novel : hey, my dairy ! 5




Aku duduk bersendirian di beranda bilikku. Panas yang teramat membuatkan aku mengambil keputusan untuk duduk di beranda. Hajat di hati ingin menyejukkan badan. Namun angin yang berhembus sedikit pun tidak menyamankan. Seolah-olah angin yang bertiup membawa bahang panas. Aku terus mengipas leherku dengan tangan.

“Oi Mina !”tersentakku apabila disergah tiba-tiba. Aku segera mengurut dada dan terus menalakan pandangan ke arah punca suara. Hish, mamat ni nampak je aku dekat mana. Tapi mestilah dia akan nampak sebab aku kan chubby sikit. Eh, chubby banyak !

“Kau nak mende ?”

“Turun lah ! Kita dating macam selalu,”dating ? Wekkk ! Malas betul lah aku nak lepak dengan dia malam ni.

“Malaslah ! Bosan aku tengok muka kau 24 jam. Cubalah bagi aku aman sikit tanpa kau,”ucapku selamba.

“Jomlah ! Aku bosan lah,”aik, masa bosan baru nak cari aku !

“Bosan kau punya pasal lah ! Pergi lah mesej awek kau sana,”balasku bersahaja.

“Oi ! Kau ni apa hal ? Kau dah lupa ke aku ni kan dah single dan available ! Hampeh punya diary,”haih ! Tak payah lah nak sebut available tu kuat-kuat. Selekeh je ! Omelku dan seraya itu mencebik.

“Mina, turunlah. Kalau tak, aku naik atas sana !”ceit, main ugut-ugut pulak ! Ingat aku kisah ?

“Macam berani !”selamba saja aku menjawab namun sudah tiada sahutan daripada Amir. Dah blah lah tu ! Cakap je lebih. Aku membebel dalam hati dan kembali ke tempat dudukku. Sedang aku mengelamun, tiba-tiba aku ternampak seperti kepala orang yang sedang menjengah di balik tembok beranda ku. Apa tu ? Pencuri ke ? Tapi baru pukul 9 kot. Habis kalau bukan pencuri apa ?

“Argh ! Tolong pencuri !!!”senyaring mungkin aku menjerit dan terus menerpa ke pintu bilikku. Namun belum sempat tanganku menggapai tombol pintu, tiba-tiba namaku dipanggil.

“Oi Mina ! Kau nak pergi mana ? Penat aku memanjat macam beruk, kau nak blah macam tu je ? Lepas tu, boleh pulak panggil aku pencuri ! Muka aku yang macho ni, ada gaya pencuri ke ?”eh suara tu ? Suara Amirkan ? Seraya itu aku berpaling dan terlayar wajah Amir yang sedang tersengih.

“Kau ni gila ke apa ? Kau tahu tak aku cuak nak mati tadi. Aku ingatkan pencuri, rupanya kau ! Kalau aku ada sakit jantung, dah ‘jalan’ dah !”bebelku sambil menumbuk lengan Amir sekuat hati. Amir hanya ketawa kecil sebelum dia memanjat tembok berandaku dan duduk berjuntaian kaki di situ. Eh, macam best je ! Nak join lah.

“Kau lah gila ! Tadi kau jugak cabar aku suruh naik, bila aku dah naik kau cakap aku pencuri. Lagipun mana lah ada pencuri pukul 9 malam macam ni. Tapi kalau pencuri hati tu mungkin ada,”ucap Amir sebelum tersenyum. Apa jadahnya mamat ni berbual ? Getus hatiku kemudian menggaru kepala yang tidak gatal.

“Kau cakap aku gila ? Aku tolak kau kang, memang cium tanah tu tahu tak !”ucapku sambil mengunjuk ke arah tanah di tingkat bawah.

“Tak nak aku kalau cium tanah, kalau cium kau okay jugak !”selamba saja Amir menjawab sambil tersenyum lebar. Mendengarkan bicara Amir itu, aku terus menumbuk lengannya. Aku terdengar dia mengaduh !

“Sakitlah !”omel Amir sambil mencubit lenganku. Amboi dia ni ! Sesedap rasa je cubit kita ! Kalau aku tolak dia ni memang cium tanah tau, badan dah lah sekeping.

“Aku terajang jugak kau ni ! Sakit lah,”marahku sambil mengusap lenganku yang sakit di cubit Amir.

“Sorry !”pinta Amir sambil mengusap lenganku yang dicubit tadi. Ei, mamat ni kan !

“Kau apa hal pegang aku ni ! Haram !”marahku sambil mengengsot menjauhi Amir.

“Eh, lupa pulak ! Sorry,”aku hanya mencebik mendengar ucapan daripada mulut Amir dan terus mengadap dada langit.

Lama suasana menyepi antara kami. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

“Mina, kau pernah bercinta ?”erk~ terkesimaku seketika apabila ditanya soalan cepu emas sebegitu.

“Tak, selekeh je !”aku ni sebenarnya allergic sikit dengan perkataan cinta-cinta ni. Terasa macam nak termuntah pulak.

“Ceh, tak laku lah tu,”perli Amir sebelum ketawa lepas. Aku terus mencubit lengannya dengan geram.

“Kau cakap baik sikit. Tak pasal makan kaki !”

“Kenapa kau tak bercinta ?”eh, dia ni apa hal ?

“Suka hati mak tiri nenek aku punya laki lah !”geram pulak aku bila asyik di soal sebegitu.

“Eh, kau suka tak kawan dengan aku ?”sekali lagi aku menjadi pelik.

“Bolehlah setakat hilangkan bosan,”selamba aku menjawab sambil mata masih ku talakan di dada langit.

“Aku suka gila kawan dengan kau wei ! Kau open-minded, kelakar. Rasa happy je aku kalau dekat dengan kau,”huh ! Baru tahu ke ? Ceit, kembang pulak aku ni.

“You know me yeahh !”balasku sambil ketawa senang.

“Mina, sudi tak…”nada Amir telah berubah ke ton lembut. Dadaku pula sudah berubah rentak. Dup dap dap dup. Eh, apasal jantung aku ni ? Be normal okay !

“Sudi tak.. err~”cakap je lah mangkuk ! Dah lah jantung aku ni dah lari timing. Omelku di dalam hati.

“Err~ sudi tak.. Jadi diary aku selamanya,”lah ! Nak cakap tu je ? Aku ingat dia nak cakap sudi tak aku jadi yang halal buat dia. Macam ayat Awal masa lamar Scha dekat propaganza tu. Tapi rupa-rupanya, jauh panggang dari apa. Eh, aku ni kenapa ? Tak mungkin aku dah suka mamat selenge ni ! Tak mungkin ! FULLSTOP !

“Tak !”aku dapat lihat riak muka Amir berubah.

“Aku tak sudi sebab asyik aku jadi diary kau, aku nak ada diary jugak,”balasku dan kemudian disambut dengan gelak tawa Amir.

“Oh, okay ! Kita jadi diary sesama sendiri selamanya ?”tanya Amir dan aku hanya mengangguk. Pandangan terus ku talakan ke arah bintang dan bulan di dada langit, begitu juga Amir. Di bibir masing-masing terukir satu senyuman.

“Mina nak dengar satu lagu tak ?”pertanyaan Amir itu, aku jawab dengan anggukan.

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu,
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu.
Jika engkau minta satu dunia akan ku coba,
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.

Hati ini bukan milikku lagi,
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu.
Sayangkan jangan kau persoalkan siapa di hatiku,
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.

Lagu Yuna yang dinyanyikan oleh Amir pada awalnya telah mendesak hatiku untuk menyanyi sekali. Terasa best pulak lepak dengan Amir malam ini. Saat lagu itu habis kami nyanyikan, kedengaran ramai yang bertepuk tangan.

“Ramai jugak ek peminat kita,”ucapku sambil tersenyum bangga pada Amir di sisi. Eh, peminat ? Bukan aku dengan Amir je ke dekat atas ni ? Seraya itu aku memandang ke bawah, dan kelihatan begitu ramai manusia di situ. Aku mimpi ke apa ni ? Getus hatiku dan terus menampar mukaku. Eh, real lah ! Mati aku.

“Oi Pontianak ! Turun cepat !”jerit bapa Amir daripada bawah. Orang ramai yang berada di situ hanya tersenyum nakal. Argh ! Gasak aku malam ni. Sekali lagi aku memandang sekeliling, ramailah gila ! Macam satu taman je dok keluar semata-mata nak tengok drama antara aku dan Amir. Drama ? Drama jadahnya, ni bukan drama tetapi kenyataan ! Malu,malu !!

“Amir, Mina turun sekarang !”abah bersuara tegas, mesti abah mengamuk malam ni. Seraya itu aku terus melompat turun ke bawah. Walaupun tingginya tidak seberapa, tetapi cukup membuatkan tapak kaki ku kebas. Sesaat kemudian Amir turut berdiri di sisiku. Ni semua salah Amir, kalau dia tak gedik naik tadi, semuanya tak jadi macam ni. Tapi kalau aku tak layan tak jadi jugak kan ? Argh ! Semua ni salah Amir ! FULLSTOP !!

“Masuk sekarang,”arah abah. Aku dan Amir beriringan masuk ke dalam rumahku. Aku kehairanan sedikit apabila terpandang ibu bapa Amir berada di dalam rumahku. Sejak bila kami berkongsi rumah ni ? Ei, selisih !

p/s..
please komen pasal latest novel ni okay ! if, korang rasa TAK best.. aku akan stop dan delete cerita ni.. need ur opinion ! :)

Comments

Filya said…
waaa, best pulak ! xD

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.