cerpen 15 : Istikharah Cinta


Qira berjalan dengan lenggok bersahaja menuju ke kaunter pembayaran. Motor egonya telah diletakkan di sisi pam minyak. Uncle yang biasa membantu Qira hanya tersenyum. Masakan tidak, dia kenal sangat dengan gadis ini. Seorang yang peramah dan sentiasa ketawa serta adab-adab ketimuran tidak lekang dengan dirinya.

"Amoi, hari ini ibu ada niaga ?"tanya Uncle sambil mengisi minyak untuk motor Qira. Qira hanya tersenyum lalu mengangguk.

"Ada. Saya baru balik daripada sanalah. Eh uncle, cantik kan kereta tu ?"soal Qira lalu menjuihkan bibir pada kereta yang berada bertentangan dengannya.

"Ya, banyak cantik. Tapi itu driver sombong,"terang uncle lagi lalu menjuih bibir.

"Uncle wish saya dapat naik kereta macam tu ye nanti,"

"Okay. Jangan risau. Siap !"terus tanki minyak motor ditutup. Qira hanya mengangguk lalu ketawa.

"Terima kasih ye uncle..."ucap Qira lalu menghidupkan enjin motor.

"Eh kejap-kejap !"Qira hanya memandang ke arah pemilik suara yang memanggilnya.

"Ye, ada apa yang boleh saya tolong ?"soal Qira sambil memakukan pandangan pada seraut wajah di hadapannya.

"Boleh park dekat tepi kejap tak ?"Qira hanya menurut walaupun hatinya sudah diserbu dengan pelbagai persoalan.

"Saya nak mintak tolong ni. Tolong cover saya depan awek tu,"Qira ternganga mendengar permintaan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Sejurus itu dia mengalihkan pandangan ke arah seorang gadis berkebaya dengan kain terbelah yang sedang melangkah menghampiri mereka berdua. Qira meneguk liur perlahan. Cantik gila !

"Maaf. Saya tak faham..."meleret suara Qira, mohon pengertian. Sepantas kilat lengannya dipegang. Qira sedikit tersentak sebelum cuba menarik semula lengannya daripada pegangan lelaki itu.

"Please tolong saya... Lepas ni kita discuss..."Qira melopong dengan mata terbelalak. Aduh !

"Sayang, siapa perempuan ni ?"geli geleman Qira saat gadis di hadapannya bersuara dengan lenggok manja.

"My wife to be..."drastik kepala Qira memandang ke arah lelaki di sebelahnya. Gila ke apa mamat ni ? Omel Qira dalam hati.

"What ?! Habis macam mana dengan I ?"kuat suara gadis itu melantun keluar. Qira meneguk liur. Aduh, macam mana aku boleh terjebak ni ? Ya ALLAH, selamatkanlah hambaMU ini.

"We never have any relation Julia. Mulai sekarang, tolong jangan kacau I lagi !"keras suara lelaki itu membalas. Aku hanya membeku.

"How dare you Adam ? Sampai hati you buat I macam ni,"lirih nada wanita itu. Terselit rasa bersalah dalam diri Qira.

"Stop it Julia ! From now on, we are over ! Okay, bye,"serentak itu lelaki yang bernama Adam itu menarik lengan Qira menuju ke kereta miliknya. Qira terkedu saat memandang ke arah kereta lelaki itu. Bukankah tadi aku dan Uncle ada wish supaya aku dapat naik kereta macam ni. Aik ! Gumam Qira perlahan sebelum melarikan pandangan ke arah lelaki di sebelahnya.

"Rumah awak mana ? Saya hantar..."Qira terdiam sejenak.

"Err... Encik, saya naik motor. Saya rasa Encik just turunkan saya dekat sini je. Saya nak ambil motor saya..."perlahan Qira bersuara. Beberapa saat kemudian, kereta milik Adam berhenti betul-betul di sisi motor Qira. Tanpa menunggu lebih lama, Qira meluru keluar daripada kereta Adam lalu menunggang kembali motosikalnya.

