novel : hey, my diary ! 12



Aku hanya menayang muka bosan sedari tadi. Mana tidaknya, sedari tadi Irfan dan Amir dok berbual sakan. Aku pula dibiakan terkontang-kanting. Geramnya aku !

“Mina, makan lah lagi !”ucap Irfan seraya menyedarkan aku yang sedang mengelamun.

“Daripada tadi korang suruh aku makan sampai dah macam belon badan aku yang memang chubby ni, sedangkan korang berbual. Bosan tahu tak ! Kalau aku tahu macam ni, baik aku tidur dekat rumah,”bebelku geram.Irfan dan Amir hanya ketawa sakan. Kejam lah tu !

“Sabar lah Mina. Aku dah lama tak jumpa Amir ni. Banyak story nak share ! Lagipun kita dah selalu jumpa, mesej lagi. Bagi lah aku berbual dengan Amir kejap,”saat itu aku dapat rasakan anak mata Amir menikam tepat ke mukaku. Argh, panas telinga aku nanti kalau Amir tanya macam-macam. Siapa tak tahu Amir, pengorek rahsia tegar. Huh !

“Err~ ye lah. Lepaskanlah rindu korang tu ya ! Aku nak blah,”ujarku lalu bangun menggalas beg. Tiba-tiba tangan Amir mencapai tanganku dan menyuruh aku duduk kembali. Aku terkesima melihat renungan matanya. Hish, dia ni berubah betul sejak balik daripada Korea.

“Duduklah dulu. Kejap lagi balik sama aku,”hish, dia ni kenapa nak paksa aku pulak ? Aku naik motor lah cik abang oi !

“Aku naik motor lah. Terima kasih je lah,”ujarku sambil tersenyum geram. Geram sebab dia memandai pegang aku. Haram okay ! Lalu aku terus melepaskan pegangan tangannya. Irfan yang duduk di hadapan kami hanya memandang.

“Aku ada hal nak cakap dengan kau lepas ni ! Jangan nak bantah,”huh ! Dia ingat aku takut lah tu bila dia cakap macam tu. Aku tinju jugak muka dia ni.

“Aku…”bicaraku mati di situ apabila Amir mencerlung tajam ke arahku. Argh ! Geramnya aku.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

“Sejak bila kau rapat dengan Irfan ?”soalan Amir itu ku biarkan tanpa jawapan. Malas aku nak layan, buat sakit jiwa je.

“Mina, kau dengar tak ?”aku dapat mendengar nada geram yang terbit daripada bibir Amir. Aku memandang sekilas ke arah Amir sebelum melontar pandangan ke arah hadapan pula.

“Dekat 3 bulan dah,”jawabku mendatar. Amir hanya menyepi di sisiku. Dia ni kenapa senyap pulak ? Hish,  gasak dia lah.

“Mina, hari tu kau cakap apa dekat Lina ?”erk~ mati aku ! Kenapa lah dia ungkit fasaltu ? Apa aku nak jawab.

“Err~ entah,”jawabku sepatah dan terus melarikan pandangan ke arah pasangan yang sedang berpimpin tangan di hadapan.

“Mina, kau cuba cakap jujur dekat aku. Kau ni berubah betullah sekarang !”keras suara Amir menahan geram. Aku hanya membuat muka tidak ambil peduli. Lantak dia lah !

“Mina..”akhirnya aku berpaling menghadap Amir. Masing-masing membisu sejuta bahasa sebelum aku bersuara.

“Belanja aku ais krim tu ! Macam sedap je,”aku  bersuara sambil buat muka secomel mungkin. Aku lihat Amir hanya menggeleng dan terus menuju ke tempat menjual ais krim itu. Aku ditinggalkannya sendirian dan lima minit kemudian, dia menghampiriku bersama ais krim di tangan. Aku sudah terliur melihat ais krim di tangannya. Apabila Amir sudah mendekati, aku terus mengambil ais krim di tangannya.

“Huwaa ! Sedapnya…”ujarku dengan nada teruja.

“Bak sikit,”pinta Amir. Aku hanya menjeling.

“Kau kan dah ada ! Mana boleh ambik aku punya !”ucapku sambil menyembunyikan ais krim ku di belakang badan.

“Alah, boleh lah ! Aku punya perisa lain. Bak lah sikit,”minta Amir lagi dan aku terus mencebik. Mana boleh ! Aku sekeh jugak kang kepala mamat ni.

“Takk…”belum sempat aku menghabiskan ayat, Amir telah mengambil ais krim di tanganku. Argh, mamat ni memang sengaja cari masalah. Aku terus mencerlung ke arah Amir dan mengambil ais krim di tangan Amir. Namun belum sempat aku memegangnya ais krim itu telah bertepek di atas muka Amir. Tergelak besar aku apabila melihat mukanya yang comot dengan ais krim. Padan muka ! Daulat tu namanya.

“Kejam kau Mina !”aku terus mencebik lalu menjauhi Amir yang sedang masam mukanya.

“Kau lah kejam !Aku baru nak makan ais krim tu, kau dah ambik,”ucapku geram. Huh ! Sengal punya mamat.

“Membebel kau ! Eh, tunggu kejap. Aku nak pergi toilet,”aku hanya mengangguk sebelum Amir hilang daripada pandangan. Sepuluh minit kemudian Amir kembali kepadaku dengan muka yang sudah bersih. Seperti kebiasaan apabila dia nampak wajah comelku, dia akan menyengih. Aku pula hanya mencebik. Menyampah betul !

“Eh,jom pergi carik cincin,”hah ? Aku tak salah dengar ke ? Cari cincin ? Untuk apa ?

“Cari cincin untuk siapa ?”tanyaku dengan dahi berkerut. Pelik betul mamat ni.

“Untuk awek  aku lah. Dah jom cepat,”balas Amir sambil menarik tanganku. Hish, mamat ni suka betul pegang-pegang aku. Geramnya ! Seraya itu aku menarik kembali tanganku daripada pegangan Amir.

“HARAM !”aku bersuara keras sambil membuat muka. Amir hanya menyengih sambil menggaru kepala. Selenge betul !

“Sorry, dah jom !”

“Apesal ajak aku pulak ? Ajak lah awek kau ! Mana aku tahu saiz jari awek kau tu bengong,”ujarku senada. Aku lihat Amir hanya menepuk dahinya.

“Kau ni banyak bunyi lah ! Ikut je lah. Aku tahu saiz dia sama dengan kau. Chubby dia pon sebiji macam kau !”ceit, sempat lagi perli aku kan. Tahulah aku ni memang chubby banyak. Kejam lah tu.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA