cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA


      


Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan diri. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi memberi peluang kita mencari harga diri. Cinta tidak melemahkan semangat tetapi menghembuskan semangat untuk terus berdiri.

“Mak, apa ni? Suruh orang balik semata-mata nak cakap benda yang mengarut macam ni?” Isyah dah mula geram kerana penat-penat dia drive balik kampung, rupanya benda yang mengarut macam ni dia kena dengar. Huh!
“Mengarut kau cakap? Ni semua demi masa depan kau,” ibunya, Pn. Zahra membidas bicaranya.
“Masa depan apanya? Ei, mak ni! Umur orang baru 23 tahunlah. Lagipun orang tak sukalah dengan dia tu. Macam lah mak tak tahu yang kita orang saling membenci. Mak tak sayang ke dengan orang? Buatnya nanti orang kahwin dengan dia lepas tu dia buli orang macam mana?” Isyah membuat muka kesian.
“Jangan jadi budak-budak. Mana ada lagi kes suami yang buli isteri dia,”bebel Pn. Zahra tak setuju dengan bicara Isyah.
“Mak, memanglah tak ada lagi kes macam tu. Tapi dia tu bukan boleh percaya sangat. Tak pasal-pasal nanti..”
“Jangan nak fikir benda negatif. Apa-apa pun yang kamu nak cakap, mak tak peduli. Mak dah terima dah pinangan tu,”ujar Pn. Zahra lalu masuk ke dalam kamarnya.
***************************************************************************
“Mom, Aisy tak nak lah dengan perempuan tu. Tak ada perempuan lain ke? Dia tu dah lah tak berapa betul. Tak naklah Aisy mak,”ujar Aisy pada ibunya,Pn. Aisyah setelah mengetahui ibunya meminang musuhnya yang sememang dibencinya sejak dari bangku sekolah lagi.
“Jangan nak mengada Aisy. Hari tu kamu yang suruh mak carikan calon isteri untuk kamu. Ni bila mak dah cari lepas tu siap pinangkan lagi untuk kamu, kamu nak membantah. Mak tak kira sama ada kamu suka atau tidak, kamu mesti juga kahwin dengan dia sebab mak dia dah setuju. Muktamad,”dengan tegas emak bersuara.“Memanglah Aisy suruh mak carikan calon isteri untuk Aisy, tapi takkanlah mak berkenan dekat dia? Mak kan tahu Aisy dengan dia tu musuh sejak sekolah lagi. Carilah orang lain mak,” rayu Aisy.
“Tak ada maknanya. Keputusan mak muktamad,”ujar Pn. Aisyah sebelum berlalu.
***************************************************************************
Setelah agak lama Isyah bermenung di dalam kamarnya, akhirnya dia membuat keputusan untuk mengurangkan bebanan di kepala. Lantas dia membuka laptopnya dan membuka laman sesawang FACEBOOK.

Argh.! Dilema betul Apa nak buat ni? Kalau ditelan mati mak, diluah pula mati bapa.

Isyah  menaip sesuatu di status FB nya. Beberapa saat kemudian, ada seseorang menegurnya di ruangan Chat.
darwisy : kenapa bunyi status sedih sangat? Ada masalah ke?
Miss isyah : hurm. Tak tahu lah. Mak paksa saya kahwin dengan musuh sendiri.
darwisy : oh. Kenapa tak accept je? Nak tunggu siapa lagi pinang awak?
Miss isyah : bukan tunggu siapa2. Tapi saya tak nak kahwin dengan dia.
darwisy : kenapa pula? Sebab dia musuh awak?
Miss isyah : yurp. Macam mana saya nak kahwin dengan dia? Saya benci dia.
darwisy : dah lama awak musuh dengan dia?
Miss isyah : hurm. Sejak dari sekolah lagi.
darwisy : oh. Saya sarankan awak buat solat istikharah. Mudah mudahan ia akan membantu awak.
Miss isyah : oke. Thankz sebab sudi dengar masalah saya. saya dah ngantuk ni. nitez.
darwisy : welcome. malam juga.

“Kenapa aku rasa macam Miss Isyah dengan musuh aku tu adalah orang yang sama?”detik hati Aisy tiba-tiba.
“Tak mungkinlah sebab dah agak lama aku kenal Miss Isyah. Perangai dia orang berdua langsung tak serupa. Miss Isyah ni lembut orangnya tapi kalau perempuan tu ganas gila,”hati dan fikiran Aisy berperang sesama sendiri sebelum dia tertidur keletihan memikirkan masalah yang sedang dihadapinya.

***************************************************************************
Pagi itu Isyah sibuk berkemas-kemas untuk pulang kembali ke rumah sewanya di Kuala Lumpur.
“Kamu nak ke mana ni Isyah?”Tanya Pn.Zahra apabila ternampak anaknya sedang mengemas bajunya di dalam beg.
“Balik KL mak,”ujar Isyah ringkas tetapi membangkitkan kemarahan ibunya, Pn. Zahra.
“Balik KL? Habis tu kejap lagi kalau Pn. Aisyah dengan anaknya datang macam mana?!” Tanya Pn.Zahra lantang.
“Maklah layan dia orang. Mak yang sibuk sangat jemput dia orang datang. Pandai-pandai maklah,”ujar Isyah senafas.
“Kau jangan nak mengada-ngada. Kalau kau nak  balik KL sangat, kau balik lepas dia orang  datang,”ujar Pn.Zahra berang.
“Apa-apalah mak. Orang tak nak jumpa dia orang,”ujar Isyah selamba dan terus mengemas.
“Kalau kau balik sekarang, kau jangan datang sini lagi lepas ni,”ugut Pn.Zahra.
“Mak ni! Dah lah, orang nak keluar lagi bagus,”rengus Isyah lantas menyambar topinya di balik pintu sebelum berlalu.
"Balik sebelum pukul 12,"pesan Pn. Zahra.
"Tak nak!"pekik Isyah di laman rumah sambil mencebik.
Pn.Zahra hanya tersenyum di dalam rumah kerana dia yakin Isyah akan pulang juga tengah hari nanti. Isyah mana boleh tak makan tengah hari.
***************************************************************************
"Assalamualaikum,"Pn. Aisyah memberi salam di muka pintu.Aisy dibelakang hanya buat bodoh. Sebelum ke rumah Isyah dia sudah merayu pada ibunya supaya dia tidak perlu datang.
"Mom, Aisy tak nak pergilah,"ujar Aisy dengan nada merayu.
"Jangan nak mengada. Aunty Zahra dah lama tunggu kita tu,"ujar Pn. Aisyah.
"Tak nak lah mak,"rayu Aisy lagi.
"Kalau kau tak ikut mak, jangan harap lepas ni kau nak duduk sini lagi,"ugut Pn. Aisyah.
"Mak ni! Suka sangat main ugut-ugut. Ye lah orang ikut,"Aisy mengalah akhirnya.
"Assalamualaikum, Zahra."Pn.Aisyah memberi salam lagi.
"Waalaikumussalam. Dah sampai pun. Masuklah,"sahut Pn. Zahra dari dalam.Apabila Pn. Aisyah dan Aisy masuk ke dalam rumah, Pn. Zahra menyambut mereka dengan mesra.
"Duduklah Aisyah dan Aisy. Saya pergi ambil air dulu,"ujar Pn.Zahra sebelum berlalu ke dapur.
"Tak payah susah susah Zahra !"jerit Pn.Aisyah apabila Pn.Zahra sudah hilang dari pandangan.
"Mom, baliklah. Orang tak sukalah dekat minah senget tu."ujar Aisy tiba-tiba.
"Jangan mengada-ngada Aisy,"balas Pn.Aisyah garang.
Agak lama Aisy dan ibunya duduk di ruang tamu sebelum Pn.Zahra datang kembali sambil menatang dulang yang berisi air dan kek permaisuri.
"Jemput minum Aisyah, Aisy. Isyah keluar tadi, mungkin sekejap lagi dia balik,"ujar  Pn. Zahra lagi.
Pn. Zahra rancak berbual bersama Pn. Aisyah. Aisy hanya memerhati saja perbualan mereka dan sesekali bersuara apabila Pn.Zahra bertanya padanya. ***************************************************************************
"Assalamualaikum mak !"laung Isyah seraya melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Waalaikumussalam. Balik dah? Sini salam Aunty Aisyah ni,"arah Pn. Zahra kepada  anaknya, Isyah. Lantas Isyah merapati Pn. Aisyah sambil menghulurkan tangan. Aisy yang duduk di sebelah  Pn. Aisyah hanya membuat muka bodoh tanpa sedikitpun memandang ke arah Isyah.
