novel : hey, my diary ! 14



Pagi lagi aku sudah meminta izin daripada abah untuk keluar. Semalaman aku tidak tidur memikirkan masalah itu. Hari ini aku bertekad untuk menemui Irfan, mungkin dia boleh membantu serba sedikit.

“Mina, kau kena terima takdir. Kau tak boleh menangis macam ni, mungkin ini cara Allah menguji kau,”inilah kali pertama aku menangis di hadapan lelaki. Sekarang ini aku buntu, macam mana aku nak putuskan pertunangan yang merepek ni kalau semua membantah tindakan aku. Aku tak nak dikaitkan lagi dengan Amir.

“Aku tak boleh Irfan. Aku tak nak ada kaitan lagi dengan dia. Aku tak tahu kenapa, tapi yang penting aku tak boleh terima dia lebih daripada seorang kawan ! Cuba kau bayangkan kalau kau dekat tempat aku, apa kau akan buat ?”aku terus menahan air mata daripada mengalir namun usahaku sia-sia. Air mata makin deras membasahi pipi.

“Aku tahu Mina, tapi kau kena terima takdir. Mungkin memang dah tertulis jodoh kau dengan dia,”Irfan terus memujuk aku. Aku tidak tahu mengapa saat-saat begini, hanya Irfan yang terlintas di fikiranku. Segera aku menghubunginya untuk berjumpa. Mujur dia tidak sibuk hari ini.

“Tapi Amir dah ada awek lain. Semalam aku yang temankan dia cari cincin dengan baju pengantin untuk awek dia,”aku membidas bicara Irfan.

“Hei Mina ! Kau ni bangunlah wei. Tak kan dia suruh kau carik kan tu semua untuk awek dia tu. Sama ke size ?”

“Dia kata awek dia tu chubby macam aku,”balasku selamba.

“Tak semestinya chubby macam kau, size jari dan badannya sama. Aku rasa ‘awek’ yang dia maksudkan itu adalah kau,”aku hanya membuntangkan mata mendengar bicara Irfan itu.

“Argh lantak lah. Apa yang penting, hati aku tak boleh terima dia lebih daripada seorang kawan !”ucapku sambil mengelap sisa air mata. Tiba-tiba aku rasa malu kerana menangis. Nasib baik tempat duduk kami sedikit terlindung daripada orang ramai, kalau tak mahu mereka buat spekulasi sendiri.

“Kau buatlah solat istikharah dulu. Mohon petunjuk dari-NYA sebab semua yang berlaku adalah kehendak-NYA. Dah jangan sedih-sedih lagi, tak comel !”ujar Irfan sambil mengelap tubir mataku dengan tisu. Aku hanya tersenyum dan akhirnya ketawa lepas. Apa lah dia ni, ingat aku budak 4 tahun ke ? Nak pujuk tu biar lah matang sikit caranya ! Huh !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku hanya mendiamkan diri sedari tadi. Kebelakangan ini aku lebih banyak berdiam daripada bersuara. Fikiranku kusut dengan masalah yang seolah-olah tidak akan pernah hilang. Segera roti di atas meja aku ambil lalu sumbat ke dalam mulut. Itulah rutinku apabila stress dan ianya membuatkan aku menjadi makin chubby.

“Mina, kau tak habis-habis makan. Kau tengok badan kau tu, gemok tahu tak !”bila ibu dah mula  membebel, pecah gegendang telinga aku.

“Biarlah. Gemuk tu chubby, chubby tu comel, comel tu Mina !”ibu hanya mencebik, begitu juga abah dan Irfan. Irfan ni sebenarnya datang nak ambil aku pergi kedai buku dia, aku yang suruh tadi. Tapi akhirnya stuck sebab abah sibuk bertanya itu dan ini. Ibu pon sama je dengan abah, pasangan yang ideal memang begitu. Haish !

“Irfan, kau ni bila nak kahwin ?”abah ni macam dah tak ada topik lain nak tanya. Kenapa lah akhir-akhir ni abah asyik sebut  pasal kahwin je ? Abah nak kahwin lagi satu ke ? Oppsss… Mati aku kalau ibu tahu apa yang aku fikir. Terbang periuk belangan dekat dapur tu nanti.

“InsyaAllah dua bulan lagi pak cik. Hah, terlanjur pak cik ingatkan ni, kejap saya ambilkan kad. Selalu nak kirim dekat Mina, tapi lupa je. Biasalah kan kalau dia dah bercakap memang kena tumpukan sepenuh perhatian, kalau tak habis dilukunya kepala kita,”ujar Irfan lalu menuju ke keretanya. Amboi, sempat lagi dia perli aku kan ? Aku luku betul-betul baru tahu ! Eh, dia nak kahwin dua bukan lagi ? Kenapa aku baru tahu sekarang ? Kalau ada apa-apa benda yang berlaku mesti kau orang yang paling lambat tahu. Kenapa ? Tak adil betul ! Huh.

Dari luar aku terdengar suara orang berborak sambil diselangi tawa. Aku menajamkan pendengaran dan terdengar seperti suatu suara yang amat aku kenali. Suara Amir ? Berdesing telingaku tiba-tiba. Buat apa dia datang sini ? Dah lah semalam dia tengking aku. Sibuk je. Omelku di dalam hati.

Sedetik kemudian muncul wajah Irfan dan Amir di muka pintu. Aku hanya mencebik apabila pandanganku dan Amir bertaut.

“Hai Amir, nak ke mana ?”tanya abah apabila terpandangkan Amir di muka pintu. Aku terus berpaling daripada menatap wajah Amir yang ku rasakan seperti badut itu.

“Tak ke mana. Ingat nak ajak Mina keluar, tapi dia nak keluar dengan Irfan pulak,”ceh, blah lah kau ! Kalau aku tak keluar dengan Irfan pun tak ingin aku keluar dengan kau. Semak je.

“Why not kau join kita orang. Lagipun kita orang cuma nak pergi carik barang je. Kalau ada kau mesti best,”aku tergamam. Kenapa Irfan ajak badut ni ? Aku tak nak lah tengok muka dia ni. Annoying okay.

“Betul jugak tu Amir. Ikut sajalah sekali,”sampuk ibu tiba-tiba. Ibu ni memang saja nak provok  Amir kan ?

“Sure ni ? Kau orang tak kisah ke ?”ucap Amir. Berlakon lebih mamat poyo plus selenge ni. Aku luku jugak kang.

“Apa yang nak kisahkan. Aku bosan jugak jalan berdua je dengan Mina,”eh, kurang asam ! Kalau macam tu tak payah lah gatal dok ajak aku keluar, ajak je mamat poyo plus selenge tu. Omelku sambil menjeling geram ke arah Irfan yang sedang tersengih.

“Kau orang keluar berdua je lah. Baru romantik,”aku berjeda geram. Irfan dan Amir berpandangan sebentar sebelum tersengih.

“Hish, kau ingat kita orang ni gay apa ? Aku lelaki sejati tau,”aku hanya mencebik bila mendengar bicara Irfan itu. Blah lah kau !

“Eh, dah tak payah nak gaduh. Kalau korang nak keluar, balik sebelum pukul 5 petang. Faham ?”tiba-tiba abah menyampuk mungkin malas nak dengar perbalahan mulut antara aku dan Irfan.

“Okay pak cik. Kami gerak dulu okay ! Jom Mina,”ceit ! Tak nak aku jalan dengan kau orang. Confirm muka aku yang comel je nanti jadi mangsa.

“Aku penatlah. Kau orang pergi je lah,”aku cuba melarikan diri daripada turut serta bersama mereka.

“Kau jangan nak gedik sangat. Dah cepat !”aku geram betul kalau orang memaksa ni tau. Dengan muncung sedepa aku menggeleng.

“Mina…”alah abah ni. Suka sebelahkan mamat-mamat selenge dan poyo di depan mata aku ni. Akhirnya aku akur dan terus masuk ke dalam perut kereta Irfan sambil diikuti oleh Irfan dan Amir.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA