novel : musuhku cintaku 6


“Baiklah pelajar untuk kerja berkumpulan kali ini, saya hanya mahukan dua orang saja dalam satu kumpulan. Jadi tiada seorang pun yang boleh duduk bersenang-lenang tanpa membuat sebarang kerja. Ahli kumpulan telah saya tetapkan,”suara nyaring guru mata pelajaran Sejarah menyapa gegendang telinga. Semua pelajar tekun mendengar butir bicara yang keluar daripada mulut Encik Hazril itu.

“Baiklah, sekarang saya bacakan senarai ahli kumpulan dan kumpulannya. Kumpulan satu,Syafiqah dan Syafik. Kumpulan dua, Najihah dan Farid. Kumpulan tiga, Tasha dan Amri. Kumpulan empat, Irsyad dan Hidayah,”Encik Hazril berhenti seketika bagi menenangkan keadaan kelas yang sudah riuh rendah. Aku pula terus menjadi kelam kabut sebaik saja namaku tidak disebut sekali bersama nama Amri. Aku group dengan siapa ni ?

“Kumpulan lima, Haikal dan Mia…”gulp ! Biar betul ?! Gelap dunia ku rasakan tiba-tiba. Kenapa aku dengan Haikal ? Aku tak nak ! Seraya itu aku bangkit dan bersuara.

“Err~ cikgu boleh tak saya nak satu group dengan Amri. Biar Tasha satu group dengan Haikal. Lagipun saya selesa dengan Amri,”pintaku lembut.

“Awak ada apa-apa hubungan ke dengan Amri ?”merah mukaku apabila di peril oleh Encik Hazril.

“Err~ mana ada apa-apa cikgu. Kawan je,”terangku.

“Keputusan saya muktamad. Tiada sebarang bantahan !”tegas suara Encik Hazril membuatkanku terduduk sambil mengetap bibir. Macam mana ni ? Argh ! Lantak lah.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

PETANG NI. 2 PETANG. 4 A.

Ketika aku masuk ke kelas selepas tamat masa rehat tadi, tiba-tiba bebola mataku terpandang sticky note berwarna biru di atas mejaku. Aku meneguk liur kerana sticky note itu mengingatkan ku dengan peristiwa dahulu. Sudahlah warnanya sama. Tetapi setelah aku amati tulisan di sticky note itu, aku dapat mengagak siapakah pengirimnya.  Aku hanya baca sekali lalu setiap ayat yang tertera sebelum mencebik menyampah. Sesaat kemudian, aku terus membaling sticky note itu ke dalam tong sampah. Gasak kau !

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.