"Hai Isyah. Pergi mana?"sapa Pn. Aisyah ramah.
"Pergi rumah kawan kejap,"balas Isyah sambil senyum terpaksa.
"Eh, dah tengah hari ni. Mari kita makan dulu,"ujar Pn. Zahra sebelum berlalu ke meja makan bersama Pn. Aisyah.
Kini tinggal Aisy dan Isyah di ruang tamu. Masing-masing diam seribu bahasa bagai ada jongkong emas di dalam mulut.
"Oi, kenapa kau terima pinangan mak aku?"tanya Aisy tiba-tiba seraya memecahkan kesunyian.
"Bila masa pula aku terima. Dah mak aku yang setuju, aku nak buat apa? Kalau ikutkan aku, tak ingin aku kahwin dengan lelaki kerek macam kau.Perasan bagus pula tu,"pedas  kata-kata yang keluar dari mulut Isyah. Langsung tiada tapisan, Aisy yang mendengar bicara itu terus meluap-luap tahap amarahnya. Isyah sengaja berkata begitu supaya Aisy geram dengan dirinya lalu menyuruh Pn. Zahra menarik balik pinangan mereka itu.
"Kau ingat kau tu bagus sangat? Entah apa mak aku nampak dekat kau pun aku tak tahu. Dah lah badan macam papan, lepas tu perangai macam bagus. Isy, pelik aku,"ujar Aisy sambil tergeleng-geleng.
"Apa kau ingat kau tu hebat sangat? Setakat badan macam pokok kelapa, baik tak payah. Aku pun heran betul dengan mak aku tu, apasal lah dia beria-ia nak suruh aku kahwin dengan kau. Isy,pelik pelik,"ujar Isyah pula dengan kening terangkat-angkat.
"Apa-apa lah. Paling penting sekarang kau kena paksa mak kau tolak pinangan mak aku," ujar Aisy selamba.
"Hello bro! Apa pasal pula aku kena pujuk mak aku? Kaulah pujuk mak kau supaya tak  payah masuk meminang aku yang comel lagi hot ni. Apa kau ingat mak aku nak dengar ke cakap aku?" balas Isyah sengaja membuat Aisy marah kerana tujuannya hanya satu iaitu dia ingin Aisy merayu kepada Pn.Aisyah agar membatalkan sahaja pinangannya.
"Comel lagi hot?? Tolonglah ya jangan buat lawak jenaka tahap antarabangsa dekat sini. Kau tahu  tak muka kau tu sama je macam muka lembu belakang rumah aku."Kutuk Aisy tanpa selindung.
"Kau kalau cakap tapis sikit ya. Ada nanti tak pasal-pasal masuk ICU. Macam lah muka kau tu hensem sangat? Muka macam mamak jual kari basi. Uwekk!"Isyah tak nak mengalah pada Aisy..
"Ada aku kisah? Konon cakap muka aku macam mamak jaul kari basi, tapi terima juga pinangan mak aku. Aku tahulah kau dah lama tergila-gilakan aku tapi malu nak cakap,"ujar Aisy selamba seraya dengan itu mengundang kemarahan Isyah.
"Kau memang tak sayang mulutlah.Hei, nasiblah ada mak kau. Kalau tak dah lama aku tumbuk muka kau ni,"ujar Isyah sambil jari telunjuk sudah dekat dengan muka Aisy yang sedang berdiri. Aisy pantas mengelak jari runcing Isyah daripada terkena mukanya.
Tanpa mereka sedari pertelingkahan mereka telah disaksikan oleh kedua-dua ibu mereka, Pn.Zahra dan Pn.Aisyah. Kedua-dua orang itu terkejut melihat tingkah anak-anak mereka itu.
"Isyah! Apa kamu buat ni? Tak malu ke?"tiba-tiba muncul Pn.Zahra dan Pn.Aisyah serentak.
"Kamu ni pun satu Aisy. Ni kan rumah orang. Tak ada adab ke?" Pn.Zahra menegur perangai anaknya itu.
Tergagap Isyah dan Aisy untuk menjawab. Lantas masing-masing memilih untuk mendiamkan diri lalu duduk di atas kerusi  tanpa memandang antara satu sama lain.
"Zahra,saya rasa elok kita cepatkan lagi tarikh perkahwinan dia orang ni,"tiba-tiba Pn.Aisyah memberi cadangan.
"Saya pun rasa betul juga tu. Jadi bila tarikh nikahnya?"sokong Pn.Zahra pula.Tercengang-cengang Aisy dan Isyah mendengar perbualan orang tua mereka itu.
"Hurm,saya rasa 3 minggu dari sekarang. Saya rasa masih sempat lagi nak siapkan semuanya,"ujar Pn.Aisyah selamba.
"WHAT?!"jerit Aisy dan Isyah serentak.
***************************************************************************

"Isyah,jangan buat muka macam tu. Rosaklah make up nanti,"bebel mak lang a.k.a mak andamnya pada hari persandingannya  ini.
"Alah mak lang, tak payah pakai semua ni tak boleh ke?"tanya Isyah selamba lantas mengundang cubitan di bahunya.
"Adoi, sakitlah mak lang!"jerit Isyah kesakitan.
"Tahu pun sakit. Jangan nak mengada-ngada eh Isyah.Kalau dengar dek mak kamu tak  pasal-pasal kena bebel nanti,"ujar  mak lang tegas.
"Dah, cepat tukar baju tu pula. Kejap lagi pengantin lelaki sampai kamu tak siap-siap lagi,"arah mak lang.Isyah yang sedang sibuk mengalan mak langnya bercakap terus berlalu ke tandas untuk menukar pakaiannya.
***************************************************************************
"Aisy! Apa kamu buat depan tv tu lagi? Cepatlah siap,"bebel Pn.Aisyah apabila melihat Aisy masih duduk di hadapan tv dengan baju tidurnya.
"Malaslah mak,"ujarnya ringkas.
"Tengku Nur Darwish! Cepat siap sebelum mak mengamuk.Kau ni memang tau degil,"bebel Pn.Aisyah lagi seraya dengan itu menjijit telinga Aisy dengan sekuat hati.
"Adoi mak! Sakit ni. Ya,Aisy pergi siaplah ni.Lepas mak,"rayu Aisy agar Pn.Aisyah melepaskan telinga yang sudah kesakitan. Apabila sekian lama Pn.Aisyah menjijit telinga Aisy, akhirnya dia melepaskannya seraya dengan itu Aisy mencicit-cicit naik ke atas untuk bersiap.
“Menyampah betul aku,”bebel Aisy sambil berlalu pergi.
***************************************************************************
"Aku terima nikahnya Nurul Darwisyah binti Daim dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai,"dengan sekali lafaz Isyah dengan sahnya telah bergelar isteri kepada Tengku Nur Darwisy.Ketika majlis pembatalan air sembahyang berlangsung, Isyah hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia hanya berpura-pura tersenyum apabila jurukamera memintanya senyum.
Ketika di atas pelamin sibuk Aisy dan Isyah saling menjeling tetapi bukan tanda gembira tetapi tanda benci.Apabila yakin tiada orang perhatikan mereka,Isyah segera menjelir lidahnya pada Aisy tanda menyampah.Aisy langsung tidak mengalah lantas mecubit lengan Isyah apabila pasti tiada orang yang memerhatikan gelagat mereka.
"Siap kau malam ni,"Aisy memberi amaran pada Isyah dalam nada berbisik.
"Kau ingat aku kisah?"balas Isyah juga berbisik.
***************************************************************************
Apabila tamat saja segalanya, lantas Isyah menghilangkan dirinya ke dalam kamar untuk mandi dan tidur. Aisy pula masih duduk berbual bersama sanak saudara yang masih belum pulang.Tepat jam 10 malam semua meminta diri untuk berehat kerana kepenatan.
Aisy lantas menuju ke kamarnya yang berada di tingkat atas. Masuk saja ke dalam kamar  dia lihat Isyah sudah tidur dengan lenanya di atas katil. Tanpa membuang masa dia  bergegas ke kamar mandi untuk menyegarkan badannya sebelum bersedia untuk tidur.
"Isyah, bangun wei!,"Aisy mengejutkan Isyah apabila dia usai mandi tetapi Isyah tidak bergerak langsung.
"Isyah! Bangunlah wei!,"kejut Aisy lantang seraya dengan itu Isyah terbangun dari lenanya. Demi terpandang saja wajah Aisy segera dia memandang ke arah tubuhnya takut Aisy telah lakukan sesuatu padanya. Setelah pasti tiada apa-apa yang berlaku, dia menoleh ke arah Aisy.
"Kau nak apa? Mengacau je aku nak tidur,"tanya Isyah geram.
"Aku nak tanya ni,mana aku nak tidur malam ni?"tanya Aisy masih tercegat di sisi katil.
"Kecik punya hal pun nak kejut aku. Suka hati kau lah nak tidur mana,"ujar Isyah lalu berbaring semula.
Aisy yang geram dengan tingkah Isyah itu lantas berbaring di sebelah Isyah sambil  memeluk pinggang Isyah dengan erat agar Isyah takut dan tidak dapat lena. Tetapi usaha Aisy hanya sia-sia kerana Isyah langsung tidak terjaga. Akhirnya Aisy terlena sambil memeluk erat pinggang Isyah hingga ke pagi.
***************************************************************************
“ARGHH!!!”jerit Isyah tiba-tiba.
“Hey, kau kenapa?Aku nak tidur pun susah,”bicara Aisy lantas mematikan jeritan Isyah.
“Kau tanya kenapa? Siapa suruh kau peluk aku? Lepaslah,”ujar Isyah lantang. Aisy yang baru tersedar tangannya masih melingkari pinggang Isyah hanya buat selamba saja.
“Suka hati akulah nak peluk kau ke tak. Bukan dosa pun sebab kau dah jadi bini aku,”ujar Aisy selamba dengan mata terpejam.
“Lepaslah! Aku jerit nanti baru kau tahu,”ugut Isyah pada Aisy.
“Kau  jerit pun bukan ada yang tolong. Paling tak pun dia orang ingat kita tengah bergurau je. Haha,”balas Aisy sambil ketawa terkekeh-kekeh.
“Ei, geramnya aku dengan kau! Ambik kau!”seraya dengan itu Isyah mengigit tangan Aisy yang berada di pinggangnya sejak dari tadi.
“ARGH!”jerit Aisy kesakitan.
“Padan muka kau,”ujar Isyah lalu bangkit dari katil dan menuju ke kamar mandi meninggalkan Aisy yang masih kesakitan di atas katil.
“Mandi cepat sikit. Kalau lambat aku serbu masuk,”ugut Aisy yang masih di dalam kesakitan. Isyah yang berada di dalam kamar mandi hanya mencebirkan bibir tanda menyampah.
***************************************************************************
“Selamat pagi pengantin baru!”ucap mak lang pada Isyah dan Aisy apabila mereka turun untuk bersarapan.
“Sedapnya! Lapar terus perut Isyah. Mak lang masak seorang je ke?”tanya Isyah tiba-tiba apabila tidak melihat sesiapa di dapur kecuali mak lang seorang..
“Yelah. Mak kamu pergi pasar dari tadi,”ujar mak lang sambil tangannya  lincah menyediakan hidangan.
“Kenapa mak lang tak panggil Isyah?”
“Nak panggil macam mana? Tadi mak lang dengar korang tengah bergurau sampai menjerit-jerit, segan mak lang nak kacau,”ujar mak lang sambil tersengih.
Muka Isyah dah mula memerah apabila mengetahui mak langnya terdengar jeritan dia dan Aisy sebentar tadi. Dengan pantas dia menjeling ke arah Aisy yang sedang duduk di meja makan, dia lihat Aisy hanya tersengih saja kemudian ketawa sinis seolah-olah mengejek Isyah. Isyah yang berang dengan tingkah Aisy hanya menjelir lidahnya.
“Kamu ejek siapa tu Isyah?”tiba-tiba terjengul Pn.Zahra di muka pintu. Seraya dengan itu terdengar ketawa Aisy. Lantas Isyah mendekati Aisy lantas mencubit lengan Aisy sekuat hatinya.
“Adoi, sakitlah,”keluh Aisy kesakitan.
“Padan muka!”ejek Isyah kemudian.
“Korang ni dah jadi laki bini pun bergaduh lagi. Apalah nak jadi,”bebel Pn. Zahra apabila melihat anak dan menantunya saling mengejek di hadapannya. Apabila mendengar leteran si ibu lantas Isyah dan Aisy mencicit-cicit lari menuju ke laman rumah.
“Esah, kau tengoklah tu. Tadi punyalah gaduh macam apa, tapi bila aku mula membebel sikit boleh sepakat pula keluar,”ujar Pn.Zahra pada mak lang.
“Biasalah tu. Kau tahu tak Zahra, tadi masa aku tengah khusyuk memasak tiba-tiba aku dengar si Isyah dan Aisy menjerit. Hai, tak lama lagi dapat cuculah kau ya,”ujar mak lang menambahkan lagu keseronokan berbual di pagi hari.
***************************************************************************

"Isyah kau percaya cinta?"tanya Aisy pada Isyah ketika mereka sedang duduk di ruang tamu rumah mereka. Kini sudah 2 bulan mereka hidup bersama di dalam rumah pemberian ibu Aisy walaupun mereka masih tidak sebulu.
"Hurm, entah,"balas Isyah acuh tak acuh sambil matanya tak lepas dari memandang majalah ditangannya.
"Apasal?"tanya Aisy lagi.
"Sebab aku tak pernah bercinta dan tak ingin pun nak bercinta,"
"Apasal pula kau tak nak bercinta?"
"Sebab bagi aku cinta tu mengajar kita jadi lemah,ajar kita hina diri dan melemahkan semangat kita lebih-lebih lagi bila kita putus cinta,"balas Isyah berjela.
"Kata tak pernah bercinta, tapi ayat macam ada pengalaman je,"ujar Aisy sambil tersengih.
"Aku cakap berdasarkan pemerhatian akulah! Aku selalu dengar orang cakap diri sendiri bodoh,lepas tu menangis macam orang gila bila dia orang putus cinta.Ei, geli aku tengok !"ujar Isyah lagi.
"Hurm, Isyah. Kalau aku ajak kau bercinta nak tak?"tanya Aisy tiba-tiba sekali gus menyentakkan perasaan Isyah.
"Tak naklah aku,"ujar Isyah selamba.
"Kenapa? Sebab kau rasa cinta tu akan melemahkan diri kita?"tanya Aisy lagi.
"Ya,"balas Isyah sepatah dan matanya masih terus menatap majalah di tangan.
"Sebenarnya
cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan diri. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi memberi peluang kita mencari harga diri. Cinta juga tidak melemahkan semangat tetapi menghembuskan semangat untuk kita terus berdiri,"terang Aisy berjela. Terkedu Isyah seketika.
"Kenapa hari ni kau jiwang semacam ni?"ejek Isyah seraya mengubah topik perbualan mereka.Aisy pula masih menunjukkan muka yang serius.
"Isyah aku tanya sekali lagi, kau nak tak bercinta dengan aku?"tanya Aisy lagi. Isyah pula dengan selamba mencebirkan bibirnya kemudian menggeleng tanda tidak mahu.
Aisy yang geram dengan tingkah Isyah mula merapati Isyah namun belum sempat dia memegang tangan Isyah, Isyah sudah berlari mengelilingi ruang tamu dan akhirnya berlakulah sesi kejar mengejar antara Isyah dan Aisy.
"Ops, stop! Penat dah,"ujar Isyah sambil menunjuk isyarat berhenti pada Aisy. Serentak itu Aisy berhenti daripada mengejar Isyah sambil tercungap-cungap mengambil nafas.
"Nak ke tak nak?"tanya Aisy kemudian setelah kembali tenang.
"Hurm boleh tolong tak?"tanya Isyah kembali.
"Tolong apa?" Aisy bersuara.
"Tutup mata sekejap. Kejap je,"ujar Isyah.Tanpa banyak soal Aisy menurut kata Isyah kerana malas berbahas dengan isterinya lagi.
"I LOVE YOU. Jom bercinta,"bisik Isyah di telinga Aisy sebelum mencicit berlari menuju ke dalam kamarnya di tingkat atas. Aisy terpegun seketika sebelum kembali tersedar di alam nyata.
"Isyah, I LOVE YOU TOO!! Jom bercinta!"bergema jeritan Aisy di ruang tamu. Isyah yang sedang bersembunyi di dalam bilik hanya tersenyum bahagia.

***************************************************************************

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A