Posts

Showing posts from September, 2012

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA

Image
       Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan diri. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi memberi peluang kita mencari harga diri. Cinta tidak melemahkan semangat tetapi menghembuskan semangat untuk terus berdiri. “Mak, apa ni? Suruh orang balik semata-mata nak cakap benda yang mengarut macam ni?” Isyah dah mula geram kerana penat-penat dia drive balik kampung, rupanya benda yang mengarut macam ni dia kena dengar. Huh! “Mengarut kau cakap? Ni semua demi masa depan kau,” ibunya, Pn. Zahra membidas bicaranya. “Masa depan apanya? Ei, mak ni! Umur orang baru 23 tahunlah. Lagipun orang tak sukalah dengan dia tu. Macam lah mak tak tahu yang kita orang saling membenci. Mak tak sayang ke dengan orang? Buatnya nanti orang kahwin dengan dia lepas tu dia buli orang macam mana?” Isyah membuat muka kesian. “Jangan jadi budak-budak. Mana ada lagi kes suami yang buli isteri dia,”bebel Pn. Zahra tak setuju dengan bicara Isyah. “Mak, m...

cerpen 1 : BAHAGIA ITU MILIK KITA.

Image
Hari ini telah genap seminggu aku  kehilangan insan yang amat  aku sayangi.  Air mata luruh lagi dan terus menitis membasahi pipi. Kini aku tinggal bersama mak cik serta pak cik ku di sebuah rumah sederhana besar. Kehidupan keluarga mak cik dan pak cik ku ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.  Jadi dalam keadaan terpaksa aku akhirnya  berhenti sekolah untuk membantu mak cik dan pak cik ku mencari wang untuk menampung keperluan seharian kami.             Semakin hari perangai pak cik aku kian berubah.Dia kini sering  pulang lewat malam,dan setiap kali dia pulang pasti bau arak akan mencucuk setiap rongga hidung hingga boleh membuat sesiapa saja yang terhidunya  muntah. Setiap kali pulang juga dia pasti bertegang urat bersama mak cik ku. Akhirnya, badan mak cik aku menjadi sasaran pukulannya.Setiap kali mak cik dipukul ti...