Sangkanya pertemuan dia dan Adam hanya setakat di situ saja. Namun saat Qira memandang ke arah cermin sisi, kereta Adam hanya mengikut setiap geraknya. Qira berasa takut tiba-tiba. Segera dia menunggang motosikal menuju ke kedai makan ibunya.

"Assalamualaikum ibu..."

"Assalamualaikum mak cik,"sekali lagi Qira terpaku. Biar betul mamat ni. Apa kes dia ikut aku ke sini ?

"Waalaikumusalam. Siapa ni Qira ? Tadi cakap nak isi minyak aje. Ni macam mana boleh bawak balik kawan ni ?"soal Puan Laila. Qira hanya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Err... awak duduklah dekat sana dulu..."Qira menjuihkan bibir pada sebuah meja kosong di sudut kedai. Perlahan Adam melangkah pergi lalu melabuhkan punggung di situ.

"Ibu, panjang ceritanya. Yang penting, tadi orang tu suruh Qira tolong dia. Tu aje. Nanti malam, Qira story lagi. Kejap ye bu, Qira nak jumpa dia kejap,"ulas Qira lalu bergegas meninggalkan ibunya. Puan Laila hanya menggeleng. Dia kenal sangat dengan anak daranya itu. Tidak mungkin Qira akan membawa anak teruna orang bertemu dengannya kerana Qira tidak suka mempunyai hubungan dengan orang yang bergelar lelaki.

* * * * * * * * * * *

"Sebelum saya terangkan, saya nak ucapkan terima kasih pada..."

"Qira. Maybe awak kena panggil saya adik Qira..."ucap Qira lalu tersenyum. Dah mula dah rutin dia. Senyum, senyum dan senyum.

"Adik ?"berkerut dahi lelaki di hadapannya.

"Yes sebab saya baru lepas exam SPM. And for your information, saya baru nak masuk 18 tahun,"selamba Qira bersuara lalu ketawa kecil.

"Errr... really ? Saya ingat Qira dah kerja,"

"Hello bro, apa tua sangat ke muka saya ni ?"soal Qira dengan gaya mak neneknya. Meletus kuat tawa lelaki dihadapannya.

"Sikitlah. Eh, saya Adam. Abang Adam mungkin,"lelaki itu perkenalkan diri lalu menjongketkan keningnya sebelah. Qira pantas mencebik.

"Abang ? Ei, Qira tak pernah ada abang tau tak !"

"Lah, dah tadi suruh kita panggil dia adik. Bila kita suruh panggil abang tak nak pulak,"bersahaja Adam membebel. Qira hanya menjelingnya sekilas.

"Ye lah bro Adam oi. Jangan bebel macam nenek kebayan boleh tak ?"usik Qira sambil membuat muka. Adam hanya tergelak melihat wajah Qira.

"Okay. Now, let's start our discussion..."setelah itu Qira hanya mendengar setiap bait kata yang terbit daripada bibir Adam. Sesekali Qira mengangguk tanda faham.

"So, maknanya si Julia tu tadi secret admire bro eh ? Wow ! Tak sangka muka macam bro pun ada orang admire,"membuntang mata Adam saat Qira menuturkan ayat. Qira hanya ketawa lepas lalu mengejek Adam. Adam hanya bersabar. Kalau ikutkan rasa hati, mahu saja dia cubit-cubit pipi tembam dihadapannya.

"Hello ! Orang cakap muka bro macam Dafi tau tak,"semakin galak Qira ketawa. Adam hanya menjeling.

"Nak tahu tak, muka Dafi tu jambu. Kurang minat,"ucap Qira perlahan lalu bangkit daripada duduk.

"Nak kemana ?"pantas Adam menyoal. Belum puas rasanya berbual bersama Qira.

"Kejap. Hah, Encik Adam nak order ? Makan ? Minum ?"soal Qira dengan kening terangkat sebelah bersama senyuman di bibir. Kedua pipinya lekuk kedalam setiap kali tersenyum. Orang kata lesung pipit Qira cantik sebab terlalu dalam.

"Errr... orange juice please princess,"membuntang mata Qira saat Adam memanggilnya 'princess'. Sepantas kilat Qira mencebik lalu menjeling Adam sebelum berlalu pergi.

* * * * * * * * * * *

Qira hanya memandang ke arah pelanggan yang sedang duduk di dalam restoran ibunya. Sesekali dia berbalas senyum dengan pelanggan yang berada di situ. Tiba-tiba suasana yang tenang itu menjadi kecoh. Qira pantas bangun daripada duduk lalu melangkah keluar daripada restoran untuk melihat apa yang berlaku. Errr, Qira terkedu.

"Oit, ada apa ni ?"soal Qira sebaik anak matanya dan Adam bertembung. Adam hanya tersenyum lalu mengenyitkan mata. Qira terus menjengilkan mata tanda geram. Pantas Adam menggamit Qira untuk mendekatinya. Qira hanya menurut sambil matanya tidak lepas daripada memandang ke arah orang-orang yang sedang menyusun atur bunga di luar restoran ibunya. Cantik ! Puji Qira dalam hati.

"Qira, ingat tak hari ni hari apa ?"soal Adam sambil memandang ke arah Qira yang masih memaku di hadapannya.

"Errr, hari Isnin lah. Apa kes ?"tanya Qira blur. Adam hanya ketawa mengekeh.

"Boss ! Siap ! Kami balik dulu !"laung salah seorang daripada pekerja yang menyusun atur bunga itu.

"Eh, makan dulu ?!"tanya Qira. Namun pekerja-pekerja itu hanya menyengih lalu menggeleng. Qira hanya mencebik.

"Qira, ingat tak hari ni hari apa ?"soal Adam buat ke sekian kali lalu melangkah masuk ke dalam restoran. Pelanggan di dalam restoran hanya memandang dengan wajah pelik. Qira masih berkerut dahi.

"Baiklah, hari ini saya belanja semua yang ada dekat sini. Mintalah banyak-banyak ye,"ujar Adam lantang di tengah-tengah restoran. Qira terlopong seketika sebelum memandang Adam dengan pelbagai pandangan.

"Bro, kenapa happy semacam aje hari ni ? Dah nak kahwin ke ?"soal Qira pantas. Adam hanya ketawa apabila mendengar soalan yang dia terbit daripada bibir mungil Qira.

"Adam, bila sampai ni ? Ibu tak perasan pun ?"belum sempat Adam menjawab soalan Qira, Puan Laila pula muncul. Adam terus mendekati ibu angkatnya lalu bersalaman.

"Baru aje bu. Ibu, Adam dah buat ikut plan yang dirancang tapi masalahnya anak ibu tak ingat langsung hari ni hari apa,"omel Adam pada Puan Laila. Puan Laila sekadar tersenyum lalu mengenyitkan mata. Qira yang memandang hanya melopong. Aik, sejak bila ibu aku dengan bro Adam ada affair ni ? Gumam hati Qira.

"Qira, betul ke Qira tak tahu hari ni hari apa ?"tanya Puan Laila pula. Qira memandang wajah ibunya dengan pelbagai riak.

"Errr, hari ni berapa hari bulan ?"soal Qira kembali.

"15 Julai..."Sampuk Adam tanpa dipaksa. Seraya itu Qira menyengih dan kemudian tergelak besar. Wajah Puan Laila ditatap seketika lalu dikucupnya, sayang.

"Dah ingat ?"

"Hari ni hari lahir Qiralah !!!"Qira bersuara lantang lalu ketawa mengekeh. Pelanggan yang sedang enak menjamu selera hanya ketawa sambil menggeleng kepala.

"Hari lahir sendiri pun boleh lupa ke Qira oi ?"suara Abang Meon daripada dapur kedengaran. Pekerja ibu yang lain hanya ketawa.

"Banyak sangat nak fikirlah bang. Hah, disebabkan hari ini hari lahir Qira, Qira nak tuntut hadiah daripada semua orang lah..."ujar Qira lalu ketawa nakal.

"Qira nak apa ?"soal salah seorang pelanggan tetap ibu, Encik Saleh. Qira masih lagi tersenyum.

"Qira nak semua orang nyanyi lagu happy birthday untuk Qira. Boleh kan ?"sungguh comel lagak Qira saat itu. Serentak itu semua pelanggan yang berada di situ menghentikan suapan dan menyanyikan lagu happy birthday buat Qira. Seusai menyanyi semua bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah buat Qira.

* * * * * * * * * * *

"Bro Adam, mana hadiah Qira ?"soal Qira kepada Adam yang sedang bermain telefon bimbit di sudut restoran. Adam terus mengangkat wajah lalu dipandangnya wajah putih bersih milik Qira.

"Aik, dah tua pon nak hadiah juga ke ?"sakat Adam. Suka dia lihat wajah cemberut Qira bila disakat.

"Eleh, baru genap 18 kot. Bro tu lagi tua ! 23 tahun,"balas Qira lalu mencebik. Adam ketawa sakan.

"Nak hadiah ?"pantas Qira mengangguk.

"Kiss pipi bro dulu,"membuntang mata Qira.

"Ibu !!!"jerit Qira. Pantas Adam menekup mulut Qira. Mampus kalau Puan Laila tahu. Mahunya makan pelempang sulung dia kejap lagi.

"Syyy... bro main-main aje lah. Nah hadiah untuk Qira,"ucap Adam lalu menyerahkan sebuah beg buat Qira. Qira terus menyengih lalu mengenyitkan mata.

"Tahu takut ! By the way, terima kasih bro,"ucap Qira lalu menarik keluar isi daripada dalam beg yang dihulurkan oleh Adam tadi. Adam hanya tersenyum dan mengangguk.

"Wah, comelnya tab ni. Macam mana bro tahu Qira suka warna biru ?"soal Qira lalu memandang tepat wajah Adam.

"Ek eleh, kalau dah hari-hari Qira pakai baju warna sama tak akan bro tak perasan. Lagipun tengoklah barang-barang Qira, daripada motor sampai ke purse semua biru. Nasib baik tak meroyan kalau nampak warna biru,"usik Adam lagi. Qira terus memandang ke arah Adam.

GEDEBUK !

"Aduh sakitlah Qira..."ujar Adam sambil menahan rasa perit. Sebenarnya tak adalah sakit sangat bila Qira tumbuk tapi sengaja hendak menggedik dengan Qira.

"Mulut tu tak ada tapisan betul ! Menyampah !"ucap Qira lalu menarik muka. Adam terus ketawa.

"Alah, bro gurau ajelah. Okay, bro janji tak akan buat lagi,"sambil mengangkat tangan kanan, Adam bersuara. Lagaknya seolah sedang mengangkat ikrar. Qira hanya mencebik dan kemudian menjatuhkan pandangan ke arah tab di tangan. Malas hendak melayan karenah Adam lagi.

* * * * * * * * * * *

Qira duduk di ruang tamu sambil tangannya laju menari di atas skrin tab pemberian abang Adam tempoh hari. Sesakali dia tersengih dan ketawa kecil.

"Amboi happynya Qira. Qira buat apa tu ?"tegur Pn. Laila yang baru saja melangkah ke ruang tamu.

"Tak lah. Ni bro Adam ni. Dia buat lawak pulak. Eh bu, dia kirim salam. Dia cakap rindu dekat ibu,"sampai Qira pada Pn. Laila. Pn. Laila hanya menganggukkan kepala dan mula memberi fokus kepada berita di dada televisyen.

Qira terus ralit dengan tab di tangan. Khusyuk dia berbalas pesanan dengan Adam melalui aplikasi WeChat.

BRO NI ! MALAS QIRA NAK LAYAN. ASYIK NAK KENAKAN QIRA JE. :3

Rajuk Qira setelah penat dibahan oleh Adam.

SORRY OKAY QIRA. BRO GURAU JE. JANGAN LAH MACAM NI. QIRA TAK SAYANG BRO KE ?

Pujuk Adam lagi. Qira hanya mencebik. Gedik betul bro malam ni.

BRO PI LAH CARIK AWEK SORANG. TAKDE LAH 24 JAM KACAU QIRA. DAH LAH. QIRA NAK TIDUR. ASSALAMUALAIKUM.

Balas Qira dan terus mematikan aplikasi WeChatnye. Malas nak melayan Adam yang gila meroyan lagi.

"Bu, Qira nak tidur tau. Kalau bro Adam call ibu tanya pasal Qira, cakap je Qira tak nak cakap dengan dia. Bye bu. Assalamualaikum,"ujar Qira lalu mencium kedua pipi Pn. Laila. Pn. Laila hanya menggeleng kepala melihat keletah anak daranya itu. Tadi punya suka berbalas pesanan dengan abang Adamnya, tiba-tiba ni merajuk pulak. Haih lah, kesian Adam. Omel hati Pn. Laila.

Tidak sampai lima minit Qira melangkah masuk ke dalam kamar, tiba-tiba telefon genggam milik Pn. Laila berbunyi. Bergegas Pn. Laila mengambil telefon genggamnya yang berada di meja  makan.

"Assalamualaikum bu, Qira ada ?"ucap Adam sebaik saja panggilan bersambut. Pn. Laila hanya menggelengkan kepala.

"Dia cakap nak tidur tadi. Hah, korang ni bergaduh sebab apa pulak ? Dah macam laki bini ibu tengok. Tadi punya kuat Qira gelak tiba-tiba merajuk. Apalah korang berdua ni,"omel Pn. Laila. Adam di corong telefon hanya mampu mendengar.

"Err, tadi Adam saja usik dia. Tiba-tiba dia marah betul-betul. Sorry bu,"Adam berterus terang akan kesilapannya. Pn. Laila pula menyepikan diri. Bukan dia menyalahkan Adam sebab dia dah arif benar akan perangai manja Qira. Pantang di usik, kejap je dah merajuk.

"Haih, ibu tak marah lah. Ibu tahu sangat si Qira tu. Adam jangan risau,"ucap Pn. Laila sebelum ketawa kecil.

"Bu, Adam ada benda nak cakap ni. Tapi jangan bagitahu Qira dulu ye..."

* * * * * * * * * * *

Qira baru saja selesai mengambil pesanan pelanggannya. Tiba-tiba pandangannya jatuh pada raut wajah abang Adamnya yang segak dengan kemeja putihnya. Cepat-cepat Qira mengalihkan pandangan dan terus berjalan ke bahagian dapur.

"Qira, ni Adam nak jumpa. Ada benda yang dia nak cakap,"panggil Pn.Laila daripada bahagian kaunter. Dalam keterpaksaan Qira melangkah jua ke bahagian hadapan. Itu pun setelah puas ditolak oleh Maton, tukang masak di situ.

"Qira, sorry kalau bro buat salah dekat Qira semalam. Bro saja nak usik Qira, tak sangka pulak Qira merajuk sungguh,"Qira hanya berdiri sambil memerhatikan Adam yang sedang serba salah memohon maaf daripadanya.

"Err, Qira minggu depan family bro nak jumpa ibu. Qira bagi ?"soal Adam sedikit gagap. Qira masih statik dengan gaya selamba.

"Bu, Qira nak jumpa kawan kejap. Nanti Qira balik. Bye,"seraya itu Qira berlalu meninggalkan Adam termangu sendirian. Pn. Laila hanya mampu memandang. Tidak tahu untuk menolong macam mana lagi. Adam pula terdiam. Aduh ! Payah kalau budak kecik ni merajuk.

