Cerpen 17 : Perjanjian 10 Tahun


“Wei, kau ni memang tak sudah kan. Madah nak mengutuk aku je !”bebelku geram apabila suara anasir yang begitu kejam memanggil diriku gemuk kedengaran. Sungguh hatiku sakit. Gemukkah aku ? B.M.I aku normal okay ! Tak guna punya manusia.

“Aku bukan mengutuk, tapi itulah kebenarannya. Gemuk !”ucap suara itu dengan nada mengejek. Biadap ! Adam Khalis. Nama saja cantik, tapi perangai sumpah macam tenuk ! Pantang nampak muka aku, ada saja bahan dia nak menggugat ketenteraman hidup aku.

“Kau jangan Buntal ! Sekarang kau panggil aku Gemuk, sepuluh tahun akan datang kalau aku dah kurus, kau jangan terhegeh-hegeh nak masuk meminang aku. Memang masa tu sebelah mata pun aku tak akan pandang kau,”balasku angkuh. Manusia macam Adam Khalis ni memang tak boleh nak cakap lembut-lembut. Makin naik lemak dia nanti.

“Okay, aku nak tengok kau slim sepuluh tahun akan datang. Boleh ?”

“Apa yang aku dapat ?”soalku laju dengan penuh rasa teruja.

“Kalau kau slim dalam masa sepuluh tahun, aku akan lari bogel satu bandar. Deal ?”dengan beraninya, dia mengungkap bicaranya. Gila aku tak setuju ? Aku nak juga buat dia malu. Dengan pantas aku mengangguk tanda setuju.

“Hana, Azlin dengan Mamat kau orang jadi saksi perjanjian aku dengan Buntal tau !”serentak ketiga-tiga manusia itu mengangguk sambil ketawa berdekah. Hei Adam Khalis a.k.a Buntal, akan aku pastikan kau lari bogel di hadapan khalayak ramai sepuluh tahun lagi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Hari ini sudah masuk tahun baru dan aku dengan rasminya tidak lagi bergelar pelajar sekolah. Akhirnya, setelah dua belas tahun menjadi pelajar, kini aku bebas seketika. Ops, hari ni tahun baru ? Ini bermakna perjanjian aku dengan Adam Khalis hanya tinggal lapan tahun saja lagi. Aku semakin bersemangat.

Aku duduk bersantai di dalam bilik sambil membuka laman sesawang muka buku. Aku belek satu persatu laman muka buku rakan-rakan sekolah ku dulu. Tiba-tiba aku terpandang akaun muka buku Buntal. Wah, semakin sibuk dia sekarang. Perjanjian yang dipatri ketika di zaman persekolahan kembali mengasak minda. Lantas tanganku mengarahkan tetikus menekan butang status.

PERJANJIAN 10 TAHUN KINI TINGGAL 8 TAHUN. BERSEDIALAH WAHAI MUSUHKU...

Beberapa saat kemudian, aku terima notifications dan segera aku membukanya. Adam Khalis a.k.a Buntal ?

Adam Khalis : Dah lama aku sedia. Ops, tapi aku ada syarat tambahan.

Amaya : Syarat tambahan ? Apa dia ?

Adam Khalis : Dalam masa sepuluh tahun tu, kau mesti putih, rambut panjang dan kurus. Paling penting cantik bagi aku. Okay tak ?

Amaya : Hotak kau. Ni dah kira terbatal perjanjian sebab kau menokok tambah selepas dua tahun. Takut ke ?

Adam Khalis : Bukan takut cuma cabaran. Deal ? Ke kau yang tak mampu Gemuk ?

Amaya : Okay deal ! Jangan menyesal okay.

Semerta laman muka buku aku tutup. Sakit jiwa aku layan mamat mental seorang tu. Dia takutlah tu kalau aku dapat sahut cabaran dia untuk kurus dalam masa sepuluh tahun, tu dia sibuk menambah syarat. Tak apa, aku akan pastikan cabaran dia bersambut.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku sedang berlari anak sambil sebelah tanganku mengelap peluh di dahi. Begitulah rutin harianku setiap hari, demi sebuah perjanjian aku relakan kaki ini berlari setiap hari.
Ralit aku berlari, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Larianku terhenti dan aku segera mengeluarkan telefon bimbit daripada kocek seluar. Aku pandang ke arah skrin. Aku terjeda. Hana ?

“Assalamualaikum Hana,”ucapku ramah sebaik punat answer aku tekan.

“Waalaikumussalam Maya. Apa cerita sekarang ? Sihat ?”soal Hana dari hujung talian.

“Alhamdulillah sihat. Kau ?”soalku kembali lalu mengambil tempat di bangku yang disediakan. Cuba menghilangkan lelah setelah asyik berlari.

“Sihat jugak wei. Kau busy ke sekarang ni ?”soal Hana lagi.

“Aku tengah jog lah. Tak busy pun,”balasku laju. Aku terdengar Hana tertawa kecil.

“Confirm sebab perjanjian sepuluh tahun kan ?”tebak Hana dan tebakannya mengena. Aku hanya mengiakan dan kami mula bercerita mengenai cerita lampau. Cerita kami semasa masih bersekolah. Cerita pergaduhan aku dengan pelajar lelaki. Cerita mengenai sikap aku yang tidak menyukai lelaki sehinggalah terjadinya perjanjian sepuluh tahun itu.

Melalui perbualan aku dengan Hana jugalah, baru aku tahu Adam Khalis rupanya satu tempat pengajian dengan Hana. Dengarnya Adam Khalis juga semakin kurus. Ah, ini tidak boleh jadi. Aku harus menandinginya. Aku harus memastikan perjanjian sepuluh tahun itu terlaksana. Ya, itu tekadku. Bersiap siaga lah wahai Adam Khalis.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Hari ini kelas tamat awal dan aku hanya duduk melepak di taman sains seperti biasa. Malas rasanya untuk aku ke perpustakaan hari ini. Penat datang tiba-tiba. Dalam pada aku bersendirian, aku khayal mengingati perbualan aku dengan Adam Khalis menerusi telefon malam semalam.

“Hello assalamualaikum Buntal !”

“Waalaikumussalam. Siapa ni ?”soal Adam Khalis. What ? Dia tanya aku siapa ? Dia tak kenal suara aku ? Kurang asam punya kawan.

“Wei Buntal ! Kau tak kenal aku ?”tanyaku geram.

“Sorry lah, saya ni ramai peminat, awak ni peminat yang mana ye ?”pergh, statement dia kali ini lagi buat aku menyirap. Ramai peminat ? Perasan !

“Wei Buntal ! Kau tak payah nak peminat bagai lah. Aku ni Amaya yang comel. Kenal tak ?”

“Amaya ? Hmmmm... Gemuk ? Hah, kau Gemuk kan ?”grrr~ mengapakah manusia yang bernama Adam Khalis ini sungguh kejam ? Kalau lah depan mata aku, memang aku sepak muka dia laju-laju.

“Aku dah kurus lah. Kau tu Buntal, bila nak kurus ?”soalku geram. Saat itu aku hanya terdengar gelak tawa dari hujung talian. Amboi, sakan mamat ni gelak.

“Kau tak tahu ke Gemuk, aku dah kurus lah. Baju melayu aku semua dah longgar. Dekat sini ramai gila peminat aku sampai terlebih kuota. Tapi kau jangan risau, tempat untuk kau kalau kau nak register ada lagi,”gedebukk ! Aku rasa macam nak humban je mamat perasan ni dalam tasik dalam aku. Perasan tak sudah.

“Menyampah lah aku. Kau kena ingat Buntal, walau banyak macam mana pun peminat kau, walau ramai mana pun isteri kau, kau tetap tak akan dapat anak,”ujarku sambil ketawa kejam.

“Kenapa pulak ?”

“Kau dah lupa ke ? Kau kan mandul. Aku yang buat kau mandul,”bersama ayat itu aku ketawa berdekah. Confirm dia bengang abadi dengan aku. Dulu masa sekolah, aku suka pukul perut Adam Khalis kalau dia cari pasal. Dan setiap kali aku pukul itulah dia akan mengamuk dan cakap dia boleh mandul sebab aku asyik pukul.

“Err~ kalau macam tu aku nak kahwin dengan kau lah kalau kau dapat tunaikan perjanjian sepuluh tahun tu,”jawab Adam Khalis tanpa ragu. Tawaku mati. Dahiku berkerut.

“Kenapa pulak kau tukar dia punya  ganjaran ?”

“Sebab kau pun mandul jugak. So, konklusinya kalau kita kahwin kita tak akan dapat anak sebab sama-sama mandul dan kita tak akan salahkan satu sama lain,”erk~ kurang asam punya kawan.

“Tak nak ! Aku tak mandul lah. Kau jangan nak memandai,”marahku.

“Kau dah lupa ke...”ucap suara itu nakal. Tanpa melengah masa aku terus menamatkan panggilan. Kejam punya Adam Khalis ! Benci.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Setelah sekian lama aku memerah minda, menghadap buku akhirnya tamat jua pengajianku dalam bidang farmasi ini. Alhamdulillah dan kini aku sudah menjawat kerja sebagai ahli farmasi dan hari ini aku telah mengenggam segulung ijazah. Meski pengajianku telah tamat, meski telah lama aku tinggalkan zaman persekolahan, meski telah lama aku tinggalkan kawan-kawan namun masih ada satu perkara yang masih melekat di mindaku. Perjanjian sepuluh tahun !

Esok genaplah perjanjian kami yang ke sepuluh tahun dan aku bersyukur akhirnya berat badan aku menurun dan aku bangga. Sedialah Adam Khalis ! Buat kali terakhir sepanjang perjanjian kami berlangsung dia menghubungiku.

-Gemuk, kau ingat esok hari apa ?

Pesanan daripada Adam Khalis aku terima lewat petang itu. Dengan senyum mengulum di bibirku, jemariku laju menari di atas skrin telefon bimbitku.

-Aku tak pernah lupa. Dah sedia nak larik bogel ?

Soalku sinis. Dengan senyuman yang masih mengoyak bibir aku menekan punat send. Beberapa minit kemudian aku menerima satu lagi khidmat pesanan ringkas.

-Aku kan dah tukar perjanjian beberapa tahun lalu. Kalau kau kurus aku akan masuk minang. Bukan larik bogel.

Aku baca bait kata yang terpamer di skrin. Dahiku berkerut seketika namun aku masih lagi tersenyum. Meminang ? Aku yakin Adam Khalis tidak akan lakukan kerana aku pasti dia akan beri pelbagai kritikan terhadap diriku meski aku telah turun berat badan. Adam Khalis tidak akan pernah mahu kalah dengan Amaya dan begitu juga aku. Amaya tidak akan tunduk pada Adam Khalis.

-Okay, we’ll see Buntal esok. Dekat mana ? Pukul berapa ?

-Kita jumpa dekat kedai ABC pukul 3 petang. Deal ?

-Deal ! Jumpa esok dude. Bye, assalamualaikum.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

“Aku terima nikahnya Amaya binti Azmi dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai…”
Bersama kalimah keramat itu, air mataku jatuh menjamah pipi yang sudah diwarnai oleh juru solek. Kini, aku sudah sah menjadi milik lelaki itu. Lelaki yang banyak mengajar aku erti kesabaran. Lelaki yang suatu masa dahulu banyak menyakiti hatiku. Namun meski telah banyak onar yang dia lakukan tidak pernah walau sekelumit pun aku membencinya.

“Assalamualaikum Amaya. Izinkan Adam menyarung cincin ini di jarimu wahai isteriku,”aku hanya mengangguk perlahan sambil menunduk. Tiba-tiba aku rasa wajahku kebas. Sungguh aku malu dengan Adam Khalis, lelaki yang menjadi musuhku dulu kini sah menjadi suamiku. Semua kerana perjanjian sepuluh tahun itu.

“Buntal, ini semua realiti ke ?”soalku pantas sambil memandang ke dalam anak mata Adam.

“This is reality Gemuk. Welcome to my heart dear,”bersama satu kucupan syahdu singgah di dahiku dan kerlipan cahaya daripada kamera terus menyinari pandangan. Mula lah malu aku kembali. Tidak !!! Sejak bila Amaya menjadi seorang yang pemalu ? Ini semua angkara Adam Khalis. Tanpa sedar aku cubit lengan Adam Khalis sekuat hati.

“Ini balasan sebab buat Amaya malu sekarang ni !”ucapku tegas sebelum aku sembunyikan wajah di dada Adam Khalis. Saat itu juga aku terdengar suara manusia bergelak ketawa. Arghh ! Stress…

“Amaya dan Adam, sejak sekolah lagi tak berubah,”aku terdengar pula suara Hana dan diikuti suara persetujuan Mamat dan Alin. Hampeh punya kawan !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Imbas kembali…

Aku menjengah jam di tangan, tepat jam tiga petang namun baying Adam Khalis masih tidak kelihatan. Ini yang buat suhu kemarahan aku naik mendadak. Lembab punya manusia ! Rungutku dalam hati. Jemariku mula menari rancak di atas meja itu sambil membuat muka.

“Amaya…”aku berpaling sebaik nama aku dipanggil. Aku melongo. Adam Khalis kah ini ? Manakah lemaknya pergi ?

“Adam Khalis ?”soalku dan semerta tawa kami berderai.

“Mana pergi lemak kau ?”serentak kami berbicara dan sekali lagi tawa kami bergabung, 
menambah keriuhan di gerai makan itu.

“Gemuk, kau cantik sekarang. Rambut kau pun dah panjang ye ? Tu aku nampak sanggul,”ujar Adam Khalis sambil menjuih kearah rambutku yang bertutup dengan tudung. Aku hanya tersenyum bangga.

“Well, semua ni sebab perjanjian sepuluh tahun tu lah. Kau pun kurus sekarang. Makin hensem. Hahaha…”aku gelak sendiri apabila mendengar ayat yang meluncur keluar daripada bibirku.

“Kan aku dah cakap dulu, aku dah kurus. Kau jugak tak nak percaya. Now tengok, kau jugak yang cair tengok aku. Eh, kejap. Dahagalah. Nak ABC tak ? Aku belanja kau bayar,”usik Adam Khalis. Aku hanya mencebik. Kedekut tak sudah.

“Buat muka. Ei, geram je aku tengok. Ye lah, aku bayar,”semerta aku tersenyum riang.

“Pak cik ABC special dua mangkuk !”jeritku nyaring. Adam Khalis terkedu.

“Kau ni tak sudah-sudah dengan menjerit ye. Daripada sekolah dulu. Sakit telinga aku,”bebel Adam Khalis dan aku hanya menjelir lidah. Menyampah !
Beberapa minit kemudian, ABC yang dipesan pun tiba dan dengan khusyuk aku menikmati ABC itu tanpa pedulikan Adam Khalis lagi.

“Amaya, hari ni aku nak tunaikan janji aku. Janji sepuluh tahun,”bicara Adam Khalis tiba-tiba.

“Oh, kau nak lari bogel satu Bandar kan ? Haha. Aku tak ada lah kejam sangat nak suruh kau buat benda tak bermoral tu. Aku gurau je dulu,”ucap sambil ketawa kecil. Tidak dapat aku bayangkan kalau Adam Khalis berbogel mengelilingi Bandar. Elak ada yang masuk hospital sakit jiwa kang. Kesian.

“Bukan yang tu lah. Perjanjian yang tu kan aku dah lupuskan. Perjanjian itu kan aku dah ganti nak meminang kau. So, sekarang ni kau nak tak jadi isteri aku ?”aku tercengang.

“Err~ kau ni gila tak romantik. Dah lah lamar aku dekat warung ABC lepas tu main hembus je. Langsung tak ada bunga-bunga ayat. Fail !”ujarku menahan gugup. Sebenarnya aku gementar amat. Betulkah apa yang aku dengar ini ?

“Ah, aku tak peduli. Mulai saat ini kau dah sah jadi milik aku. Esok aku suruh parents aku datang rumah kau dan tiga bulan lagi kita nikah,”atur Adam Khalis. Dan aku hanya mendiamkan diri. Langsung tidak membantah. Gila nak bantah ? Sebenarnya aku pun dah tangkap cinta dekat musuh aku ni. Hehehe…

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

“Wei Gemuk, kau termenung apa tu dekat balkoni tu sampai suami kau balik pun kau tak sedar ?”aku terkejut apabila suara Adam Khalis menerjah gegendang telinga. Aku pantas berpaling lalu mengucup tangan suamiku.

“Sorry lah Buntal, Gemuk tak sedar langsung. Tu lah, lain kali bagilah salam,”bebelku dan kemudian menuju ke dapur untuk mengambil segelas air buat suami tercinta. Adam Khalis turut mengikut langkahku ke dapur.

“Gemuk termenung pasal apa tadi ?”soal Adam Khalis lagi lalu meneguk air yang baru aku hulurkan.

“Pasal pakwe lama. Apa khabar lah dia orang eh,”ucapku sengaja membakar hati Adam Khalis. Aku tahu dia teramat cemburu apabila tahu aku memikirkan lelaki lain sedangkan lelaki itu hanya kawan semata.

“Pakwe lama ? Untung lah. Buntal sedar Buntal tak layak untuk Gemuk. Yelah, Gemuk kahwin dengan Buntal pun sebab perjanjian kan. Tak apalah,”bersama ayat itu Adam Khalis mengorak langkah menjauhi ku. Aku ketap bibir. Aku tahu suami merajuk.

“Alah Buntal merajuk ke. Comelnya dia,”aku berlari anak mendapat Adam Khalis lalu mencubit pipinya. Namun wajahnya masih masam mencuka. Geramnya aku dengan Buntal aku ni.

“Buntal janganlah merajuk. Gemuk gurau je lah. Tadi Gemuk cuma teringat pasal peristiwa lima bulan lepas dekat warung ABC masa Buntal lamar Gemuk,”terangku apabila Adam Khalis masih mencuka.

“Betul ni ? Bukan sebab lelaki lain ?”soal Adam Khalis curiga. Semerta tawaku lepas.

“Betul lah Buntal sayang. Buntal sendiri tahu kan, Gemuk mana pernah ada pakwe selain Buntal. Gemuk sayang Buntal seorang je tau !”ujarku riang lalu memeluk erat Adam Khalis. Dan, pelukanku berbalas.

“Buntal pun sayang Gemuk. Jangan curang tau Gemuk ! Kalau tak, Buntal cubit Gemuk sampai tinggal tulang. Tapi, boleh Buntal tahu kenapa Gemuk panggil Buntal ?”

“Sebab dulu badan Buntal macam ikan buntal,”jawabku selamba dan pelukan Adam Khalis semakin dikemaskan di pinggangku. Aku hanya ketawa. Sungguh aku bahagia mendapat suami seperti Adam Khalis a.k.a Buntal.

Terima kasih kepada perjanjian sepuluh tahun. Perjanjian itulah telah menyatukan hati Buntal dan Gemuk buat selamanya…




p/s…
Assalamualaikum readers.. maafkan MM sebab sudah sekian lama menyepikan diri. MM baru balik daripada kem PLKN beberapa hari yang lalu. Jadi masa MM amat terhad kerana perlu uruskan banyak perkara kerana 23 Jun 2014 ini MM dah masuk study dekat KPJ Negeri Sembilan course Farmasi. Doakan MM berjaya okay…


Anyway, MM harap sangat korang komen cerpen kali ini sebab MM dah lama tak menulis cerita. Idea pon makin pupus. Hehehe~ terima kasih sekali lagi sebab sudi jengah blog MM ni  :)

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA