Rindu yang celaka
Rindu ini celaka,
Bila di depan mata hanya benci bermaharaja,
Tiada terasa ingin bertukar cerita,
Apatah lagi ingin bergurau senda,
Hanya dengusan protes bila bertentang mata.
Namun segala benci ternoktah,
Saat kita berpisah kerana jarak,
Saat masa menjadi penghalang,
Dan saat itu rindu yg celaka ini bertamu.
Mahu apakah sebenarnya rindu ini?
Mahu airmata sebagai tetamu
Atau sekadar menungan panjang yang tiada bertemu noktahnya?

Comments