novel : hey, my diary ! 9



“Mina !!”suara ibu yang sedang menjerit memanggil namaku daripada tingkat bawah membuatkan aku sedikit cuak. Ya Allah, apa pulak masalah sekarang ni ? Seraya itu aku terus berselubung dalam selimut. Bibir aku ketap sekuat hati. Argh, ni semua salah Lina. Kecoh lah mulut dia ni, aku cili jugak kang ! Aku mengomel geram.

“Mina, kau bangun sekarang !”ucap ibu sambil menarik selimut di tanganku. Mati aku !

“Err~ orang tak nak. Nanti ibu dengan abah bebel,”aku bersuara di balik selimut. Tiba-tiba aku dapat rasakan selimutku di tarik dengan kasar. Seketika kemudian terlepas selimut daripada genggaman tanganku. Argh !

“Mina, baik kau terangkan balik apa yang kau cakap dekat Lina tadi !”keras suara ibu. Marah benar dia nampaknya. Aku hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Apa aku nak cakap ni ? Ni semua salah mulut aku, kalau aku tak terlepas cakap tadikan bagus. Tapi salah otak juga sebab bagi arahan dekat mulut untuk mengeluarkan perkataan itu. Argh, serabut !

“Mina…”meleret suara abah meminta penjelasan.

“Orang cakap je tadi ! Saja nak kenakan Lina,”aku berdalih bagi menyelamatkan diri. Tetapi ibu dengan abah macam tak puas hati lagi. Aduh ! Mereka ni memang pengorek rahsia tegar betul lah ! Omelku dalam hati.

“Ye lah orang jujur ! Tadi orang cakap dekat Lina yang hubungan pertunangan antara orang dengan Amir tak pernah dipersetujui bersama. So, automatik terputus lah,”aku menerangkan semula apa yang aku cakap pada Lina tadi.

“Siapa cakap putus ? Hubungan pertunangan korang berdua dipersetujui oleh kami berdua dan juga kedua-dua ibu bapa Amir. So, tak ada maknanya putus ! Korang tak setuju tu lantak korang lah, yang penting kami setuju dan nak kamu bernikah tahun ni juga,”selamba saja ibu membidas bicara ku. Aik, yang nak kahwin ni aku dengan Amir ke ibu dengan abah ? Boleh main paksa-paksa pulak ek. Mana boleh !

“Orang dengan Amir tak nak lah,”rengekku geram.

“Kami peduli apa. Apa yang penting kau dengan Amir mesti bernikah hujung tahun ni jugak !”alamak ! Mati aku macam ni. Ni dah kes kahwin paksa ni ! Tak mahu aku.

“Esok jugak orang pindah rumah lain,”aku bersuara berbaur ugutan. Abah dan ibu hanya mencebik.

“Mana kau nak pergi ? Kau tu bukannya reti hidup sendiri. Balik-balik bawah ketiak ibu kau juga,”ucap abah dan terus berlalu keluar daripada bilik ku. Ibu menyusul langkah abah setelah dia membebel dekat aku hampir lima minit. Argh, mana aci dua lawan satu. Geramnya !


Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.