novel : hey, my diary ! 19



Terpisat-pisat aku membuka mata apabilla terasa sedikit silau. Hish, aku dekat mana ni ? Seraya itu aku memandang sekeliling. Eh, macam bilik aku je ? Aku terus membuang pandang ke arah sekeliling bilik itu. Yes, this is my room. Tapi bukan tadi aku dengan Amir dekat airport sebab pujuk Irfan ke ? Omelku dalam hati. 

Perlahan aku mengangkat sedikit tubuhku untuk menyandar di kepala katil kerana kepalaku masih pening. Eh, siapa tu ? 

"Argh, perogol ! Tolong !"jeritku serta merta apabila tidak dapat mengecam siapakah yang sedang duduk bermain telefon bimbit di atas sofa dalam bilikku ini.

"Oi mangkuk, aku ni Amir, bukan perogol,"ucap pemuda itu. Aku terus memusatkan pandangan ke arahnya. Eh, betul lah Amir. Tapi..

"Kau buat apa dalam bilik aku ni ? Kau nak rogol aku eh ?"ujarku dengan nada sedikit cuak. Aku lihat Amir menepuk dahinya.

"Oi, kau tahu tak aku langsung tak ada feel dekat kau. Badan dah lah macam lelaki, lansung tak ada selera aku nak rogol kau,"bebel Amir. Aku hanya mencebik apabila mendengar bicara Amir itu. Dia ni suka betul cakap badan aku yang bersaiz L ni macam lelaki. Aku tinju jugak kang.

"Habis tu kau buat apa dekat sini ? Kau tak nampak ke dekat pintu tu ada tulis NO MEN ALLOWED ! Buta ke ? Kau tahu tak boleh mendatangkan syak wasangka,"aku mengomel geram. Sengaja aku menekan perkataan NO MEN ALLOWED itu.

"Syak wasangka jendul lu. Cuba kau tengok tu ? Pintu terbukak kan ? Hah, cuba kau tengok dekat ruang tamu tu, ada siapa ? Nampak tak ?"ucap Amir dengan nada geram. Segera aku memandang ke arah pintu dan kemudian ke ruang tamu yang bertentangan dengan bilikku. Di situ ada ibu, abah dan... Eh, tu bukan Irfan ke ? 

"Oi, sini kejap,"aku memanggil Amir dengan nada berbisik.

"Kau kenapa cakap macam tu ? Nak goda aku apa ?"usai saja Amir berbiacara, aku terus menjelirkan lidah. Ei, selisih okay aku nak goda dia.

"Aku luku kepala kau ! Sini je lah. Huh !"dengusku geram apabila asyik dikenakan oleh Amir sedari tadi.

"Hah, kau nak mende ?"soal Amir dengan nada kasar. Ei, geramnya aku !

"Aku nak tanya ni, kenapa Irfan ada dekat situ ? Bukan di nak ke luar negara ke ?"aku bersuara perlahan sambil mataku terus memandang Irfan. 

"Oh, dia tak jadi pergi,"balas Amir yang sudah tercegat di sisi katilku.

"Dia dah jumpa ke pengganti tunang dia ?"soalku lagi dan kali ini pandanganku talakan ke arah Amir pula. Amir hanya mengangguk sambil tangannya bermain telefon bimbit, seolah-olah tidak mengendahkan pertanyaan ku.

"Siapa ?"soalku lagi kerana rasa ingin tahu yang membuak-buak.

"Kau,"sepatah saja jawapan Amir dan terus berpaling untuk meninggalkan aku. Aku termangu seketika apabila mendengar bicara Amir itu.

"Oi, kau nak pergi mana ? Sini lah kejap !"aku memanggil Amir kembali apabila melihat dia ingin berlalu pergi. Namun panggilanku tidak mendapat sahutan. Hei, mangkuk betul mamat ni tau !

"Amir... Sini lah kejap.."mendayu-dayu suara aku memanggil Amir. Seraya itu Amir berpaling ke arahku. Tersungging senyuman sinis di hujung bibirku. Gatal punya mamat ! 

"Nak apa lagi ?"soal Amir lagi tetapi kali ini nada suaranya sudah mengendur malah telefon bimbitnya juga telah disimpan. Matanya terus memandang ke arahku. Aku jadi malu tiba-tiba kerana aku tidak biasa dipandang sebegitu.

"Err~ kau tak kisah ke ? Kan aku ni tunang kau,"dengan rasa malu yang amat aku menyebut perkataan tunang. Sebenarnya itu hanya alasan supaya aku dan Irfan tidak jadi berkahwin.

"Asalkan kau bahagia,"aku terpempan apabila mendengar bicara Amir itu. Aku langsung tak faham maksudnya. Ingin aku bertanya tetapi Amir telah berlalu keluar daripada bilikku lalu menyertai ibu, abah dan juga Irfan. 