"Ibu, saya serious. Minggu depan keluarga saya nak datang jumpa ibu. Macam yang saya cakap semalam, saya nak tunang dulu dengan Qira. Bila dia dah habis study, barulah kami kahwin. Boleh ?"Adam bersuara di hadapan Pn. Laila. Pn. Laila pula sudah tidak tahu untuk membuat keputusan. Bagai di telan mati mak, di luah mati bapak.

"Nanti ibu cuba berbincang dengan Qira. Ibu tahu rajuk dia tidak kemana. Esok lusa baiklah tu. Adam jangan risau. Nanti ibu bagitahu keputusannya secepat mungkin,"janji Pn. Laila pada Adam. Wajah Adam di pandang penuh sayang. Sungguh dia sudah menganggap Adam macam anaknya. Meski nanti Qira tidak mahu terima Adam, tetapi Adam tetap 'anak'nya.

"Terima kasih bu. Ni Qira pergi mana bu ?"soal Adam. Risau akan keselamatan Qira.

"Adam jangan risau. Dia tidak ke mana tu. Kejap lagi baliklah. Biar dia tenangkan fikiran dulu. Kalau boleh ibu tau, apa yang Adam cakap sampai dia marah sangat ?"lembut suara Pn.Laila. Adam terdiam. Tidak tahu bagaimana hendak mengulas. Pn. Laila faham dan terus berlalu.

* * * * * * * * * * *

Qira terus memerapkan diri di dalam kamar setelah pulang daripada kedai makan ibunya. Sungguh fikirannya bercelaru memikirkan bait kata yang dihantar oleh Adam. Bait ayat itu yang menyebabkan mereka bertelagah sedangkan sebenarnya tiada apa yang perlu dimarahkan. Entah mengapa dia sendiri bingung dengan sikapnya itu. Bukankah seharusnya dia gembira andainya Adam sudah menemui kekasih hati. Apakah dia cemburu dengan berita itu ?

"Qira, ibu ada benda nak cakap,"Pn. Laila muncul di hadapan pintu kamar Qira yang sememangnya terbuka luas. Qira hanya memandang Pn. Laila melangkah masuk ke dalam kamarnya dan mengambil tempat di sisinya.

"Qira, andai kata dalam masa terdekat ni ada orang yang melamar Qira, Qira terima tak ?"soal Pn. Laila cukup berhati-hati. Dia tidak mahu tersilap bicara kerana dia yakin buruk padahnya.

"Ibu, Qira pernah cakap pada ibu. Qira tidak reti hendak bercinta. Jadi Qira akan terima lelaki pertama yang melamar Qira untuk dijadikan isteri asalkan akhlaknya baik ibu,"jawab Qira perlahan. Sungguh itu janjinya pada Pn. Laila.

"Qira tidak menyesal ? Lagipun usia Qira masih muda,"ujar Pn. Laila lagi.

"Andai itu sudah takdir Qira. Ustazah pernah cakap, tidak baik menyesali takdir kerana kita seolah tidak yakin dengan rukun iman ke-enam iaitu percaya pada qada' dan qadar,"balas Qira perlahan.

"Tapi Qira masih muda. Mampukah Qira menggalas tanggungjawab sebagai isteri ?"soal Pn. Laila kesekian kali.

"InsyAllah. Qira yakin dengan aturan Allah bu,"balas Qira pendek. Ya, dia yakin dia mampu kerana itu semua kehendak Allah. Andai dia belum mampu, mengapa Allah menetapkan jodohnya awal ? Bukankah Allah maha mengetahui akan segala kelebihan dan kekurangan makhluk-NYA. Jadi dia harus akur.

"Ibu faham Qira. Jadi ibu akan terima pinangan daripada pihak Adam. Ibu harap Qira tidak terkejut dengan semua ini. Tetapi ibu yakin Adam amat menyayangi Qira,"sedikit berubah raut wajah Qira saat Pn. Laila berbicara mengenai pinangan daripada Adam.

