novel : musuhku cintaku 3


Kami tiba di rumah Haikal tepat jam 3.15 minit petang. Rakan-rakanku sibuk memberi salam sambil melaung nama Haikal. Hanya aku masih termangu-mangu sendirian.

“Oi Mia, kau kenapa ? Jom lah masuk,”tersentakku apabila disergah oleh Najihah. Dengan langkah longlai aku meneruskan langkah menuju ke dalam rumah Haikal.

“Hai Mia, ingat kau tak datang tadi,”sapa Haikal ceria.Aku hanya melemparkan senyuman hambar lalu bersalam dengan ibunya, Puan Zura. Saat tanganku bertaut dengan tangan ibu Haikal, aku dapat rasakan betapa dia begitu menggenggam erat jemariku. Aku kehairanan namun hanya ku biarkan.

Usai bersalam aku terus membatukan diri di sudut ruang tamu. Rakan-rakanku yang lain terus rancak bersembang bersama Haikal untuk bertanya lebih lanjut tentang apa yang berlaku,lebih-lebih lagi Syafiqah. Nak cerita satu sekolah lah tu ! Aku mencebikkan bibir di dalam diam.

“Anak ni namanya Mia ya ?”aku sedikit terkejut kerana Puan Zura menegurku tiba-tiba. Segera aku berpaling ke arahnya dan terus tersenyum.

“Saya mak cik,”jawabku lembut.

“Cantik orangnya. Patutlah Haikal selalu cerita pasal kamu,”aku terkesima. Haikal cerita fasal aku ? Fasal apa ? Yang baik ke yang buruk ? Bertalu-talu persoalan menerjah kotak fikiranku.

“Mak, apa yang mak bualkan dengan Mia ?”belum sempat aku bertanya, Haikal sudah menghampiri kami dengan langkah terencut-encut.

“Adalah. Rahsia perempuan je,”ucap Puan Zura sambil tersenyum dan terus berlalu meninggalkan aku. Haikal terus mengambil tempat di sisiku. Tiba-tiba hatiku berdebar.

“Hai Mia, lama tak jumpa kau,”Haikal memulakan bicara dengan senyuman manis. Aku hanya membalasnya secara berbasa-basi.

“Err~ sorry sebab buat kau accident,”tanpa sedar aku mengucapkan ayat itu. Haikal terus memandangku dengan senyuman yang kian melebar.

“Tak apa. Kau tahu tak, kalau Iwan tak cakap dekat aku yang kau pancitkan tayar aku pun, aku dah tahu siapa yang buat,”ucap Haikal selamba.

“Macam mana kau boleh tahu ?”

“Sebab mana ada orang lain yang lebih kejam daripada kau,”ketawa Haikal terus berdekah-dekah. Syok je dia cakap aku macam tu kan. Ingat aku ni kejam sangat ke? Kalau dia tak cari fasal, aku tak buatlah benda tu semua. Aku membebel di dalam hati.

“Aku wrestling jugak kau ni..”aku sudah mencerun ke arah Haikal yang masih tersengih.

“Janganlah. Kau tak sayang aku ke ?”soalan Haikal itu membuatkan aku sedikit kurang selesa.

“Selekeh je nak sayang kau.Tak ada faedah langsung okay !”aku membalas bicara Haikal sambil mencebik.

“Tapikan, aku sayang kau lah,”oksigen,oksigen. Tiba-tiba aku rasakan paru-paruku kekurangan oksigen apabila mendengar bicara Haikal itu.

“Jangan nak merepek boleh tak !”marahku dan terus menjeling Haikal.

“Kau jeling aku macam tu, aku rasa macam nak cabut hati aku lepas tu bagi dekat kau,”ya Allah, kalau aku pengsan kejap lagi memang salah Haikal !

“Kau simpan je lah hati kau tu. Tak ingin pun aku,”ucapku selamba.

“Janganlah macam tu.Kau tahu tak aku rindu gila dekat kau,”sekali lagi aku dapat rasakan seolah-olah aku kehilangan oksigen. Memang Haikal nak suruh aku mati agaknya ! Aku membebel di dalam hati.

“Tebiat apa ?!”semakin meninggi bicaraku.

“Oh, dekat sini rupanya korang dating ya,”tiba-tiba wajah Iwan terus menghiasi layar mata. Saat itu aku terasa ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Iwan kerana berjaya menyelamatkanku daripada mati kekurangan oksigen.

“Hah, berbuallah korang ya. Aku blah dulu,”aku terus bangun  untuk berlalu.

“Sayang, kita belum habis dating lah,”suara Haikal yang serak-serak basah itu telah membuatkan aku terasa ingin menyepak mulutnya sekuat hati. Buat malu betullah dia ni. Iwan pula sudah ketawa  mengekeh. Aku berpaling ke arah mereka dan terus menunjukkan penumbuk comelku. Meletus kuat ketawa Haikal dan Iwan.Aku pula terus melangkah pergi.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

“Oi sengal,boleh tak kau jangan kacau aku !”jeritku geram apabila buku di tanganku di rampas Haikal. Semenjak Haikal kembali ke sekolah seminggu lalu, hidupku menjadi semakin kacau bilau.Ada saja tingkahnya untuk membuat aku geram. Benci betul ! Sekarang ni pun dia tengah menghuru-harakan hidup aku. Ada ke patut, buku yang sedang aku baca di rampasnya. Memang saja nak kena tengking.

“Cool my dear..”ya Allah, berbulu telinga aku setiap kali mendengar dia memanggil aku dengan panggilan itu. Sudah beribu kali aku membebel dan memarahinya, namun dia hanya buat tidak endah. Akhirnya aku hanya membiarkan.

“Jendul kau ! Bak buku aku lah,”geramnya aku dengan manusia bernama Haikal ni ! Seraya itu aku terus mencuba capai buku ku yang berada di tangannya.

“Tak boleh ! Siapa suruh kau tak layan aku berbual,”aku terus mencebik apabila mendengar bicara Haikal itu.

“Apa fasal aku kena layan kau berbual ? Tak berfaedah langsung !”bentakku geram dan terus merenung wajah Haikal.

“Kenapa kau tenung aku macam tu ? Dah jatuh chenta ke ?”usai Haikal bersuara, aku terus menyepak kakinya. Perasan tak habis ! Bebelku di dalam hati.

“Tebiat ! Hish, malas aku nak layan kau,”aku terus melangkah ke tempat dudukku dan meninggalkan Haikal sendirian. Aku terus melabuhkan punggungku dan mataku meliar memandang gelagat rakan-rakanku yang sedang rancak berbual. Mentang-mentang hari ni semua cikgu meeting.
Apabila pandanganku terarah di bahagian hadapan,tiba-tiba wajah Haikal yang sedang menayangkan baris giginya terpampang luas di layar mata. Serta-merta fikiranku terlintas sesuatu.

“Wei, gigi kau ada lada !”aku lihat terus menutup mulutnya.  Saat itu juga tawaku meletus kuat. Muka Haikal sudah merona merah dan..

BUKKK !

“Aduh, sakitnya kepala aku !”aku terjerit kecil. Suara tawa Haikal pula memenuhi ruang kelas.Kurang asam !

“Apa  fasal kau ketuk kepala aku ? Ambil kau !”ujarku seraya menumbuk lengan Haikal. Aku terdengar dia mengaduh lalu aku pula ketawa terbahak-bahak dan terus berlari ke tandas. Hanya tempat itu saja yang ku rasakan selamat untuk mengelak daripada Haikal.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.