novel : bila cinta bersemi 3


Sudah sebulan peristiwa itu berlalu, aku sudah hampir melupakannya. Sejak peristiwa itu, aku sudah tidak lagi bertemu dengan Syahrul. Mana entah dia sekarang. Hish, apa aku fikir pasal mamat kepoh tu ? Geli !

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
"Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Sedang aku ralit berangan, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Hish, siapa lah yang mesej aku ni ? Segera aku mencapai telefon bimibit yang aku letakkan di atas katil. Sebaik saja telefon bimbitku di dalam genggaman, segera aku membuka pesanan yang diterima.

012-7422614
-ASSALAMUALAIKUM. HYE~

Eh, siapa pulak yang sesat ni ? Malas lah aku nak layan. Lantak lah situ. Buat bazir kredit aku je. Seraya itu aku meletakkan kembali telefon bimbitku di atas katil. Selang beberapa minit, telefon bimbitku berbunyi lagi.

012-7422614
-SOMBONG !

Hantu betul lah siapa yang hantar mesej ni. Memandai dia je cakap aku sombong. Memang saja nak kena hentam.

ME
-Oi hantu ! Kau siapa hah ? Suka hati kau je cakap aku sombong. Aku tampo kang !

Hah, ambik kau ! Siapa suruh carik pasal dengan aku ? Hei, ini Fida lah. Siapa kacau aku hentam.

012-7422614
-Eh, marah ke ? Gurau je lah. Awak tak kenal saya ek ?

Apa punya soalanlah dia bagi ni? Kalau aku tahu, buat apa aku tanya. Memang spesis senget kot.

ME
-Kalau aku kenal kau nak buat apa aku tanya lagi ? Buat membazir kredit aku je.

012-7422614
-Ni Syahrul, sepupu Nabilah.

Err, terlepas telefon bimbitku daripada pegangan tangan. Mamat kepoh ? Mana dia dapat nombor aku ni ? Nabilah !!!! Siap kau lepas ni. Aku hentam kau sampai pengsan. Geramnya aku.

*4- CONFUSE
Hai kengkawan beloggers sekalian. Korang nak tahu something tak ? Tadi masa aku tengah berangan dekat tepi tingkap. *Eceh* Tetiba telefon bimbit aku berbunyi. Mula-mula aku pelik jugak siapalah yang dok mesej aku malam-malam macam ni. Dah lah tetiba je cakap 'hai'. Senget betul ! Malas aku nak balas. Berapa minit lepas tu, dia mesej lagi. 'SOMBONG'. Hangin aku jadinya. Dah lah aku tak kenal siapa, lepas tu boleh pulak cakap aku SOMBONG ? Memang kena hentamlah jawabnya. Dah puas aku 'hentam' dia, baru dia perkenalkan diri. Siryes aku terkejut sampai terlepas telefon bimbit. Korang nak tahu siapa ? Huh ! Si mamat kepoh yang aku cerita dengan korang dulu tu. Si sepupu Nabilah. Mana dia dapat nombor aku ?? Siapa lagi punya kerja kalau bukan si nenek kebayan Nabilah tu. Burr~

Laman blog aku tutup setelah selesai meng'update'. Seraya itu aku berbaring dan sambung berangan. Akhirynya aku terlena hingga ke pagi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Semenjak hari itu, hampir setiap hari aku dan Syahrul berbalas pesanan. Walaupun kadangkala kami bergaduh, tetapi tidak pernah sekalipun kami tidak bermesej. Setiap hari ada saja cerita dia. Aku yang pada mulanya hanya bersikap dingin, akhirnya turut sama melayannya. Semakin lama, semakin rapat kami jadinya. Sehinggakan andai satu hari dia tidak bertanya khabar, hatiku mula terasa sunyi. Tanda apakah ini ? Cinta ? Mengarut !

SYAHRUL
-Fida, awak free tak malam ni ?

Aku menerima pesanan daripada seperti selalu. Namun hari ini dia menghantar di awal pagi. Aku sedikit kehairanan namun tetap aku membalasnya.

ME
-Free lah jugak. Apa hal ?

SYAHRUL
-Kita keluar boleh ? Jumpa sekejap.

Mak aih, biar betul mamat ni. Bukan ke dia dekat Kedah sekarang ? Senget betul !

ME
-Bukan awak dekat Kedah ke sekarang ? Jauh kot.

SYAHRUL
-Saya dekat rumah Nabilah lah sekarang. Sebelah je rumah awak ni.

ME
-Eh ? Bila awak sampai ?

SYAHRUL
-Malam tadi.

ME
-Hah ? Tak cakap pon ? Eh, awak nak jumpa nape ?

SYAHRUL
-Surprise !!

ME
-Ye lah. Jumpa malam nanti.Assalamualaikum.

Aku masih memikirkan mengenai Syahrul. Kenapa nak jumpa malam ? Tak kan rindu aku kot. Huh ! Perasan. Dah lah, layan blog lagi best.

*5- CURIOUS
Hai awak-awak semua ? Hari ni update lagi setelah dekat 2 bulan menyepikan diri. Mana aku pergi ? Aku tetap ada dekat Malaysia ni, cuma aku kurang mood kebelakang ni. By the way, mesti korang tertanya-tanya kenapa hari ini aku menjelma kembali dalam dunia blog ni ? Sebenarnya aku nak cakap yang malam nanti aku nak keluar dinner dengan Syahrul. Hehe.. Bangga ? Tak lah. Aku cuma curious je tentang apa yang hendak dia sampaikan. Korang rasa dia nak cakap apa ? Dia nak ajak aku kahwin ke ? Burr... Tak ada maknanya !
Okay lah korang semua. See u all in the next entry~

p/s..
a bit terabur.. sorry~ enjoy reading.. ;) assalamualaikum..

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA