novel : musuhku cintaku 5


Semakin lama hubungan antara aku dan Amri semakin rapat. Jujur aku senang berkawan dengannya kerana dia seorang yang sangat memahami. Namun jauh di dasar hatiku aku dapat rasakan semakin besar jurang antara aku dengan Haikal. Kadang kala hatiku diusik rasa rindu. Tetapi demi ego yang melangit,aku rela mengenepikan perasaan itu.

“Haikal, petang ni awak free tak ?”tersentakku apabila terdengar nama Haikal disebut. Aku memandang ke arah pemanggil nama Haikal itu. Tasha ? Gediknya ! Aku mengutuk di dalam hati apabila terpandangkan gerak geri Tasha yang mengalahkan sotong.

“Mia !” namaku diseru dengan lantang. Belum sempat aku berpaling, anak mataku dan anak mata Haikal bertaut. Saat itu dapat aku rasakan betapa dadaku berdebar kencang. Segera aku berpaling dan mematahkan tikaman anak mata Haikal.

“Amri,jom kita pergi tempat lain. Dekat sini ada orang nak dating, kacau pulak nanti !”ujarku separuh menjerit. Tiba-tiba rasa cemburu mengasak minda apabila melihat kemesraan antara Haikal dan Tasha.

“Mia Nur Maisarah, stop !” baru beberapa langkah aku menjauhi Haikal dan Tasha, tiba-tiba namaku dipanggil dengan lantang. Saat itu juga dadaku berdegup kencang. Langkah kakiku terus kaku namun tidak sedikitpun aku berpaling mengadap Haikal. Amri yang berada di sisi ku terus ku biarkan kebingungan.

Aku mendengar derap kaki yang kian menghampiri. Saat itu juga aku terasa ingin pergi jauh dari situ, namun kakiku seolah-olah terlekat di situ. Akhirnya aku hanya mematungkan diri sambil menunggu sebarang kemungkinan. Sesaat kemudian, wajah tampan Haikal terlayar di ruang mata. Aku pula terus menunduk menahan rasa yang menjeruk di dada.

“Mia, tolong jangan buat aku macam ni lagi,”ujar Haikal sayu.

“Buat amende ?”tegas aku bersuara. Sengaja aku buat tidak mengerti akan butir bicara Haikal.

“Please, aku tahu kau faham apa yang aku maksudkan !”keras suara Haikal. Aku yakin dia sedang menahan geram yang membukit.

“Sorry, aku tak faham apa kau membebel. Dah ke tepi, aku nak jalan dengan Amri ni !”bentakku dan terus menolak Haikal sebelum berlalu bersama Amri. Aku tahu Amri kebingungan saat ini, tetapi lantak lah ! Aku tengah hot ni.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Pertandingan ‘students idole’ akan berlangsung sebentar lagi. Aku yang menghadirkan diri sejak pukul 8 malam sudah mengambil tempat di sudut dewan. Sebenarnya aku malas nak join, tetapi bila si Amri dah desak, mengalah jugak lah aku !

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke majlis students idole 2012 ! Seperti yang kita semua sedia maklum, majlis ini telah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut dan ini merupakan tahun keempat…”sampai di situ saja bicara pengacara majlis yang dapat aku dengar kemudian aku terus khayal dengan dunia ku sendiri.

“Mia, awak kenapa ? Okay tak ?”tersentakku apabila ditegur Haikal.

“Err~ tak apa-apa. Eh, siapa pulak lepas ni ?”tanyaku seraya menukar topik.

“Lepas ni, Haikal. Hah tu dia !”ucap Amir seraya melambai ke arah Haikal yang berada di atas pentas. Haikal memandang kea rah Amri dan kemudian ke arahku.

“Haikal, u’re the best !”jerit Tasha yang duduk di sebelah kanan Amri. Hish, meremang bulu tengkukku. Macam mana pulak minah sotong ni boleh ada dekat sini ? Bukan main mesra lagi dengan Amri. Eii…

Aku hanya memandang sekilas ke arah pentas. Namun aku masih dapat menangkap tikaman anak mata Haikal di wajahku. Aku terus menunduk menahan debar.

“Assalamualaikum semua. Lagu yang saya hendak nyanyikan ini saya tujukan buat dia yang amat istimewa. Meski kau tidak faham perasaan aku, tetapi aku tetap sayang kau sampai bila-bila,”termangu aku apabila mendengar bicara Haikal itu. Aku tahu dia meluahkan rasa hatinya padaku saat itu. Aku terus memasang telinga untuk mendengar lagu yang akan disampaikannya.

Kau hadir tanpaku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemasku dalam sepi.

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang menggunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi.

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan,
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya ku cinta kau seorang.

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan,
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu.

Habis saja Haikal menyanyi, setitis air mataku jatuh. Tepukan bergemuruh di sekelilingku langsung tidak ku endahkan. Seraya itu aku bangun untuk melangkah pergi. Pada Amri aku hanya katakan ingin pulang kerana tidak sedap badan. Namun rasa di hati, siapa yang tahu ? 

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.