novel : hey, my diary ! 15
You
were there to light my day,
You
were there to guide me through,
From
my days down and on,
I’ll
never stop thinking of you.
How
can I forget all that,
When
you’re the one who make me smile,
You’ll
always be apart of me,
How
I wish you were still mine.
Never
will forget the day,
How
we’ve met and came this far,
We
all know we got this feeling,
But
somehow it has to end up here.
I
know it’s me who said goodbye,
And
that’s the hardest thing to do,
Cause
you mean so much to me,
And
guide the truth from me to you.
c/o
For
all the things I’ve done and said,
For
all the hurt that I’ve cause you,
I
hope you will forgive me baby,
Cause
that wasn’t what I mean to do.
You
were there to light my day,
You
were there to guide me through,
From
my days down and on,
I’ll
never stop thinking of you.
How
can I forget all that,
When
you’re the one who make me smile,
You’ll
always be apart of me,
How
I wish you were still mine.
Aku
terjeda apabila mendengar lagu itu yang menjengah cuping telinga. Mana
datangnya lagu tu ? Radio tutup je dari tadi. Dari langit kot. Eh, apa aku
bebel ni ? Seraya itu aku menjeling ke tempat duduk hadapan. Oh, dari telefon
Amir rupanya. Sedap pulak lagunya, nak bluetooth lah.
“Wei,
bluetooth lagu tadi dekat aku,”aku bersuara tanpa memandang ke arah Amir sama
sekali. Sebaliknya aku membuang pandang ke luar tingkap kereta.
“Satu
lagu, satu kiss,”amboi ! Ambil kesempatan nampak ? Huh, lelaki ni memang miang
kan. Omelku sendirian.
“Satu
‘kick’ boleh lah !”sengaja aku menekankan perkataan ‘kick’. Biar dia tahu aku
geram. Namun sekejapan, terdengar gelak tawa Amir dan Irfan bergabung. Aku
terus menjeling geram dan terus menekup telinga. Kurang asam betul mamat dua
ekor ni.
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
“Mina,
bangunlah. Kita dah sampai ni,”terpisat-pisat aku bangun.
“Kita
dekat mana ni ?”tanyaku dalam keadaan yang masih lagi mamai.
“Dalam
bilik,”
“What
?!”seraya itu mataku membulat dan memerhatikan tubuhku. Saat aku ralit melihat
ke arah tubuhku sendiri, suara tawa yang meletus kuat menerpa gegendang
telinga. Saat itu muka ku merona merah kerana aku yakin aku telah dikenakan
oleh Amir.
“Takut
kau. Hei, aku belum gila lagi lah nak bawak kau masuk bilik,”ucap Amir apabila
tawanya kembali reda. Aku hanya menjeling geram sambil mengetap bibir. Aku
terus melangkah turun daripada kereta dan terus menghampiri Irfan yang sedang
memerhatikan kami dari jauh sambil tersengih. Mesti dia dengan Amir dah rancang
semua ni. Kejam betul !
“Dah
bangun Mina ?”soal Irfan sambil tersenyum nakal. Nampak sangat dia dengan Amir
dah rancang semuanya.
“Sibuklah
kau. Kau pergi suruh mamat poyo plus selenge tu kejut aku apa hal ?”tanpa
memandang sekeliling aku membebel geram.
“Ehem,
siapa mamat poyo plus selenge tu ?”ek~ sibuk je lah mamat ni. Aku tinju jugak
kang !
“Menyibuk
je lah. Irfan, cepatlah,”rengekku apabila Irfan masih tidak berganjak daripada
tempatnya berdiri.
“Irfan,”panggilku
lagi. Namun sedikitpun Irfan tidak menunjukkan tindak balas malah matanya terus
kaku pada suatu arah yang bertentangan dengan kami. Perlahan aku mengikut sorot
mata itu dan nun kejauhan terlayar sepasang teruna dan dara yang sedang
berjalan beriringan sambil berpegang tangan. Tiba-tiba aku dapat rasakan bahawa
perempuan itu mempunyai kaitan yang kuat dengan Irfan, adakah itu tunang Irfan ?
Tapi kenapa dia nampak mesra dengan lelaki di sisinya ? Apakah tunang Irfan
telah menduakan cinta Irfan ? Hish, macam novel pulak.
“Fan,
kau okay ke ?”suara Amir itu membuatkan aku mengalihkan pandangan ke arah Irfan
kembali. Aku dapat lihat wajah Irfan yang kian layu. Kini aku yakin bahawa
wanita itu merupakan tunang Irfan, jika tidak kenapa Irfan yang pada mulanya
gembira bertukar menjadi pasif sebegini. Kesian dia.
“Mir,
tu tunang aku. Tapi kenapa dia dengan lelaki tu ? Dia duakan kasih sayang yang
aku curah dekat dia. Kenapa tergamak dia buat macam tu ? ”aku mendengar saja
luahan hati seorang lelaki yang terluka. Hendak menyampuk ? Aku ni lembab sikit
bab-bab bercinta ni. Aku mana pernah bercinta so memang aku tak tahu apa-apa
lah.
“Sabar
Irfan. Kau kenal ke lelaki tu ? Entah-entah adik atau abang dia,”pujuk Amir
lalu matanya memandang Irfan. Aku terus berdiam diri.
“Aku
kenal lelaki tu. Tu bos dia dan aku pernah dengar cerita yang mereka ada
skandal tapi aku tak pernah ambil pusing sebab aku percayakan tunang aku tu.
But when I saw it by myself, I realize that the story is really true. How could
her ?”rintih Irfan lagi dengan nada sayu.
“Why
not kita duduk dulu. Tenangkan fikiran,”ucap Amir lagi. Irfa hanya akur dengan
arahan Amir dan aku pula terus mengekori mereka daripada belakang sambil
sesekali menjeling ke arah wanita yang didakwa merupakan tunang Irfan itu.
Dalam fikiranku berlegar pelbagai persoalan kerana aku yakin aku mengenali
wanita itu. Wanita itu yang pernah menyerangnya suatu tika dahulu.
Comments