Pergi
Berkali aku memadam bait kata,
Tiada bicara yang memadani rasa di hati,
Mengapa untuk kedua kali ini terlalu perit,
Berkali aku tahan rintik air mata dari jatuh,
Sakit... Dadaku sakit menahan rasa.
Aku fikir aku cukup istimewa dalam hidupmu,
Aku fikir kita akan terus bersama melayari bahagia,
Aku fikir kau dan aku tetap saling setia tanpa yang ketiga,
Namun rupanya semua itu hanya fikir-fikirku,
Hatimu berubah tanpa aku duga walau seinci,
Tanpa ku sedar kau sudah punya dia,
Hancur... Hatiku hancur menanggung kecewa.
Tiada aku sangka rupanya kau juga sama,
Pergi tanpa ucapan selamat tinggal,
Pergi tanpa kau bahaskan salahku apa,
Untuk kedua kalinya aku rasa sakit yang sama,
Sakit ditinggalkan tanpa kata dan punca,
Aku akur andai kita tidak ditakdirkan bersama,
Hanya satu pintaku mohon jangan pernah lagi kembali menghampiri,
Cukup sekali peluang ku beri dan mustahil untuk ku beri sekali lagi.
Pergilah kamu bersama bahagiamu,
Pergilah kamu mengejar cintamu,
Pergilah kamu mencari yang menyempurnakanmu,
Pergilah... Tidak akan aku halang walau sekelumit,
Tapi tolong pergi tanpa bawa memori kita kerana aku takut,
Takut andai nanti kau terjatuh bersama memori itu kau akan menyesal,
Kerana di sini ada aku yang pernah mencintaimu setulusnya dan mana mungkin kau temui lagi cinta setulus ini.
Comments