novel : hey, my diary ! 11



Awal pagi lagi Irfan sudah menghantar pesanan padaku untuk menemuinya di kedai buku miliknya, IH book centre. Aku hanya bersetuju memandangkan tiada aktiviti yang harus aku lakukan hari ini.

Seawal jam 11 pagi aku sudah bersiap dan memecut 125 biru ku ke kedai buku Irfan. Sesampai saja di sana, Irfan sedang mengemas kedai bukunya bersama beberapa orang pekerja di situ. 
Memang menjadi kebiasaan mereka untuk mengemas serba sedikit sebelum membuka kedai. Aku yang pada mulanya hanya memerhati turut menghulurkan bantuan.

Setelah selesai segala kerja pembersihan, aku diminta oleh Irfan untuk menunggunya di dalam pejabat. Irfan ada urusan yang perlu diuruskan dengan segera. Aku terus menolak perlawaan Irfan itu kerana aku masih ingin membelek novel-novel yang berada di situ. Irfan hanya membiarkanku.
Sedang aku ralit membaca sinopsis novel di tangan dengan penuh minat, tiba-tiba muncul satu suara daripada arah belakang.

“Kalau suka, ambik,”terkejut bukan kepalang aku jadinya. Hish, serta-merta aku berpaling ke belakang. Aku terus menelek wajah di hadapanku kini. Dia hanya menyengih menayang baris giginya.

“Eh, kau siapa ek ?”soalku setelah tidak dapat mengecam siapakah makhluk itu. Siapa yang tak kenal aku, budak comel yang pelupa.

“Oi, wake up lah Mina ! Kau tak kenal aku ? Aku Amir lah ! Diary kau !”ya Allah, serious ni Amir ? Apasal muka dia berubah gila ? Kalau dulu macam mamat Bangla, tapi sekarang macam mamat Korea. Hish, serious ke ni ?

“Kau jangan nak kelentong aku lah ! Amir dekat Korea lagi. Kau nak culik aku ek ? Aku ada silat tau. Mati kau nanti !”ujarku dengan muka sedikit cuak. Pemuda di hadapanku hanya menyengih.

“Kau ni apahal ? Meroyan ? Hey, bangun lah Mina. Aku ni Amirlah ! Tunang kau !”aku bagai baru tersedar apabila dia sebut perkataan tunang tu. Hish, betul ke mamat ni ? Tapi mana ada orang lain tahu hal itu selain aku, Amir dan family kami. Argh, ragu-ragu ni !

“Kalau kau Amir, tunjukkan bukti ?”arahku dengan muka selamba. Seraya itu Amir menunjukkan sesuatu. Ya Allah ! Surat cinta tu ? Argh, malu !

“Puas hati ?”tanya Amir dengan nada perli.

“Err~ bila kau balik ?”tanyaku cuba menutup malu. Hish, afasaldia berubah sangat ni ? Makin hensem, nanti mesti ramai awek nak dekat dia. Huh ! Eh, aku ni apa hal ? Cemburu apa ? Selisih !

“Semalam. Eh, kau buat mende dekat sini ?”soal Amir dan terus memandang aku.

“Beli burger. Aku nak jumpa Irfan lah,”jawabku tanpa riak sambil membelek semula novel yang berada di situ.

“Irfan ? Irfan tu siapa ?”tanya Amir dengan dahi berkerut. Dia ni banyak tanyalah ! Aku wrestling jugak kang.

“Irfan Hakimi. Atlet sekolah kita dulu dan owner book centre ni,”ucapku senada. Aku dapat lihat perubahan di wajah Amir. Dia ni kenapa ? Macam nampak hantu je.

“Err~ oh. Kau ada apa-apa ke dengan dia ?”

“Hish, kau ni sibuklah ! Eh, kau sorang je ke ?”tanyaku cuba beralih topik.

“Ye lah. Tak kan nak bawak sekampung kot,”ceit ! Mengalan nampak ?

“Mengalan kuat ! Mana lah tahu kau bawak awek korea ke kan ? Boleh aku berkenalan,”ujarku sambil tersengih.

“Excuse me ! Kau ni sejak bila bertukar jantina ? Gatal sebiji macam lelaki,”amboi ! Memang nak kena ni. Seraya itu aku menyepak kaki Amir. Dia hanya menyengih kesakitan. Padan muka ! Suka sangat kacau aku.

Saat itu juga aku ternampak Irfan yang sedang melangkah masuk ke dalam kedai buku itu sambil matanya meliar. Cari aku lah tu ! Apakah aku yang chubby ni dia tak nampak ? Huh ! Segera aku menghampiri Irfan tanpa mempedulikan Amir lagi. Lantak dia lah situ !


Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.