Followers

BICARA BLOGGER

Assalamualaikum pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini. Ruangan ini memang dikhaskan untuk cerpen dan novel karya asli saya sendiri. Sebenarnya saya bukanlah seorang penulis apatah lagi novelis. Saya hanya seorang gadis biasa yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis dan novelis.

Maafkan saya andai apa yang kalian baca nanti ada yang menyinggung perasaan kalian. Saya masih bertatih dalam bidang menulis ini kerana saya tidak pernah ada asas. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Harap kalian terhibur dengan coretan saya ini. TERIMA KASIH :)

-Mirra Nadhira Mustaffa-

Sunday, 24 February 2013

ISTERI SATU HARI menjadi perhatian.

ASSALAMUALAIKUM

haii semua~~ lamakan MM tak membebel dekat sini ? hha.. btw, korang sihat ??
hey, tahu tak.. semalam dan juga hari sabtu lepas.. MM join Perkampungan Penulis Muda peringkat Daerah.. memang siryes AWESOME even tak tido satu malam.. nak tahu kenapa tak tido ? kami, peserta kem disuruh buat sebuah cerpen.. dia bagi tugasan tu pukol 11 malam dan dia nak semula cerpen tu pukul 8 pagi.. gila kami semua buat cerpen.. 
tapi, memang best laa.. dapat jumpa kengkawan baru.. mula-mula memang segan sebab sekolah MM cuma dua orang je yang pergi.. MM dengan budak lelaki form 3.. hha~ mati kutu jadinya.. but, kejap je dah berkawan.. hha.. MM paling kepoh agaknya.. 
eh, nak tahu something ? dekat sana kan.. MM tak sempat nak lapar, dah kenyang semula... hha~ setiap 2 jam sekali kita orang makan.. then, petang sabtu tu, kita orang ada RIADAH.. naik kuda.. hha~ kelaka.. kudanya nama blackie..
and, semalam majlis penutup.. MM kena buat persembahan MESTAMU.. giler laa.. mestamu tu kena deklamasikan sajak tanpa muzik.. MM deklamasikan sajak manifiesto pencarian guna rentak AKU SUKA DIA.. grup MM 7 orang semuanya.. tapi MM jadi ketua.. entah apa-apa laa.. tapi bebudak nya semua sporting..
and, part paling happy bila penyampaian hadiah.. masa pendaftaran kem tu, setiap peserta kena bagi cerpen.. temanya HARI GURU.. tapi MM tak buat pon tema tu sebab MM jadi bidan terjun.. tak sempat buat apa-apa sebab cikgu tepon MM pukul 6 petang hari JUMAAT.. then, pagi sabtu dah kena pergi.. so, MM bagi je laa cerpen ISTERI SATU HARI sebab cerpen tu je yang dah siap print.. MM memang pasrah je laa.. MM pikir, dapat ke tak lantak laa.. janji MM hantar..
but, unexpected.. semalam cerpen tu dapat tempat KEEMPAT peringkat DAERAH.. hha~masa pi ambik piala dekat atas pentas MM dok gelak je manjang.. hha~ siryes MM tak percaya.. yang lain semua hantar tema hari guru.. MM je yang sesat.. hhe~
tapi, siryesly MM terharu even dapat tempat KEEMPAT.. sebab MM menulis suka-suka je.. tak sangka panel hakim terima cerpen MM.. and, congrates kepada pemenang yang lain.. insyaAllah, dewan bahasa dan pustaka akan terbitkan cerpen tu dalam bentuk ANTALOGI.. harap MM dapat laa buku tu nanti~

p/s..
ingat nak amik gambar hadiahnya.. tapi cikgu ambik sebab nak bagi semula pada penutup bulan bahasa nanti.. esok MM masuk PANTUN.. doakan ye~ ;)

1 comment:

sayidah napisah said...

tahniah!!!teruskan usaha! :)