novel : hey, my dairy ! 5
Aku duduk
bersendirian di beranda bilikku. Panas yang teramat membuatkan aku mengambil
keputusan untuk duduk di beranda. Hajat di hati ingin menyejukkan badan. Namun
angin yang berhembus sedikit pun tidak menyamankan. Seolah-olah angin yang
bertiup membawa bahang panas. Aku terus mengipas leherku dengan tangan.
“Oi Mina
!”tersentakku apabila disergah tiba-tiba. Aku segera mengurut dada dan terus
menalakan pandangan ke arah punca suara. Hish, mamat ni nampak je aku dekat
mana. Tapi mestilah dia akan nampak sebab aku kan chubby sikit. Eh, chubby
banyak !
“Kau nak mende
?”
“Turun lah !
Kita dating macam selalu,”dating ? Wekkk ! Malas betul lah aku nak lepak dengan
dia malam ni.
“Malaslah ! Bosan
aku tengok muka kau 24 jam. Cubalah bagi aku aman sikit tanpa kau,”ucapku
selamba.
“Jomlah ! Aku
bosan lah,”aik, masa bosan baru nak cari aku !
“Bosan kau
punya pasal lah ! Pergi lah mesej awek kau sana,”balasku bersahaja.
“Oi ! Kau ni
apa hal ? Kau dah lupa ke aku ni kan dah single dan available ! Hampeh punya
diary,”haih ! Tak payah lah nak sebut available tu kuat-kuat. Selekeh je !
Omelku dan seraya itu mencebik.
“Mina,
turunlah. Kalau tak, aku naik atas sana !”ceit, main ugut-ugut pulak ! Ingat
aku kisah ?
“Macam berani
!”selamba saja aku menjawab namun sudah tiada sahutan daripada Amir. Dah blah
lah tu ! Cakap je lebih. Aku membebel dalam hati dan kembali ke tempat dudukku.
Sedang aku mengelamun, tiba-tiba aku ternampak seperti kepala orang yang sedang
menjengah di balik tembok beranda ku. Apa tu ? Pencuri ke ? Tapi baru pukul 9
kot. Habis kalau bukan pencuri apa ?
“Argh ! Tolong
pencuri !!!”senyaring mungkin aku menjerit dan terus menerpa ke pintu bilikku.
Namun belum sempat tanganku menggapai tombol pintu, tiba-tiba namaku dipanggil.
“Oi Mina ! Kau
nak pergi mana ? Penat aku memanjat macam beruk, kau nak blah macam tu je ?
Lepas tu, boleh pulak panggil aku pencuri ! Muka aku yang macho ni, ada gaya
pencuri ke ?”eh suara tu ? Suara Amirkan ? Seraya itu aku berpaling dan
terlayar wajah Amir yang sedang tersengih.
“Kau ni gila ke
apa ? Kau tahu tak aku cuak nak mati tadi. Aku ingatkan pencuri, rupanya kau !
Kalau aku ada sakit jantung, dah ‘jalan’ dah !”bebelku sambil menumbuk lengan
Amir sekuat hati. Amir hanya ketawa kecil sebelum dia memanjat tembok berandaku
dan duduk berjuntaian kaki di situ. Eh, macam best je ! Nak join lah.
“Kau lah gila !
Tadi kau jugak cabar aku suruh naik, bila aku dah naik kau cakap aku pencuri.
Lagipun mana lah ada pencuri pukul 9 malam macam ni. Tapi kalau pencuri hati tu
mungkin ada,”ucap Amir sebelum tersenyum. Apa jadahnya mamat ni berbual ? Getus
hatiku kemudian menggaru kepala yang tidak gatal.
“Kau cakap aku
gila ? Aku tolak kau kang, memang cium tanah tu tahu tak !”ucapku sambil
mengunjuk ke arah tanah di tingkat bawah.
“Tak nak aku
kalau cium tanah, kalau cium kau okay jugak !”selamba saja Amir menjawab sambil
tersenyum lebar. Mendengarkan bicara Amir itu, aku terus menumbuk lengannya. Aku
terdengar dia mengaduh !
“Sakitlah
!”omel Amir sambil mencubit lenganku. Amboi dia ni ! Sesedap rasa je cubit kita
! Kalau aku tolak dia ni memang cium tanah tau, badan dah lah sekeping.
“Aku terajang
jugak kau ni ! Sakit lah,”marahku sambil mengusap lenganku yang sakit di cubit
Amir.
“Sorry !”pinta
Amir sambil mengusap lenganku yang dicubit tadi. Ei, mamat ni kan !
“Kau apa hal
pegang aku ni ! Haram !”marahku sambil mengengsot menjauhi Amir.
“Eh, lupa pulak
! Sorry,”aku hanya mencebik mendengar ucapan daripada mulut Amir dan terus mengadap
dada langit.
Lama suasana
menyepi antara kami. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Mina, kau
pernah bercinta ?”erk~ terkesimaku seketika apabila ditanya soalan cepu emas
sebegitu.
“Tak, selekeh
je !”aku ni sebenarnya allergic sikit dengan perkataan cinta-cinta ni. Terasa
macam nak termuntah pulak.
“Ceh, tak laku
lah tu,”perli Amir sebelum ketawa lepas. Aku terus mencubit lengannya dengan
geram.
“Kau cakap baik
sikit. Tak pasal makan kaki !”
“Kenapa kau tak
bercinta ?”eh, dia ni apa hal ?
“Suka hati mak
tiri nenek aku punya laki lah !”geram pulak aku bila asyik di soal sebegitu.
“Eh, kau suka
tak kawan dengan aku ?”sekali lagi aku menjadi pelik.
“Bolehlah
setakat hilangkan bosan,”selamba aku menjawab sambil mata masih ku talakan di
dada langit.
“Aku suka gila
kawan dengan kau wei ! Kau open-minded, kelakar. Rasa happy je aku kalau dekat
dengan kau,”huh ! Baru tahu ke ? Ceit, kembang pulak aku ni.
“You know me
yeahh !”balasku sambil ketawa senang.
“Mina, sudi
tak…”nada Amir telah berubah ke ton lembut. Dadaku pula sudah berubah rentak.
Dup dap dap dup. Eh, apasal jantung aku ni ? Be normal okay !
“Sudi tak..
err~”cakap je lah mangkuk ! Dah lah jantung aku ni dah lari timing. Omelku di
dalam hati.
“Err~ sudi
tak.. Jadi diary aku selamanya,”lah ! Nak cakap tu je ? Aku ingat dia nak cakap
sudi tak aku jadi yang halal buat dia. Macam ayat Awal masa lamar Scha dekat
propaganza tu. Tapi rupa-rupanya, jauh panggang dari apa. Eh, aku ni kenapa ?
Tak mungkin aku dah suka mamat selenge ni ! Tak mungkin ! FULLSTOP !
“Tak !”aku
dapat lihat riak muka Amir berubah.
“Aku tak sudi
sebab asyik aku jadi diary kau, aku nak ada diary jugak,”balasku dan kemudian
disambut dengan gelak tawa Amir.
“Oh, okay !
Kita jadi diary sesama sendiri selamanya ?”tanya Amir dan aku hanya mengangguk.
Pandangan terus ku talakan ke arah bintang dan bulan di dada langit, begitu
juga Amir. Di bibir masing-masing terukir satu senyuman.
“Mina nak
dengar satu lagu tak ?”pertanyaan Amir itu, aku jawab dengan anggukan.
Jika engkau minta intan
permata tak mungkin ku mampu,
Tapi sayangkan ku
capai bintang dari langit untukmu.
Jika engkau minta
satu dunia akan ku coba,
Ku hanya mampu jadi
milikmu pastikan kau bahagia.
Hati ini bukan
milikku lagi,
Seribu tahun pun
akan ku nantikan kamu.
Sayangkan jangan kau
persoalkan siapa di hatiku,
Terukir di bintang
tak mungkin hilang cintaku padamu.
Lagu Yuna
yang dinyanyikan oleh Amir pada awalnya telah mendesak hatiku untuk menyanyi
sekali. Terasa best pulak lepak dengan Amir malam ini. Saat lagu itu habis kami
nyanyikan, kedengaran ramai yang bertepuk tangan.
“Ramai
jugak ek peminat kita,”ucapku sambil tersenyum bangga pada Amir di sisi. Eh,
peminat ? Bukan aku dengan Amir je ke dekat atas ni ? Seraya itu aku memandang
ke bawah, dan kelihatan begitu ramai manusia di situ. Aku mimpi ke apa ni ?
Getus hatiku dan terus menampar mukaku. Eh, real lah ! Mati aku.
“Oi
Pontianak ! Turun cepat !”jerit bapa Amir daripada bawah. Orang ramai yang
berada di situ hanya tersenyum nakal. Argh ! Gasak aku malam ni. Sekali lagi
aku memandang sekeliling, ramailah gila ! Macam satu taman je dok keluar
semata-mata nak tengok drama antara aku dan Amir. Drama ? Drama jadahnya, ni
bukan drama tetapi kenyataan ! Malu,malu !!
“Amir,
Mina turun sekarang !”abah bersuara tegas, mesti abah mengamuk malam ni. Seraya
itu aku terus melompat turun ke bawah. Walaupun tingginya tidak seberapa,
tetapi cukup membuatkan tapak kaki ku kebas. Sesaat kemudian Amir turut berdiri
di sisiku. Ni semua salah Amir, kalau dia tak gedik naik tadi, semuanya tak
jadi macam ni. Tapi kalau aku tak layan tak jadi jugak kan ? Argh ! Semua ni
salah Amir ! FULLSTOP !!
“Masuk
sekarang,”arah abah. Aku dan Amir beriringan masuk ke dalam rumahku. Aku
kehairanan sedikit apabila terpandang ibu bapa Amir berada di dalam rumahku.
Sejak bila kami berkongsi rumah ni ? Ei, selisih !
p/s..
please komen pasal latest novel ni okay ! if, korang rasa TAK best.. aku akan stop dan delete cerita ni.. need ur opinion ! :)
Comments