Tak comellah muka sayang, macam alien,"what ?! 

"Amboi ! Macam alien ye ? Hah, ambik kau !"sebuah tumbukan padu aku lepaskan pada bahu Amir. Amir terus mengaduh kesakitan. 

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku dan Amir melangkah masuk ke dalam kedai buku milik Irfan. Mataku sudah melirik ke bahagian novel sambil tersenyum. Hatiku sudah tidak sabar-sabar untuk mengusha novel baru.

"Ehem.. Mata tu jaga sikit. Suami kau dekat sini, jangan nak gatal pandang lelaki lain. Dosa tahu !"aku sudah menggaru kepala. Apalah yang si Amir ni merepek. Aku cuma tengok dekat tempat novel tu je. Ada pulak dia cakap aku pandang lelaki lain. Hish, cemburu tak bertempat langsung !

"Alah, dah lelaki tu hensem. Kalau aku single memang aku tackle,"sengaja aku menambahkan ke'hangat'an Amir. 

"Amboi ! Sedar-sedar lah diri tu sikit. Kau tu dah bersuami, tak ada maknanya dapat tackle lelaki lain. Mana lelaki tu ? Hensem sangat ke ?"tanya Amir lalu terpusing-pusing kepalanya mencari lelaki hensem yang aku maksudkan sebentar tadik. Aku terus menjuihkan bibir ke arah seorang pemuda yang agak smart penampilan. Macam model pun ada jugak.

"Lagi hensem aku. Dah, jangan nak miang. Aku luku kau kang,"ucap Amir. Aku hanya mencebik. Masuk bakul angkat sendiri laki aku ni. Hampehh !

"Tapi, kalau aku dapat dia mesti... Aduh !"belum sempat aku menghabiskan ayat, telingaku dipulas oleh Amir. Aku terus mengaduh kesakitan dan cuba menepis tangan Amir. Sekejapan dia melepaskan telingaku yang bertutup dengan selendang itu.

"Gatal lagi. Kalau nak rasa lagi, kau usha lah lagi mamat tu. Siap kau !"Amir memberi amaran keras. Aku memandang Amir lalu menjelirkan lidah sebelum berlari ke bilik Irfan. Aku mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum melangkah masuk. Saat aku berpaling kebelakang, aku terlihat Amir sedang melangkah laju ke arahku. Seraya itu aku menyorok di belakang Irfan yang sedang berdiri. Terlukis riak pelik di wajah Irfan, namun aku buat tidak endah. Sesaat kemudian pintu bilik pejabat Irfan dibuka daripada luar lalu terjengul wajah Amir dibalik pintu. Aku terus mengetap bibir lalu menyembunyikan diri di belakang Irfan.

"Mina, kau tak payah nak sembunyi belakang Irfan sangatlah. Kau tak cukup kecik okay ! Badan kau tu lagi besar daripada dia,"amboi ! Melampau ni. Seraya itu aku mara kehadapan Amir lalu menjentik telinganya dengan kuat sebelum kembali bersembunyi dibelakang Irfan yang semakin blur.

"Eh, korang ni kenapa ? Tiba-tiba je masuk bilik aku lepas tu main sembunyi-sembunyi. Macam budak-budak betul korang ni,"usai Irgan berbicara, aku terus menumbuk belakang badannya sekuat hati. Aku lihat wajah Irfan berkerut seribu menahan sakit.

"Amboi, sedap kau je cakap aku budak-budak. Padan muka kau kena tumbuk dengan aku. Kalau nak rasa lagi, kau cakap lah macam tu lagi,"aku menjengilkan mata memarahi Irfan yang sedang tersengih.

"Sikit punya hal je kot, yang kau debik aku sampai nak mampus kenapa ? Kalau aku mati kang, kesian isteri aku. Hah, kau ni Amir, tak reti ke nak ajar Mina ni bersopan santun sikit. Ganas mengalahkan rimau. Macam mana lah kau boleh tahan kan,"Amir sudah mengekek ketawa. Suka betul dia bila Irfan gelar aku rimau. Kurang asam punya suami ! 

Langkah ku atur deras menhampiri Amir sebelum menarik telinganya dengan geram. Amir terus menepis tangan aku lalu mengusap teliganya. Tahu pun sakit !

"Mina, sakit lah. Betul cakap Irfan, kau tu ganas macam rimau,"ucap Amir lalu sambung bergelak bersama Irfan. Aku terus menjeling tajam lalu mencapai tombol pintu bilik pejabat Irfan.

"Kau nak pergi mana ?"tanya Amir sejurus aku membuka pintu. Aku hanya menjelir lidah tanda geram sebelum bersuara.

"Jumpa mamat hensem tadi,"aku terus keluar tanpa menghiraukan Amir yang sedang menjengilkan mata.

"Mina !!! Aku luku kau kang,"aku tertawa kecil apabila mendengar suara Amir. Tahu jealous, padan muka ! 
Seraya itu aku melarikan diri ke bahagian novel sebelum duduk bersila di sana. Daripada layan Amir dengan Irfan, baik aku layan novel dan borong sampai habis. Lepas tu suruh Amir bayar. Aku sudah merencana idea membuli Amir di dalam otak sambil membelek-belek novel ditangan. Hampir kesemua novel aku ambil dan membaca sinopsisnya. 

Tiba-tiba aku terpandang satu novel bertajuk Sha & Shah karya Sha Ibrahim. Sekuntum senyuman terbit di bibir tanpa sengaja. BFF ? Macam cerita aku dengan Amir je, tapi yang lainnya kita orang tak bercinta. Huh ! Ni kena ambil ni sebab macam best. Setelah hampir satu jam aku di situ akhirnya aku bangun daripada duduk. Lima buah novel sudah berada di tangan. Ingat nak ambil lagi tapi fikirkan aku sudah mula bekerja, maka terpaksa membatalkan hasrat. Takut tak sempat nak baca walaupun aku boleh habiskan satu novel dalam masa satu malam saja.

"Oi Mina, punya penat aku carik kau, rupanya dekat sini kau bertapa. Ei, geramnya aku !"aku mengusap dada apabila tiba-tiba disergah oleh Amir. Amir terus merapatiku lalu menarik hidungku yang sedikit mancung. Pantas aku menepis kerana kekurangan oksigen.

"Oi, mati aku. Nah, pergi bayarkan untuk aku,"aku menghulurkan lima buah novel di tangan kepada Amir. Membuntang biji matanya memandangku dan bersilih ganti memandang novel-novel ditanganku.

"Are you sure nak beli semua ni ? Mak oi, banyak gila !"aku sudah mencebik apabila mendengar suara Amir yang sedikit terkejut.

"Dah jangan nak bebel. Pergi bayarkan untuk aku sebab aku nak jumpa Irfan kejap,"selamba saja aku memberi arahan. Seraya itu telingaku ditarik Amir. Aku menjeling geram. Dia ni suka betul tarik telinga aku !

"Teman aku pergi bayar dulu. Lepas tu jumpa Irfan sama-sama dengan aku, jangan gatal nak berdua je. Haram !"ujar Amir lalu menarikku menghampiri kaunter pembayaran. Cashier di kaunter itu tersenyum memandang aku kerana dia sudah terlalu mengenali aku. Mahu tak kenal kalau dah asyik muka aku je bertapa dekat kedai buku tu.Usai membuat pembayaran aku dan Amir beriringan melangkah ke bilik pejabat Irfan dan melangkah masuk setelah mengetuk pintu.

p/s..
harap sudi BACA dan KOMEN ye.. komen anda diperlukan ;) TERIMA KASIH~

Tuesday, 4 December 2012

novel : hey, my diary ! 25



"Aku terima nikahnya Nur Amanina binti Naim dengan mas kahwinnya RM 22.50 tunai,"sekali lafaz saja aku sudah sah menjadi milik lelaki itu. Terus aku menunaikan solat sunat syukur. Sebenarnya aku masih tidak percaya atas apa yang berlaku. Benarkah dia suami ku ? Tapi...

"Mina, salam tangan Amir,"aku terkujat seketika sebelum menghulurkan tangan kepada Amir. Amir hanya tersenyum lalu mencium dahiku. Jurukamera yang tidak bertauliah terus merakam detik-detik 'bahagia' itu. Bencinya aku sebab kena senyum depan kamera macam apa. Aku tahulah aku ni cun, cukuplah ambil gambar. Naik pening kepala otak tengok flash kamera. 

"Mina, terima kasih,"aku terkedu apabila Amir membisikkan ayat itu ditelingaku. Namun, aku terus membuat muka selamba lalu mencebik. Aku lupa pada jurukamera yang sibuk mengambil gambar sedari tadi. 

"Kenapa buat muka macam tu Mina ?"aku hanya tersengih apabila jurukamera yang diupah ibu itu bersuara. 

"Okay, sekarang ni both of you boleh duduk atas pelamin for the shoot,"aku hanya mengikut saja apa yang diminta oleh jurukamera itu walaupun sedikit kekok. Ada ke patut dia suruh aku peluk Amir ? Ei, geli-geli !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku membuat muka masam mencuka apabila terlihat kelibat Amir yang berada di muka pintu. Hari ni aku nak soal siasat semua benda pada dia. Semalam lepas nikah aku tak sempat nak tanya apa-apa sebab kita orang tak berjumpa. Malam ni, siaplah dia.

"Hai Mina, kenapa masam je ni ? Hodoh lah,"aku mengetap bibir apabila mendengar ayat yang keluar daripada bibir Amir itu. Seraya itu aku menghampirinya lalu menarik telinganya sekuat hati.

"Hey, kenapa tarik telinga aku ni. Gebeh kang !"aku hanya buat tidak dengar dan terus menarik telinga Amir sehingga puas.

"Kenapa kau tak bagi tahu aku pasal semua ni awal-awal ?"aku sudah berpeluk tubuh lalu duduk di birai katil.

"Bagi tahu mende ?"ucap Amir sambil mengusap telinganya. Padan muka ! 

"Ei, kau ni kan..."serentak itu aku menumbuk-numbuk lengan Amir sebagai tanda geram.

"Aduh, sakitlah Mina oi,"ujar Amir lalu menangkap kedua belah tanganku. Aku terus mati kutu kerana tidak dapat bergerak. Saat itu anak mataku dan anak mata Amir bertentangan. Debaran di dada kian hebat dan...

"Oi pengantin baru, kot ye pon tutup lah pintu dulu,"err~ suara abang saudaraku bergema memenuhi ruang kamar ku. Seraya itu aku merentap tanganku daripada pegangan Amir sebelum merebahkan diri di atas katil. Selimut di hujung kaki segera aku capai dan kemudian berselubung seluruh badan. Aku terdengar tawa Amir dan abang saudaraku bersatu. Hisy, malu woi !!!

p/s..
sorry lambat update chapter baru.. MM tukar lappy dengan adik MM dan terlupa untuk save novel ni dalam pendrive.. harap korang tak marah ^^

Saturday, 1 December 2012

cara MM mendapatkan idea..

ASSALAMUALAIKUM.

hai semua pembaca blog MM yang tidak seberapa ini.. jam tika ini sudah menunjukkan detik 12.41 minit pagi dan mata masih terasa segar.. mungkin MM sudah terjangkit dengan penyakit insomnia.. :)
btw, TAHNIAH kepada HARIMAU MALAYA atas kejayaan mereka menentang GARUDA a.k.a INDONESIA.. semoga kejayaan mereka terus kekal hingga ke FINAL nanti.. amiiinnn :)
sebenarnya hari ini MM rasa fed up sikit.. mana lah idea ni ? MM nak sambung buat novel HMD.. ya Allah dah lama novel tu.. tapi sampai sekarang masih tidak siap.. hhe~ entah kenapa lately MM lebih tumpukan pada CERPEN sehinggakan novel HMD sedikit terabai.. hish, lagi sebulan lebih nak naik sekolah.. kalau novel tu tak siap akhir bulan ni, habislah.. tahun depan MM dah tak boleh guna laptop.. abah tak bagi sebab nak SPM.. aduhh..
opss.. hari ni sebenarnya MM nak cerita dekat korang semua pasal.. err~ pasal daripada mana MM dapat idea buat cerpen + novel semua ni.. sebab ada beberapa orang rakan di sekolah mahupun alam maya yang bertanya.. so, disebabkan hari ni MM ada masa terluang, MM terus buat entri ni.. :)

PENGALAMAN !
baiklah.. MM akui sedikit sebanyak cerpen ataupun novel MM adalah berdasarkan pengalaman MM sendiri.. contohnya novel HMD !
kenapa MM cakap sedikit sebanyak novel ini daripada PENGALAMAN ? sebab apa yang MM sampaikan melalui watak Amir dan Mina itu adalah apa yang MM lalui selama ini.. 
jujur MM memang punya  musuh.. dan kami bermusuh sejak berusia 11 tahun lagi.. kami selalu bertengkar.. tapi kadang-kala dalam pada kami bertengkar, kami boleh duduk bersama.. kongsi masalah kami bersama-sama.. tapi kebanyakkan masalah itu disebabkan oleh musuh MM yang agak PLAYBOY.. dan apa yang MM kelakar.. kalau dia nak PUTUS dengan awek dia, mesti dia tanya MM dulu.. kalau dia nak COUPLE dengan seseorang tu pun, dia akan tanya MM dulu.. 
dan.. korang ingat lagi novel HMD bab 1 ? dalam bab itu, MM ada selitkan cerita di mana Amir meminta Mina menulis surat cinta untuk Huda kan ? hha.. sebenarnya itu CERITA BENAR.. satu hari tu, musuh MM ada minta tolong daripada supaya tuliskan surat cinta untuk awek dia.. masa tu hari Ahad kalau tak silap, dia datang rumah MM semata-mata untuk minta tolong tuliskan surat cinta.. hha..
kemudian idea yang datang daripada pengalaman MM juga ialah cerpen JODOHKU PILOT..
kapal terbang kertas ? ya, MM akui MM memang selalu lepak dekat padang di taman perumahan MM dengan kawan baik MM, Nabilah.. satu hari tu, kami tiba-tiba tergerak untuk membuat kapal terbang kertas.. dan setelah kami selesai membuat kapal terbang kertas itu, kami terbangkan dan tangkap sambil membuat hajat.. macam-macam hajat kami sehinggalah timbulnya hajat untuk mendapatkan suami PILOT.. dan secara kebetulan ketika kami bermain dengan kapal terbang kertas itu, sebuah kapal terbang lalu di angkasa.. dan serentak kami menjerit.. hha.. kalau ingat kenangan tu, rasa nak gelak golek-golek..

PEMERHATIAN !
memerhatikan.. itu memang sudah mejadi sebahagian rutin MM.. lebih-lebih lagi apabila MM bertemua dengan kawan baru atau sampai di tempat baru.. MM akan perhatikan segala-galanya.. mungkin bagi yang tidak mengenali MM akan buat tafsiran yang MM ni pelik.. 
sebenarnya melalui pemerhatian, MM dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan mencetuskan idea buat MM.. 

KAWAN !
kenapa kawan ? sebab MM kadang-kala menulis sesuatu watak melalui watak kawan-kawan MM.. serious ! kadang-kala pengalaman kawan-kawan MM juga akan MM jadikan sebagai idea untuk menulis sesuatu cerita.. 
oppss.. contohnya watak Nabilah dalam cerpen Jodohku Pilot.. Nabilah memang wujud di alam realiti.. dia merupakan kawan rapat MM.. kami memang gila-gila.. dan suka buat aktiviti yang budak lelaki suka buat.. contohnya main bola sepak atau rounders.. 
eh, ingat lagi pada novel Musuhku Cintaku ? dalam novel tu kan, MM ada sisipkan satu cerita dimana Haikal dan Mia ditangkap oleh guru disiplin kan ? sebenarnya cerita tu melalui pengalaman kawan baik MM sendiri.. 

KEYAKINAN !
jujur MM memang kurang yakin dengan setiap apa yang MM tuliskan.. MM selalu fikir.. "mesti ramai yang bosan dengan idea MM ni.. macam kebudak-budakan.." sebab tu MM selalu minta pendapat korang.. manalah tahu korang tidak suka dengan gaya penulisan MM.. dan terima kasih kepada yang memberikan pendapat.. setakat ini ALHAMDULILLAH, semuanya positif.. cuma satu pesan MM.. KALAU KALIAN TIDAK SUKA, CAKAP TERUS TERANG.. ye, MM bukan jenis yang mudah terasa.. so, jangan takut untuk luahkan.. mungkin MM dapat pertingkatkan lagi gaya penulisan MM.. :)

SUNYI !
sunyi sepi.. yeahh ! MM amat sukakan suasana sebegini.. sebab itu kebiasaan MM menyambung novel ataupun cerpen pada tengah-tengah malam antara pukul 11 malam hingga 2 pagi.. masa tu, memang idea mencurah-curah masuk.. tapi kadang-kala kalau mengantuk, MM terpaksa tangguhkan dulu niat MM untuk menyambung novel ataupun cerpen.. maklumlah, MM memang suka tidur.. MM rela tak makan, tapi jangan tak tidur.. hhe~

okaylah, MM terpaksa berhenti dan tidur.. hhe~ esok pagi MM ada hal.. semoga apa yang MM sampaikan ini dapat membantu korang.. apa-apa hal yang korang hendak bertanya atau kritik gaya penulisan MM, sila lah ye.. TERIMA KASIH  kerana sudi meluangkan masa :)

p/s..
MM bukanlah seorang penulis apatah lagi novelis yang hebat.. MM sekadar seorang pelajar sekolah yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai dunia penulisan ini.. maaf kiranya apa yang MM sampaikan ini membuatkan anda menganggap MM sebagai belagak.. maaf.. niat MM hanya satu, sampaikan apa yang MM rasa perlu~