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku nekad untuk lari daripada rumah malam ini juga. Barang semua aku sudah kemas dah tak peduli dengan apa yang akan berlaku. Apa yang penting, aku tak nak kahwin dengan Irfan. Tak nak ! FULLSTOP !!

Dengan langkah terjengket-jengket aku menuruni satu persatu anak tangga, takut ada orang perasan. Lima minit kemudian aku telah berjaya membawa diri keluar daripada rumah. Segera aku menggapai motor EX5 lalu menyorongnya menjauhi rumah. Kira-kira 20 meter aku menjauhi rumah, segera aku memanjat motosikal ku lalu cuba menghidupkan enjinnya.

"Hish, apa hal tak boleh hidup pulak ni ?"bebelku geram kerana sudah naik lenguh kakiku kerana cuba menghidupkan enjin motosikalku. Seraya itu aku memandang ke arah meter minyak. 

"Huh ! Tak ada minyak ? Siapa yang rembat minyak motor aku ni ? Geramnya !"ucapku sedikit mejerit kerana rasa geram yang teramat. 

Perlahan-lahan aku menyorong kembali motosikal ku. Tiba-tiba hatiku terasa cuak, bulu romaku terus berdiri. Aku menjeling jam di tangan. 3 pagi ? Huh ! Patutlah seram semacam je. Terasa menyesal pulak. Ah, alang-alang menyeluk perkasam, biar terus bau masam. Aku terus melangkah menjauhi kawasan perumahan ku. Mana aku nak isi minyak ni ? Stesen minyak mesti dah tutup sekarang ni. Geramnya !

"Hai cik adik, sorang je ?"hah ? Tanpa mengangkat wajah, aku terus menjerit.

"Ah, hantu !!! Tolong !!!"lantang aku menjerit sambil lari lintang pukang. Namun larianku tidak begitu laju kerana tanganku masih mengenggam erat motosikalku.

"Hantu ? Lari ?!"seraya itu aku terdengar satu suara. Eh, takkan hantu pun takut dengan hantu jugak ? Aku terus memberhentikan langkah lalu berpaling ke belakang. Tempat pertama yang aku pandang adalah di bahagian kaki makhluk itu. Aik, kenapa kaki di jejak tanah ? Bukan ke kaki hantu tak jejak tanah ? Huh ! Manusia yang berupa hantu lah tu kan. Hah ! Padan muka kau, lari marathon lah kau ya. Omelku dalam hati lalu memusingkan kembali badan ke hadapan.

"Argh !!! Ni real ke ??"jeritku lalu memejamkan mata seerat mungkin. Macam mana aku boleh tak perasan ada hantu yang dok depan aku tadi ?

"Hantu, jangan cekik aku. Aku nak kahwin dulu !"ucapku tanpa berfikir panjang. Apa yang terlintas di minda itu yang aku ucapkan. Terasa seperti mahu saja aku terkencing di situ. Huh !

"Oi mina ! Bukak mata kau tu,"aik, mana hantu ni tahu nama aku ? Siap boleh goncang bahu aku lagi. Dengan rasa cuak yang amat, aku membuka mata perlahan-lahan. Dann...

"Amir, kau lah hero aku ! Terima kasih !"jeritku sambil memeluk tubuh Amir. 

"Oi, kau ni ambil kesempatan ke apa ?"erk~ seraya itu aku melepaskan tubuh Amir. Huh ! Apa hal aku over sangat ni ? Malu, malu !

"Eh, tak ! Aku tak sengaja lah,"aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. 

"Hah, kau buat apa dekat sini pagi-pagi buta ni ?"soal Amir tiba-tiba. Aku terus menggaru kepala. Apa yang aku nak jawab ni ? Mampuslah kalau kantoi. 

"Err~ aku nak isi minyak,"hanya itu ayat yang terlintas difikiranku saat ini.

"Kau nak kencing aku pun agak-agaklah,"saat itu juga aku terus memandang ke arah seluar yang ku pakai. Bila pulak aku kencing ? Kering je seluar aku.

"Bila masa aku kencing ? Tak basah pun seluar aku,"dengan muka blur aku menjawab. Aku lihat Amir hanya mengetap bibir geram. Seraya itu dia menarik tangan aku memasuki keretanya. Aku yang sedang kebingungan hanya menurut langkahnya.

Comments

ezyra taharin said…
heyy....entry y bgus...pndai laa mengarang,,huhu,,btw kan,why not kalau awk gne satu tutorial nie..utk kasi owg len tak lehh copy awk nye entry..sye tak ingt plak nme tutorial tu...
cik lisa said…
Waaah berbakat ni . Hekhek , best baca . Try lah antar manuskrip ke syarikat syarikat novel, mana tahu dapatkan . Hehe
terima kasih kerana bagi pandangan ya ! :)

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.