Buat yang sedang bahagia


Apa kau baik-baik saja?
Oh aku lupa pasti kau sedang berbahagia berkongsi rasa bersama dia,
Selamat berbahagia yaa,
Tapi ketahuilah aku di sini terluka.

Buat kamu yang sedang bahagia,

Boleh aku bertanya?
Sejujurnya pernahkah kau menganggap diriku penting buatmu?
Pernahkah aku punya tempat teristimewa dalam hatimu?
Jika jawapanmu 'ya',
Bagaimana pula begitu mudah kau menggantikan aku?

Mahukah kau tahu sesuatu?
Tiada airmata yang menitis saat melihat kau bersama dia,
Aku masih ingat katamu yang benci melihat airmataku,
Meski kau sudah menghancurkan hatiku sehancurnya,
Aku tidak mahu lakukan hal yang tidak kamu sukai kerana aku bukan kamu.

Buat kamu yang sedang bahagia,

Usah khuatir tentang aku,
Tidak sekali kali aku meranapkan hubungan barumu walau hatiku kau ranapkan tanpa belas,
Dari jauh aku titip doa agar kalian bahagia hingga akhirnya,
Dari jauh juga aku mohon padaNya agar hilangkan kamu terus daripada ingatanku,
Moga doa-doaku ini didengariNya kerana jujurnya aku cukup sakit mengingati insan yang pernah hulurkan bahagia dan kemudian dia yang hadiahkan derita.


Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA