novel : hey, my diary ! 1



“Asalamualaikum Mina !” suara orang memberi salam sedikit menganggu tidurku. Dengan malas aku mencelikkan mata.

“Mina oh Mina !”adoi ! Siapa lah yang dok mengacau aku pagi-pagi buta ni ? Perlahan aku turun dari katil.

“Mina !”hish ! Aku luku jugak kang kepala orang ni. Tak reti sabar betul.

“Sat lah !”jeritku geram. Apabila aku membuka pintu rumah, terserlah wajah Amir yang sedang menyengih.

“Oi, anak dara pemalas ! Baru bangun tidur ?”aku menjeling geram ke arah Amir. Ceh ! Dia dah dok mengacau tidur aku, lepas tuh nak peril-perli aku pulak kan. Tak pasal kena wrestling !

“Banyak bunyik pulak kau ! Kau nak apa pagi-pagi buta macam ni ? Mengacau tidur aku je !”marahku geram.

“Pagi jendul kau ! Dah pukul 11 ni cik Mina oi !”aku mengajuk setiap ayat yang terbit daripada mulut Amir.

“Apa-apalah ! Apa hal kau sebenarnya ni ?”

“Err~ aku nak mintak tolong sikit lah..”ucap Amir sambil menyengih. Aku sudah mencerlung ke arahnya. Kejut aku daripada tidur, semata-mata nak mintak tolong ? Memang nak kena wrestling mamat ni.

“Kau ni memang menguji kesabaran aku tau. Aku lepuk jugak kang ! Eh, kau nak mintak tolong mende ?”

“Tolong tuliskan surat cinta untuk Huda,”aku sudah menepuk dahi. Apalah malang nasib aku sebab kenal dengan mamat ni ?

“Kau ni kan memang saja nak kena flying kick tahu tak !”aku sudah menahan geram yang amat.Amir hanya menyengih.

“Oi Amir, apa kau buat dengan Mina tu ? Dating ?”terkedu aku seketika apabila terdengar satu suara menegur kami. Aku terus melarikan pandangan ke arah pemilik suara itu. Bapak Amir ? Huh ! Annoying betul ! Bapak dia ni suka sangat kaitkan aku yang comel ni dengan anak dia yang poyo ni.

“Eh, aku blah dulu lah ! Tapi jangan lupa surat tuh. Nanti dah siap hantar dekat rumah aku okay !”belum sempat aku membalas, Amir sudah berdesup masuk ke dalam rumahnya. Mentang-mentang rumah dia depan rumah aku. Kejap je hilang !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Ke hadapan Huda yang amat cun lagi comel,

Hai Huda, sebenarnya kehadiran surat ini bagi menggantikan diri saya untuk menyampaikan hasrat yang sekian lama terpendam di jiwa. Huda, sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Jadi, boleh tak saya nak couple dengan awak ?

Huda,

Kalau awak jadi bunga, saya jadi kumbangnya. Kalau awak jadi bintang,saya akan jadi bulan. Kalau awak jadi beruk, saya rela menjaganya.

Sekian dari saya, Amir yang machuss. Harap awak terima saya !
-143-

Aku sudah ketawa terbahak-bahak apabila membaca surat cinta Amir itu. Dia ni tengok macam poyo tapi sekali bermadah pujangga, nak tercabut bulu hidung aku ! Aku rasa sudah masuk kali ke-8 aku dok bantai gelak. Gila lah aku punya kawan ni ! Kalau si Huda ni tolak, memang harulah hidup Amir lepas ni. Eh bukan hidup Amir je haru, hidup aku akan turut sama terjejas. Aku kan diary dia, jadi confirm-confirm aku akan jadi tempat dia mencurahkan isi perut dia. Oh tak sanggup ! Semoga Huda terima dia.

“Assalamualaikum Amir !”aku memberi salam dihadapan rumah Amir. Sesaat kemudian, muncul Amir dengan sengihan bak kambing nenek aku. Aku terus menghulurkan surat yang sudah aku tulis semula. Dia terus tersenyum.

“Dah siap ? Wah ! Ni yang aku sayang kau lebih ni,”bengong punya kawan ! Bila aku dah tolong, baru nak sayang aku, kalau tak jangan haraplah ! Nasiblah dapat kawan macam ni.

“No prob bro, asalkan kau belanja aku dekat sekolah ! By the way, ayat kau sedap sampai aku rasa bulu hidung aku boleh tercabut sehelai demi sehelai,”ucapku dan berlalu tanpa perasaan.

“Okay ! Aku janji. Sayang kau lebihlah !”ketika aku sudah tiba di muka pintu rumahku,aku terdengar Amir menjerit. Gila lah budak ni.

“Ehem !”eh ? Mati aku abah dengar apa yang Amir cakap. Lepas ni syoklah aku kena bahan dengan bapak aku !

“Sayang ye ?”muka aku dah terasa panas apabila abah bersuara. Segera aku melarikan diri ke dalam bilik. 

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.