"Tapi hubungan Qira dengan bro Adam hanya sekadar hubungan abang dan adik. Tidak lebih,"

"Qira, mungkin Qira boleh bohong diri Qira tapi bukan ibu. Ibu yang menjaga Qira sejak kecil jadi ibu tahu tindak tanduk Qira. Ibu tahu sebenarnya Qira sayang pada Adam melebihi sayang abang kepada adik. Ibu yakin ibu tidak silap menilai. Cuba Qira buka mata hati Qira, ibu yakin Qira akan menyedari hal itu,"terang Pn. Laila kepada anak tunggalnya itu. Qira hanya menunduk sayu. Tidak tahu hendak berbicara bagaimana lagi.

"Ibu tidak memaksa begitu juga pihak Adam. Qira ambillah masa dan buatlah solat istikharah. Mohon diberi petunjuk kerana Allah maha mengetahui mana yang lebih layak untuk hamba-Nya. Ibu keluar dulu ye Qira. Selamat malam. Assalamualaikum,"pamit Pn. Laila sebelum menghilang daripada kamar Qira. Qira masih termangu, cuba memamah bicara ibunya dengan fikiran yang waras.

Perlahan tubuhnya direbahkan ke atas tilam empuk. Bibirnya beristighfar berkali-kali sebelum matanya layu dan lena akhirnya.

* * * * * * * * * * *

"Aku terima nikahnya Shaqira Natasha binti Suhaimi dengan mas kahwin dua puluh dua ringgit setengah tunai..."saat itu Pn. Laila menitiskan air mata kegembiraan. Dipandangnya wajah anak tunggalnya bersama arwah suaminya dengan penuh kasih. Seraya itu tubuh itu dipeluk erat.

"Qira, lepas ni Qira bukan tanggungjawab ibu. Qira dah jadi tanggungjawab Adam. Qira kena dengar cakap dia ya. Jangan merajuk lagi !"pesan Pn. Laila buat anaknya. Qira hanya mengangguk kecil. Air matanya menitis jua tanpa dapat ditahan.

Tubuh tegap milik abang Adam kian menghampiri bersama senyuman manis yang menghiasi bibirnya. Qira termalu sendiri dan terus menundukkan pandangan.

"Assalamualaikum,"suara itu cukup gemersik dipendengaran Qira. Perlahan wajah di angkat, merenung raut lelaki yang baru bergelar suaminya. Meski sedikit gugup namun dipaksa jua bibir mengukir seulas senyuman.

"Waalaikumussalam..."perlahan suara itu. Tenggelam timbul di balik keriuhan tetamu yang hadir.

Lembut jemari Adam menyambut jemari Qira. Sebentuk cincin yang indah terukir nama mereka berdua disarungkan ke jari Qira. Tanpa sedar setitis air mata Qira jatuh lalu menimpa tangan Adam. Perlahan wajah Qira diangkat lalu disapunya sisa air mata yang berada di pipi isterinya dengan lembut sebelum dia mengucup dahi sang isteri dengan penuh rasa cinta yang membuku di dada.

* * * * * * * * * * *

Qira sedang ralit merenung air kolam yang terletak di tengah laman rumahnya. Hatinya cukup tenang menghirup udara segar di kawasan taman buatan di sekitar laman itu. Sesekali fikirannya menerawang mengingati ibunya yang pasti sedang bertungkus-lumus bekerja di kedai makan.

Jika dahulu dia yang membantu, namun sejak dia bergelar isteri kepada Adam, Pn. Laila tidak membenarkannya membuat kerja di sana lagi. Pn. Laila hanya mahu dia memberikan tumpuan pada pelajaran serta rumah tangganya dengan Adam.

Sudah setahun lebih dia hidup bersama Adam tetapi segalanya seolah masih baru. Adam amat memahami dirinya yang masih seorang pelajar. Adam tidak pernah merungut andai dia lewat pulang ke rumah kerana menghadiri perbincangan dengan rakan sekuliah. Malah kadang kala Adam yang membantu membuat kerja di rumah apabila dia terlampau letih. Sungguh Adam amat memahami. Qira bersyukur kerana jodohnya dengan Adam dan tidak pernah waima sedetik dia menyesali akan takdirnya yang terpaksa berkahwin awal.

Bagi Qira perkahwinan bukan halangan demi mencapai sebuah kejayaan. Mungkin bagi yang berfikiran cetek akan menganggap kejayaan tidak dapat dicapai jika sudah berkahwinan kerana komitmen yang besar terhadap rumah tangga. Tetapi semua itu sekadar alasan. Andai pasangan suami isteri saling memahami, tiada yang mustahil dalam mencapai kejayaan.

"Qira menungkan apa tu ? Dari tadi abang panggil, tapi Qira tak dengar,"ternaik bahu Qira apabila suara garau Adam menampar gegendang telinga. Qira menghadiahkan seulas senyuman buat Adam.

"Tak ada apa. Cuma ingat cerita lama je. Qira macam tak percaya kita dah kahwin setahun. Semuanya masih macam semalam berlaku,"ujar Qira lalu melentokkan kepala di atas dada Adam.

"Abang pun sama dan yang paling abang tak percaya bila Qira terima pinangan abang. Bukankah masa tu Qira merajuk dengan abang ?"soal Adam buat kesekian kali.

"Abang ni, kan Qira dah cakap ini semua ketentuan Allah. Berkali-kali Qira buat istikharah hanya untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Dan setiap kali itu Allah berikan petunjuk untuk menerima abang. Jadi, Qira hanya menurut. Alhamdulillah Qira bahagia disamping abang dan Qira tidak pernah menyesal sejak hari pertama kita menjadi suami isteri,"terang Qira buat kesekian kali. Perlahan Adam mengusap lembut kepala Qira yang bertutup dengan tudung.

"Alhamdulillah. Abang pun bahagia berada di samping Qira. Abang sentiasa berdoa agar jodoh kita kekal hingga ke syurga Allah dan kita sentiasa berada di bawah rahmat-NYA,"doa Adam perlahan lalu memeluk erat bahu isterinya itu.

"Amiin. Qira pun harapkan begitu. Eh abang, Qira ada something nak cakap ni,"tiba-tiba suara Qira menjadi ceria.

"Apa dia ?"soal Adam laju dengan dahi berkerut.

"Hmmm... Qira sayang abang dunia akhirat kerana Allah,"bisik Qira di telinga Adam. Adam hanya mengukir senyum bahagia disisi isterinya.


p/s..
ASSALAMUALAIKUM.. hai readers ! maaf dah lama tak upload cerita baru.. cerpen MM termasuk dalam recycle bin.. terpaksa buat baru.. ALHAMDULILLAH siap jugak cerpen ke 15 MM.. :) 
btw, maafkan MM kalau cerpen kali ini tidak menepati cita rasa korang.. MM cuba mengetengahkan isu KAHWIN MUDA.. tapi mcm tak jadi je... hha... anyway, komen korang amatlah MM harapkan kerana sudah sekian lama MM merehatkan fikiran MM daripada mengarang cerita baru.. hhe~ 
lastly, terima kasih kepada readers yang sentiasa menunggu cerpen baru daripada MM dan terima kasih juga kerana selalu menjengah ke blog bilatintadikarang ini walaupun lama tak update.. terima kasih :)
eh... kalau korang ada nak tanya apa-apa dekat MM.. korang boleh tanya dekat ask.fm MM.. insyAllah MM akan jawab soalan korang... > http://ask.fm/mirramustaffa < ataupun dekat fanpage MM.. > https://www.facebook.com/BeautyShinju?ref=hl <

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA