novel : hey, my diary ! 13
Aku hanya
berlingkar seperti ular sawa di hadapan televisyen sambil menonton rancangan
kesukaanku, CatDog. Badanku kepenatan setelah hampir 2 jam aku ber’dating’
dengan Amir. Dia punya pasal lah mula-mula cakap nak cari cincin je, sekali dia
bawak aku pergi butik pengantin sekali. Hampeh betul ! Nasib lah dia belanja
aku makan lepas tu, kalau tak pecah lipid dia aku tumbuk. Dia ada lipid ke ?
Badan sekeping je, tapi tinggi macam galah. Huh ! Terasa kependekkan aku
apabila berdiri di sisinya.
“Oi anak
dara ! Daripada tadi kau dok melingkar je, tak reti nak tolong kat dapur ni ?
Macam mana nak kahwin ni ?”ibu sudah mengeluarkan perluru berpanduny dan tepat
mengena batang hidung aku. Aduh ! Sakit betul telinga aku. Apa kena mengena
hidung dengan telinga ? Huh !
“Siapa
yang nak kahwin ?”balasku mendatar. Aku ternampak kelibat ibu yang sedang
berdiri bercekak pinggang sambil memandang tajam ke arahku. Mati aku !
“Aku luku
juga budak ni. Kau ni kenapa ? Akhir tahun ni kan kau dah kahwin !”gulp ! Biar
betul. Akhir tahun ? Maknanya dalam umur 23 tahun ni, aku kena kahwin lah ? Eh,
tak nak aku !
“Orang tak nak kahwin lah. Calon pun tak ada
lagi tau. Mana orang nak rembat laki nanti ? Kalau mamat bangla tu ramailah,
ibu nak ke menantu bangla ?”soalku sambil membuat muka.
“Budak ni
kang aku cubit juga. Oi, tunang kau si Amir tu kan ada, buat apa nak cari
bangla. Lagipun korang patutnya kahwin 2 tahun lepas,tapi ditangguhkan sebab
korang tengah study. Sekarang ni korang dah free, bolehlah dilangsungkan,”ujar
ibu tegas. Huh ! Amir tu kan dah ada awek. Tak nak aku jadi perosak kebahagiaan
orang.
“Ibu ni,
cerita 5 tahun lepas tu tak payah nak bukak lagi. Semua tu tak kan menjadi
reality. In fact,Amir sekarang dah ada awek lain. Tadi orang yang teman dia
pergi carik cincin dan baju pengantin. Faham ? Jadi, berhentikanlah berangan ya
ibu,”ucapku lalu mencapai kunci motor. Malas aku nak berbahas pasal tu lagi
dengan ibu. Ibu bukan nak faham aku, asyik-asyik cerita tu jugak yang diungkit.
Geram pulak ! Kalau lah masa boleh diundurkan…
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
“Mina, apa
kau cakap dekat ibu sampai dia menangis-nangis datang rumah aku ?”terkejutku
apabila disergah daripada belakang secara tiba-tiba. Ibu menangis ? Aku yang
buat ? Bila ? Argh ! Apakah ini semua kerana kata-kata aku tadi ?
“Mina, kau
cakap apa dekat ibu tadi ? Sejak bila kau pandai jadi macam ni ? Dulu kau tak
pernah buat macam ni tau !”Amir terus mendesakku. Aku hanya berdiam sambil
otakku ligat berfikir. Apakah semua ini salah aku ? Aku cuma menegakkan
kebenaran. Aku tidak mahu ibu menaruh harapan yang tinggi untuk bermenantukan
Amir.
“Mina, kau
cakap cepat,”keras suara Amir sambil menarik tanganku yang sedang duduk di atas
batu tepi laut itu. Aku terus menunduk menahan sebak.
“Mina
!”terkejutku apabila Amir bersuara lantang. Sepanjang aku mengenalinya, dia
tidak pernah menengking aku. Tetapi kenapa hari ini dia berubah ?
“A.. aku
cuma cakap benda yang betul,”jawabku perlahan sambil menunduk. Aku dengar Amir
mendengus geram.
“Kau ada
bukti ke sampai kau cakap macam tu dekat ibu ?”tanya Amir lagi.
“Tadi kan
aku temankan kau pergi cari cincin dengan baju pengantin untuk awek kau !”aku
membalas geram. Dia ni kenapa ? Tadi dia juga yang suruh aku teman, tak kan dah
lupa.
“Huh !
Baik kau balik dan minta maaf dekat ibu ! Kau tahu tak kau dah berdosa sebab
buat dia menangis. Selama ini kau tak pernah jadi macam ni tau Mina, tapi hari
ini kau betul-betul berubah. Apa nak jadi dengan kau ni ?”keras suara Amir
namun volumenya tidaklah selantang tadi. Aku terus diam tidak berkutik sama
sekali.
“Mina, aku
cakap balik minta maaf sekarang !”terhenjut bahuku apabila disergah tiba-tiba.
Seraya itu aku bergerak menuju ke tempat motorku sebelum beransur pulang. Aku
dapat lihat daripada cermin sisi kereta Amir mengekori langkahku. Huh ! Nampak
sangat dia tak percayakan aku.
Sampai saja di rumah, aku terus menghampiri ibu lalu bersalam dengannya, memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata ku tadi. Sejujurnya aku teramat geram apabila ibu asyik mengaitkan aku dengan Amir. Aku tak suka bila kisah pertunangan itu diungkit.
Comments