Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan diri. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi memberi peluang kita mencari harga diri. Cinta tidak melemahkan semangat tetapi menghembuskan semangat untuk terus berdiri. “Mak, apa ni? Suruh orang balik semata-mata nak cakap benda yang mengarut macam ni?” Isyah dah mula geram kerana penat-penat dia drive balik kampung, rupanya benda yang mengarut macam ni dia kena dengar. Huh! “Mengarut kau cakap? Ni semua demi masa depan kau,” ibunya, Pn. Zahra membidas bicaranya. “Masa depan apanya? Ei, mak ni! Umur orang baru 23 tahunlah. Lagipun orang tak sukalah dengan dia tu. Macam lah mak tak tahu yang kita orang saling membenci. Mak tak sayang ke dengan orang? Buatnya nanti orang kahwin dengan dia lepas tu dia buli orang macam mana?” Isyah membuat muka kesian. “Jangan jadi budak-budak. Mana ada lagi kes suami yang buli isteri dia,”bebel Pn. Zahra tak setuju dengan bicara Isyah. “Mak, m...
Comments