novel : hey, my diary ! 10




Sudah hampir 2 jam rasanya aku berada di dalam kedai buku IH Book Centre ni. Naik muak pekerja dekat situ tengok muka aku agaknya. Mesti mereka cakap dalam hati ‘Minah comel ni tak reti blah ke ?’. Eh, suka hati kita lah !

Aku terus duduk di antara rak-rak yang memaparkan novel-novel terbaru. Banyak nya lah ! Mana sempat nak baca semua sinopsis ni ! Ceh, nak beli satu je. Tapi dia punya lama tu tak boleh tahan ! Hey, cukuplah satu. Kang pokai duit aku untuk makan. Huh !
Setelah penat aku menimbang, menilik dan membelek kesemua novel di situ, tanganku terus mengambil novel Suami Aku Ustaz. Macam syok je ! Konpem best ni. Aku membebel sendiri dan berlalu ke kaunter pembayaran.

“Eh, awak ni Mina ya ?”aik, macam mana cashier ni boleh tahu nama aku ? Aku ni bukannya famous macam ‘retis’ pon. Entah-entah aku ni memang famous tanpa aku sedari kot. Err~ Perasan !

“Ya, kau siapa ek ?”tanyaku selamba dan terus meneliti muka cashier itu. Macam kenal tapi macam tak kenal. Eh, siapa ek ?

“Aku Irfan lah,”Irfan ? Irfan mana ek ? Hish, kepala otak ! Cepatlah kau generate, sejak bila kau jadi lembab ni ? Argh !

“Oh, Irfan. Irfan Hakimi kan ?”akhirnya kini pasti ! Itulah gerangan nama dia. Aku ingat sudah ! Bekas kawan sekolah menengah aku. Seorang atlet bola sepak sekolah yang amat hensem lagi tough ! Tapi tak akan lah dia jadi cashier dekat sini.

“Ingat jugak kau ek ? Terharu ni !”ucap Irfan sambil mengesat peluput matanya. Konon touching lah tu ! Sepak jugak kang.

“Ceit, eh kau kerja sini ke ?”soalku lagi.

“Kenapa kalau aku kerja sini ?”Irfan menyoalku kembali. Aku terus tersenyum nakal.

“Boleh lah aku suruh kau bekalkan novel terbaru untuk aku kan ? Huwaa.. Bestnya !”aku sudah meloncat-loncat gembira. Perangai sebijik macam budak 4 tahun dapat lollipop.

“Aku owner bookcentre ni. Setakat bekalkan novel untuk kau, apalah sangat kan ?”hah ? Owner book centre ni ? Gila gempak ! Kejap, apa nama kedai ni ? Seraya itu aku melangkah keluar daripada kedai buku tersebut lalu membaca papan tanda yang terletak di atas pintu utama kedai itu.

“IH stand for Irfan Hakimi ?”soalku separuh menjerit kepada Irfan yang berada di bahagian cashier. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Ceh, impian aku tu nak buka kedai buku sendiri. Last-last Irfan yang bukak.

“Wah ! Bangga pula aku ada kawan macam kau,”ujarku dengan mata bersinar-sinar.

“Kau tak payah buat muka comel lah ! Eh, jom minum. Aku belanja,”laju saja aku mengangguk apabila mendengar ayat akhir Irfan. Orang tua-tua kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. So, rebutlah peluang ini !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku bernyanyi kecil sambil tanganku leka menaip mesej untuk Irfan. Semenjak pertemuan kami seminggu lalu, kami selalu berhubung melalui telefon bimbit.

“Oi Mina, dengan siapa kau bermesej tu ? Amir ke ?”tersedakku apabila terdengar nama Amir. Hish, ibu ni ! Macam tak tahu je aku dah tak contact Amir sebab aku dah lost contact dengan dia sejak dia pindah. Ni yang ibu sebut-sebut nama mamat tu pulak kenapa ? Malas lah aku ! Ada benda lah tu dia nak cakap fasalaku dengan Amir.

“Tak lah. Orang mesej dengan Irfan,”selamba saja aku menjawab. Di saat itu juga aku dapat rasakan muka ibu merah. Telinganya berasap. Eh, tipu-tipu ! Tak adalah sampai berasap.

“Siapa Irfan ? Kau jangan nak buat hal Mina. Kau tu tunang si Amir, yang kau dok melayan lelaki lain kenapa ? Mana cincin kau ?”marah sungguh ibu. Aku hanya menggaru yang tidak gatal. Dua masalah timbul serentak. Satu, ibu dah salah faham antara aku dengan Irfan. Dua, mana aku letak cincin aku ek ?

“Eh, Irfan tu kawan sekolah orang dulu lah bu,”

“Nak kawan tu boleh, tapi jangan nak lebih-lebih. Ingat kau tu tunang si Amir tu. Hah ! Mana cincin kau ?”eleh, entah-entah Amir pun dah ada awek dekat tempat dia kerja sekarang.

“Mana cincin kau ?”tanya ibu lagi.

“Oh, dah buang. Eh, tak.. tak ! Orang tak pakai sebab mandi tadi,”hish mulut ni ! Tak ada tapisan betul. Kalau kantoi hilang tadi macam mana ? Jenuh aku nak dengar bebelan ibu yang mengalahkan nenek kebayan tu. Huish, tak sanggup beta !

“Kau betul ke ni ? Entah-entah dah hilang,”ibu seolah-olah dapat menghidu pembohongan ku. Argh, gasak !

“Err~ betullah. Ada dekat dalam bilik. Nanti orang pakai lah. Bu, orang nak buang air lah,”

“Nak buang air pon cakap dekat orang. Pergi repot polis sana,”repot polis bu ? Jangan macam-macam, orang buat betul-betul, haru hidup nanti. Confirm masuk paper tajuk depan. “SEORANG BUDAK COMEL MENELEFON BALAI POLIS UNTUK MEMAKLUMKAN DIA INGIN BUANG AIR”. Fuh ! Gempak. Mesti penuh kedai Pak Semin esok pagi. Untung dia. Huh ! Apa jadahnya aku berangan ni ? Baik blah sebelum ibu bukak cerita bukan-bukan. Getus hatiku lalu berlalu meninggalkan ibu di ruang tamu sendirian.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.