novel : hey, my diary ! 18



Awal pagi lagi aku sudah menerima mesej daripada Amir. Katanya ada hal penting mengenai Irfan. Segera aku membersihkan diri lalu menelefon Amir.

“Wei, apa hal Irfan ?”soalku tidak sabar sebaik saja Amir menjawab panggilanku.

“Dia nak ke luar negara,”what ? Kenapa tiba-tiba ?

“Kenapa mengejut ?”

“Eh, nanti lah aku cerita. Sekarang ni kau dah siap belum ? Kita pergi kejar dia dekat airport. Aku dalam kereta dah ni. Cepat tau !”sepantas kilat aku memakai tudung sebelum turun ke bawah. Sempat  aku memberitahu ibu tentang kepergianku sebelum berdesup masuk ke dalam kereta Amir yang sedia menanti dengan nafas tercungap-cungap.

“Wei, kenapa sebenarnya ni ?”soalku setelah keadaan ku kembali reda. Aku menjeling sekilas pada Amir yang sedang memberikan sepenuh konsentrasi pada pemanduan. Macho jugak ek mamat poyo plus selenge ni.

“Hoi, yang kau tenung aku apa hal ? Aku tahu lah aku macho,”tersentakku apabila disergah Amir. Aku hanya mencebik menutup rasa malu yang bertamu di hati.

“Eh, mana ada aku tenung kau ! Dari tadi aku tanya, kenapa dengan Irfan ?”aku terus menukar topik perbualan serta-merta.

“Sebab tunang dia semalam tu. Family dia tetap paksa dia untuk kahwin dengan tunang dia yang curang tu kalau dia tak dapat cari orang lain masa majlis nanti,”aku terjeda seketika. Apakah ? Mana boleh macam tu, kesian Irfan.

“Err~ kenapa family dia buat macam tu ?”soalku lagi ingin tahu.

“Mungkin family dia tak nak dapat malu sebab kad jemputan dah diedarkan,”terang Amir lagi sambil matanya menatap jalan raya. Aku terus membisu kerana memikirkan masalah Irfan, kawan baik aku.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

“Aku tak boleh lah Mina, Amir ! Mana aku nak cari pengganti perempuan curang tu ?”aku dan Amir sudah kematian kata apabila Irfan berkata begitu. Macam mana ni ? Nak tolong Irfan cari kan pengganti tunang dia tu, aku mana lah ada kawan perempuan.

“Habis tu kau sure nak blah ni ?”tanya Amir sambil mengangkat keningnya. Irfan terus menganggukkan kepalanya.

“Err~ aku ada satu idea. Tapi melibatkan kita bertiga lah terutama Mina,”ucap Amir perlahan. Aku terus memusatkan pandangan ke arah Amir. Apa lagi yang mamat ni fikir ? Dah lah melibatkan aku sekali tu.

“Apa dia ?”soalku bila Amir menyepi terus.

“Err~ kau dengan Irfan kahwin,”

 “WHATT ?!” mak aih ! Betul ke apa yang aku dengar ni ? Aku dah pekak ke ? Seriously apa yang Amir ni bebel ?

“Kau jangan main-main Mir. Ini bukan benda yang boleh dibawa main ! Huh !”Irfan mendengus geram dengan bicara Amir. Aku juga terasa seperti nak meletup je sekarang ni. Dia ingat aku ni tak ada perasaan ke ? Suka suki hati dia je nak suruh aku kahwin.

“Aku serious ni. Kalau itu boleh buat kau tak jadi blah,”ucap Amir terus-terusan dengan wajah serius. Aku pula terus terdiam sedari tadi. Kepala aku berpinar-pinar seketika memikirkan bicara Amir itu tadi.

“Mina !!!”berbalam-balam pandanganku tiba-tiba serta terdengar jeritan Amir dan Irfan sebelum semuanya gelap.


Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA