novel : hey, my diary ! 17



“Oh bulan mana bintang, atas pucuk kayu ara, hei kawan bila sampai, marilah kita main segera. Abang datang dari laut, adik datang dari bukit, abang makan apa luak, bolehkah beri adik sedikit,”aku bernyanyi kecil sambil duduk berjuntaian kaki di atas tembok beranda bilikku.

BUKKK !

Aduh ! Siapa pulak dok baling batu ni ? Aku tinju kang. Omelku apabila sebiji batu kecil tepat mengena dahiku. Seraya itu aku memandang ke bawah.

“Abang makan lauk kari, memang nak bagi adik pon ni,”huish, menyibuk je. Aku mencebik kecil.

“Kau tak payah nak cebik-cebik lah. Aku cium kang,”erk~ seraya itu aku menekup mulutku dengan telapak tangan. Serabai betul mamat poyo plus selenge ni.

“Kau boleh tak bagi hidup aku aman satu hari ? Bosan lah aku tengok muka kau je,”bebelku geram.

“Tapi aku suka tengok muka kau. Eh, turunlah. Kita dating,”apa ? Dating ? Huh, tak ada masa aku nak ber’dating’ dengan mamat yang poyo plus selenge macam dia ni.

“Tak nak aku. Selisih je nak dating dengan kau. Dah lah annoying !”kutukku terus-terusan. Biar dia geram.

“Turunlah. Aku naik nanti,”ugut Amir. Serta-merta mindaku teringatkan peristiwa dahulu. Peristiwa di mana aku ditunangkan bersama Amir. Semuanya berpunca apabila dia memanjat beranda bilikku ini.

“Ye lah ! Aku turun ni,”akhirnya aku mengalah. Aku takut dia naik betul-betul. Tak pasal kena lagi macam dulu. Kalau dulu ditunangkan, habis kalau sekarang ? Hish, tak nak fikir !

“Macam tu lah sayang aku,”ceh ! Sempat aku mencebik lalu menjelir lidah sebelum melompat turun. Terasa sedikit bisa tapak kakiku apabila terpaksa mendarat di atas simen lebih-lebih lagi apabila terpaksa menahan tekanan daripada badanku yang bersaiz L ini. Huh !

“Kau ni lompat-lompat. Kalau patah kaki tu tadi macam mana ?”bebel pulak mamat ni. Suka hati aku lah nak melompat atau berguling sekalipun. Suka sibuk !

“Menyusahkan kau ke ?”

“Tu lah kau, aku cakap sikit kau marah. Kau tahu tak kalau kaki kau patah tadi, risau aku ni,”aik ! Siapa yang suruh dia terlebih prihatin untuk risau kan aku ? Tak ada kan ?

“Whatever,”selamba aku menjawab sambil melangkah ke arah sebatang pokok yang agak renek di hujung jalan. Dia bawah pokok itu terdapat kerusi yang disediakan. Seraya itu aku melabuhkan punggung dan sesaat kemudian Amir mengikut jejak ku dengan meletakkan punggungnya jauh beberapa inci daripada aku.

“Kau nak amende panggil aku ?”tanyaku setelah keadaan sepi antara kami.

“Tak ada apa-apa. Saja je sebab aku bosan duduk rumah,”apa ?! Bosan baru carik aku kan. Dia ni memang tak pernah berubah daripada dulu.

“Masa bosan reti pulak cari kita. Masa gembira dia buat bodoh je kan. Ingat kita ni tak ada perasaan agaknya,”sengaja aku menyindir Amir. Tiba-tiba hatiku rasa geram.

“Eh, mana ada macam gitu. Dia yang buat kita macam tu adalah. Dah lah asyik dating dengan Irfan je, sampai kita yang tunang dia ni pun dilupakan,”amboi ! Mengungkit nampak. Tapi aku rasa ini satu peluang untuk aku menjelaskan hal sebenar.

“Err~ aku nak tanya sikit ni,”ujarku sedikit gugup. Apa pasal aku berdebar tiba-tiba pulak ni ?

“Tanya apa ?”

“Err~ status tunang tu wujud lagi ke ?”

“Entah. Macam wujud sebab parents kita dah rancang yang akhir tahun ni kita nikah,”selamba saja Amir menjawab sambil matanya memandang bintang yang berkerdipan di angkasa.

“Err~ kau setuju ke ?”tanyaku lagi.

“Aku tak kisah sebab aku yakin pilihan orang tua ni biasanya tepat,”

“Tapi kan kau tahu yang kita ni tak sebulu. Kau ingat tepat ke pilihan mereka untuk kita ?”

“Fitrahnya kita memang selalu bergaduh, tapi kau ingat lagi tak masa sekolah dulu ?”tanya Amir tiba-tiba. Ingat apa ? Keningku bertaut sebelum aku menggeleng kepala.

“You’re my diary and I’m yours,”ayat tu ? Tu kan ayat dia masa hari terakhir dia tinggalkan aku untuk pindah sekolah.

“Apa kena pulak dengan tu ?”soalku bodoh.

“Aku cakap kau lembab kau marah, tapi nak cakap cerdik macam tak. Balik kau pergi bukak internet then cari dekat pak cik Google tanda-tanda dia jodoh kita,”hish, buang tebiat namanya kalau aku bukak website sebegitu. Tak pernah seumur hidup aku buat benda merepek macam tu.

“Tunggu aku dapat mimpi lah ye,”ucapku. Amir hanya menyengih dan kami terus terdiam. Mata masing-masing menatap dada langit melihat ciptaan Allah. SubhanAllah, cantiknya !

“Kau nak tahu tak, aku teringat zaman kita masa sekolah dulu. Lepak sama-sama macam ni, kau tak ingat ke ?”Amir bersuara tiba-tiba.

“Mana boleh aku lupa sebab aku selalu kena buli dengan kau. Akan ku ingat sampai mati !”aku tertawa kecil di akhir bicara.

“Ceh, kau yang selalu buli aku,”tak nak kalah betul pak cik sorang ni ! Menyampah.


Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA