novel : musuhku cintaku 7


Puas aku desak Amri untuk menemaniku petang ini, namun ada saja alasan yang diberikan. Geram aku jadinya dan akhirnya aku berseorangan bertemu Haikal.

“Mungkin ada Tasha, tak adalah kekok sangat nanti,”ucapku sekadar menyedapkan hati dan terus melangkah ke kelas 4 A di blok C. Kelas itu agak jauh ke belakang, tetapi hanya kelas itu yang tidak digunakan oleh pelajar sesi petang. Kebiasaannya perpustakaan dibuka pada sebelah petang, tetapi hari ini di tutup kerana ada aktiviti yang sedang dijalankan.

Ketika aku tiba di kelas 4 A, jam di tangan sudah menunjukkan angka 2. 15 minit.Dari kejauhan aku ternampak kelibat Haikal seorang. Mana Tasha ? Tak kan berdua je, seram aku ! Dah lah kelas jauh daripada orang lain. Aku membebel dalam hati sambil melangkah ke arah pintu kelas.

“Assalamualaikum,”sapaku dan terus berdiri di muka pintu kelas. Haikal berpaling ke arahku dan tersenyum. Aku berdebar tiba-tiba.

“Tasha mana ?”tanyaku seraya menutup debar di dada.

“Sekejap lagi dia sampai dengan Amri,”selamba saja Haikal berkata. Aku yakin mereka bertiga sudah bersepakat atas apa yang berlaku kini.

“Apasal berdiri dekat situ ?”tanya Haikal tiba-tiba setelah lama kami menyepi.

“Err~ aku tak selesa lah berdua je,”ujarku jujur.

“Masuk je lah. Sekejap lagi sampai lah dia orang. Lagipun aku ada benda nak cakap. Masuklah,”desak Haikal. Dalam keterpaksaan aku melangkah masuk jua akhirnya. Namun, pintu ku buka selebar-lebarnya, tak nak aku orang lain syak bukan-bukan.

“Nah duduk depan aku,”ucap Haikal sambil menghulurkan kerusi buatku. Aku menyambutnya teragak-agak dan kemudian duduk di hadapan Haikal. Hanya meja sebagai pemisah antara kami berdua. Dadaku berdebar kencang apabila anak mataku dan anak mata Haikal bertentang, seraya itu aku melarikan pandangan.

“Kau nak cakap apa ?”soalku tegas setelah lama menyepi.

“Err~ Mia, kau tahu kan perasaan aku ?”terpempan aku seketika.

“Eh, cikgu cakap sejarah tu tajuknya apa?”sengaja aku menukar topic sambil tanganku ligat mengeluarkan buku daripada dalam beg. Tiba-tiba buku ku dirampas oleh Haikal. Terkejut aku dengan tindakannya sebelum menarik nafas panjang.

“Haikal, kita masih seorang pelajar. Tanggungjawab kita belajar bukan bercinta. So, aku tak nak abaikan tanggungjawab aku semata-mata sibuk nak bercinta. Lagipun perjalanan kita masih jauh, kau masih boleh dapat yang lebih perfect daripada aku.Jangan ikutkan perasaan Haikal !”usai aku berkata, suasana menjadi sepi antara kami. Aku lihat Haikal merenung jauh, mungkin mencerna setiap bait ayatku.

“Tapi Mia, aku rasa kau dah cukup sempurna untuk aku,”ujar Haikal setelah lama menyepi. Aku menggeleng kepala.

“Kita masih muda Haikal dalam dunia bercinta ni. Sedangkan orang yang lebih tua daripada kita pun masih salah menilai, apatah lagi kita yang masih baru tercari-cari tentang cinta. Aku tak nak kita tersilap dan akhirnya sama-sama menyesal,”ucapku ikhlas.

“Entah-entah kau dah suka dekat Amir. Aku selalu tengok kau gembira semacam bila dekat dengan dia. Tadi masa cikgu cakap kita satu kumpulan pun, kau minta tukar semata-mata hendak dengan Amir. Selesa dengan Amir konon ! Kau tahu tak, Amir dengan Tasha dah declare. Jadi tolonglah lupakan hasrat kau untuk dapatkan dia !”perli Haikal dan terus membuatkan darahku menyirap tiba-tiba. Bukan saja aku menyirap dekat Haikal saja, malah dengan Amir sekali ! Sampai hati dia rahsiakan benda ni daripada aku ! Dia juga cakap kami kawan baik, jadi tiada rahsia antara kami. Tetapi kini apa ? Argh !

“Suka hati kau lah nak cakap apa ! Apa yang penting aku tahu isi hati aku. Aku tak perlu sesiapa untuk memahami aku ! Dan jujur aku memang selesa kawan dengan Amri sebab dia lebih memahami,”bentakku lalu bangun untuk berlalu pergi. Tiba-tiba Haikal memegang lenganku membuatkan aku terpaku seketika.

“Apa yang kamu berdua buat ni ?”pucat wajahku tiba-tiba apabila terdengar suara guru disiplin, Encik Umar. Ya Allah, ujian apakah ini ?

“Kamu berdua ikut saya ke bilik HEM sekarang !”tegas suara Encik Umar dan membuatkan aku dan Haikal hanya menurut. Setibanya di bilik HEM, Encik Umar terus menelefon kedua-dua ibu bapa kami. Kemudian kami disoal dengan pelbagai jenis soalan. Apa yang membuatkan aku sedih apabila hujahku langsung tidak di ambil peduli dan mereka terus-terusan menuduhku membuat bende tidak senonoh bersama Haikal. Saat itu Haikal hanya menyepi, terasa seperti ingin saja aku mencakar-cakar mukanya. Aku benci dia selamanya !!! Jerit hatiku.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Hampir seminggu aku ponteng sekolah kerana malu. Aku juga telah nekad untuk meninggalkan sekolah itu. Seminggu lalu aku telah dimalukan, seminggu lalu aku telah difitnah. Seminggu lalu juga aku telah diherdik dan seminggu yang lalu juga aku telah mengambil keputusan untuk meninggalkan peristiwa hitam itu !

Esok merupakan hari pertamaku di sekolah baru. Mujur aku dapat berpindah ke sekolah baru dalam kadar segera atas bantuan ibu saudaraku. Aku juga telah berpindah terus ke rumahnya di Kuala Lumpur ini. Esok merupakan hari baru untukku, jadi lupakan kisah lalu. Itu tekadku !

“Mia, esok pergi sekolah naik apa ?”sapa mak longku ketika aku sedang berkhayal di dalam bilik tidur.

“Sekolah dekat je kan ? Jalan kaki je lah.”balasku selamba.

“Mia,KL ni bahaya sikit. Tak macam dekat  sekolah lama Mia. Mak long hantarlah besok ya,”

“Kita tak kisah asalkan tak menyusahkan,”

“Ye lah, dah pergi tidur. Tak payah nak ingat cerita tu lagi. Buat serabut je,”ujar mak long seraya berlalu pergi. Tiba-tiba setitis air mataku jatuh tanpa aku tahu mengapa. Segera aku mengesatnya dan merebahkan diri di atas tilam empukku.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.