cerpen 1 : BAHAGIA ITU MILIK KITA.
Hari ini telah genap seminggu aku kehilangan insan yang amat aku sayangi. Air mata luruh lagi dan terus menitis membasahi pipi. Kini aku tinggal bersama mak cik serta pak cik ku di sebuah rumah sederhana besar. Kehidupan keluarga mak cik dan pak cik ku ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Jadi dalam keadaan terpaksa aku akhirnya berhenti sekolah untuk membantu mak cik dan pak cik ku mencari wang untuk menampung keperluan seharian kami.
Semakin hari perangai pak cik aku kian berubah.Dia kini sering pulang lewat malam,dan setiap kali dia pulang pasti bau arak akan mencucuk setiap rongga hidung hingga boleh membuat sesiapa saja yang terhidunya muntah. Setiap kali pulang juga dia pasti bertegang urat bersama mak cik ku. Akhirnya, badan mak cik aku menjadi sasaran pukulannya.Setiap kali mak cik dipukul tiada langsung air mata yang mengalir di balik tubir matanya. Barangkali sudah lali dengan pukulan-pukulan yang hinggap di atas badannya. Tapi,aku yang hanya melihat setiap perlakuan pak cik ku itu pasti akan berjuraian air mata bagai aku yang dipukul.
“Oh,Tuhanku.Peritnya dugaanMu.Semoga segala
yang terjadi ada hikmahnya buat diri ku,”sayu hati ku setiap kali mendengar doa
mak cik ku seusai dia menunaikan solat. Walaupun dia hanya seorang mak cik
dalam realiti hidup ku, tetapi telah ku anggap dirinya sebagai ibu kedua ku
setelah ibu ku meninggalkan duniawi ini. Lantaran itu,air mata ku pasti akan
merembes keluar.Hati mana yang tidak sedih apabila wanita yang telah diibaratkan
bagai ibu sendiri diseksa dihadapan mata?
Empat
bulan kemudian,sungguh ku tak sangka dan ku duga bahawa pak cik ku ingin
menjual diri ku kepada seorang bos kelab malam hanya untuk melangsaikan segala hutangnya.
Sungguhku tidak mengerti,manusia apakah pak cik ku ini yang sanggup menjual
anak saudaranya sendiri, darah dagingnya. Kemanakah hilangnya sifat
keperimanusiaan pak cik ku? Mak cik ku
memeluk erat tubuh ku sebelum aku ditarik dengan kasar oleh pak cik ku yang
bagai telah dirasuk syaitan. Sebelum pintu kereta ditutup aku mendengar pak cik
dan mak cik ku bertengkar dan akhirnya mak cik ku teresak-esak menangis.Ingin
sekali ku bantu namun apa dayaku. Kereta terus meluncur laju menuju ke suatu
tempat yang aku pun tidak tahu di mana. Sampai saja di tempat itu,aku diheret
keluar menuju ke suatu bilik yang amat gelap.Ketakutan mula menjalar di dalam
sanubariku. Beberapa minit kemudian aku dibiarkan keseorangan di situ. Cuping
telingaku terdengar bunyi yang begitu membingitkan.Aku pasti kini aku sudah
berada di dalam kawasan kelab malam.
Setelah
begitu lama aku berseorangan di bilik itu,tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari
luar. Kekuatan yang menghuni diriku sebentar tadi beransur hilang dan akhirnya
aku mengigil ketakutan.Sesusuk tubuh sedang berdiri dihadapanku kini.Tidak aku
mengecam wajahnya,tapi yang pasti dia seorang lelaki.
“Kau…kau Ain
kan?”Tanya lelaki itu tergagap-gagap. Suara itu? Suara itu bagai telah biasa
kudengar.Apakah itu suara…
“Faiq? Kau Faiq
ke?”Tanya ragu-ragu.
“Akulah ni. Apa
kau buat di sini Ain?Kaukah gadis yang dijual pak ciknya itu?”Tanya Faiq seraya
menghampiriku.
“Akulah
itu.Faiq,tolonglah lepaskan aku.Aku takut duduk di sini.”aku menangis
teresak-esak di bahu Faiq.
“Janganlah
nangis.Aku akan tolong kau.Kau makan lah dulu. Ni ada aku bawakan makanan.
Lepas kau makan aku akan bantu kau keluar dari sini.”Faiq memujukku.
“Terima kasih Faiq.Kaulah kawan aku dunia
akhirat.”
Sebulan
sudah aku bebas daripada cengkaman bos kelab malam itu. Kini, aku telah selamat
berada di rumah keluarga Faiq.Faiq telah menceritakan segalanya kepada ibu
bapanya.Nasib menyebelahiku apabila kedua-dua ibu bapamya menerima kedatanganku
dengan hati terbuka . Faiq juga telah meninggalkan kerjanya sebagai pembantu
bos di kelab malam itu.
Kini aku dalam proses mencari pekerjaan bagi menampung kos kehidupanku
nanti setelah keluar dari rumah Faiq ini.Faiq tidak membenarkan aku keluar dari
rumahnya,tapi aku tetap dengan keputusanku. Sampai bila aku harus bergantung
harap pada keluarga Faiq? Aku bukannya punya apa-apa hubungan dengan keluarga
Faiq.Hanya sekadar rakan sepermainan suatu masa dahulu.Tentu tidak manis jika
aku terus duduk bersama mereka walaupun mereka tidak kisah. “Alhamdulillah,akhirnya dapat juga
kerja.Aku mesti beritahu Faiq sekarang.” monolog ku sambil menyeluk beg tangan ku
untuk mengambil telefon bimbit pemberian Faiq. Sedang aku terkial-kial
mengambil telefon bimbitku,aku terlanggar seorang wanita yang sedang berdiri
dihadapan ku sebentar tadi.Berterabur
barang yang dipegang wanita itu di atas jalan.Dengan tidak semena-mena
aku terus menolong mengutip barang yang berterabur itu sambil mulutku tidak
berhenti-henti memohon maaf.
Semasa
aku hendak menyerahkan barang yang telah kukutip tadi,wanita itu terus
memelukku erat sekali. Bagai telah lali aku dengan pelukan itu akhirnya aku
mendongakkan wajah melihat wanita itu.
“Mak cik? Mak
cik..!”jerit ku gembira.Air mata hangat mengalir membasahi pipi.
“Mak cik,Ain
rindu mak cik.Mak cik, pak cik mana?Mak cik seorang sajakah? Mana along dengan
angah?”Tanya ku sambil menangis.
“Ain,maafkan pak
cik ya.Pak cik,along dengan angah dah tinggalkan mak cik seorang diri dekat
dunia ni. Mereka telah dipukul oleh bos kelab malam setelah Ain hilang,” terang
mak cik.
“Mak cik,maafkan
Ain.Kalaulah Ain tak larikan diri,mesti mereka masih hidup. Maafkan Ain,mak
cik.”ujar ku dalam sendu.
“Tak,bukan salah
Ain. Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Lihat sekarang, walaupun mereka
telah tinggalkan mak cik tapi mak cik tidak keseorangan sebab mak cik ada Ain,”ujar
mak cik sayu.
“Ya mak cik, Ain
tidak akan tinggalkan mak cik lagi.Jom ikut Ain pergi rumah Faiq. Ambil baju
Ain lepas tu kita pindah rumah baru ya,”ujar ku lagi dalam tangis gembira.
“Ain tak boleh
pindah dari rumah Faiq.Tempat Ain di sana.”tiba-tiba Faiq yang muncul entah
dari mana bersuara. Aku tergamam seketika.
“Ain bersaksikan
semua orang di sini. Sudikah Ain menemani Faiq selamanya?” Tanya Faiq tiba-tiba
seraya menyentap perasaanku. Dia kemudian berlutut di hadapanku sambil
mengeluarkan sebentuk cincin.
Dalam
tangisan aku tersenyum riang.Air mata makin hebat mengalir.
“Ain,orang kata
senyap tanda setuju.Jadi Ain setujulah ni?”ujar Faiq sambil tersenyum manis.
Dengan
malu-malu aku menganggukkan kepala.Faiq lantas menyarungkan cincin di jari
manisku.Orang sekeliling yang memerhatikan kami sebentar tadi bersorak riang
tanda mereka turut berkongsi kegembiraan ku ini. Mak cik pula terus memeluk erat tubuhku tanda gembira.
“Ya Allah, inikah
kebahagian yang aku cari selama ini? Terima kasih ya, Allah!”monologku
sendirian seraya membalas pelukan mak cikku. Faiq pula berdiri di sisiku sambil
mengulum senyum.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments