novel : hey, my diary ! 2



Awal pagi lagi aku sudah tiba di perkarangan sekolah,  saat itu belum ramai pelajar yang hadir. Aku terus mengambil keputusan untuk membelek-belek buku kimia di tangan.

“Nak test carbon dioxide, guna lime water. Nak test ammonium guna litmus paper. Betul ke?”aku membebel sendirian sambil mengingat semula jenis-jenis ujian untuk menentukan kehadiran gas.

Ketika aku sedang ralit dengan buku di tangan, tiba-tiba anak mataku tertancap pada wajah Amir yang berada di kantin sekolah. Aku ingin memanggilnya tetapi apabila melihat wajahnya yang muram, aku hanya membatalkan niat untuk menegurnya.

“Hish, pagi-pagi buta dah masam. Mana rezeki tak lari,”omelku dan terus menutup buku di tangan. Sejurus kemudian aku merapati kawanku yang telah sampai. Hal Amir aku ketepikan dahulu. Nanti mesti aku tahu punya ! Aku kan diary dia, so mesti dia akan meluahkan perasaan dekat aku.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

“Kau tak tahu Mina macam mana perasaannya ditolak mentah-mentah ! Marah ada, geram ada, sayang ada. Uwaaaa !”hish mamat ni. Apa fasal lah dia pergi meraung macam aku tengah rogol dia ? Aku terajang jugak kang !

“Woi,kau kenapa ? Meroyan ? Apa fasal kau meraung macam aku rogol kau ? Aku sepak jugak nanti !”ujarku geram. Namun semakin kuat raungan Amir.

“Kau tak pernah bercinta, so kau tak akan faham macam mana perasaannya ditolak !”amboi ! Mentang-mentang aku tak pernah bercinta, dia nak cakap aku tak faham apa-apa pulak kan ! Aku mengomel di dalam hati lalu bangun menggalas beg.

“Kau nak pergi mana ?”

“Aku kan tak faham apa-apa fasal cinta ni, so aku rasa aku tak diperlukan.Better aku balik tidur !”ucapku senada. Amir hanya menggaru-garu kepalanya.

“Err~ sorry ! Aku perlukan kau sekarang ni. Please jangan pergi !”alamak ! Toucing lah pulak dia ni. Ni yang nak cair hati aku. Sengal betul lah !

“Ye lah aku tak pergi. Tapi ada dua syarat !”ucapku tanpa perasaan. Amir terus menanti dan menanti.

“Satu ! Tolong jangan meraung macam aku rogol kau !”tegas aku bersuara. Amir hanya menyengih dan kemudian tertawa kecil. Hish, mamat ni betul ke tak ? Jangan-jangan dia dah gila sebab kena tolak dengan Huda. Selisih !

“Dua ! Jom belanja aku makan, laparlah,”ucapku perlahan sambil tersenyum. Kian melebar senyuman di bibir Amir. Menyeramkan betul lah dia ni !

“Okay, tapi dengan dua syarat !”aik,dia ada syarat jugak ?

“Apa dia ?”soalku tidak sabar.

“Satu, jadi diary aku selama-lamanya sampai aku mati,”hish, tak cukup lama ke aku jadi diary dia ? Dah dekat seabad kot. Naik menyampah aku dengar luahan jiwa dia tuh.

“Dua, couple dengan aku jom ?” selamba saja dia menuturkan ayat itu. Aku sudah tergamam sebelum menjerit.

“What ?!”

“Couple dengan aku ?”saat itu jantungku seolah-olah berhenti bekerja. Aku tergamam bukan kerana aku suka. Cuma aku pelik, Amir ni betul ke ada feeling dekat aku ? Dia jugak kata aku ganas macam lelaki. Hish, selisih !

“Hish, tak mahu lah aku ! Aku rasa kau ni dah ketagih,”

“Apa jadahnya couple dengan ketagih ? Kau ingat aku ni penghisap dadah tegar ke ?”gumam Amir. Hish, dia ni kalau tak diterangkan sepuluh kali, memang tak akan pernah faham. Apalah malangnya dapat kawan macam dia ni ?

“Bagi aku, bercinta tu sama macam hisap dadah. Sekali dah terkena kau akan terus ambilnya. Maksudnya kau bukan penghisap dadah tegar, tetapi pencinta wanita tegar ! Kau tahu tak kau tu sekarang dah ketagih. Ketagih untuk bercinta, sampai aku yang tak cun ni pon kau sanggup ajak couple. Pelik lah kau ni !”

“Mana ada aku ketagih ! Aku saja je cuba luck. Mana tahu dapat ke even kau tak cun. Tapi kau comel apa !”hei mamat ni, ada jugak kang kena luku kepala dia !

“Ei, stoplah mengayat aku untuk tersenarai dalam carta awek kau yang ke 16. Kalau untuk no 1 takpe jugak, ni yang ke 16. Ei, mintak simpanglah !”

“16 ? Maknanya selama ini aku dah couple dengan 15 orang ? Wah ! Ramai jugak peminat aku kan ? Eh, mana kau tahu ?”seraya itu aku mengetuk kepala Amir. Dia terus menayang baris giginya. Menyampah pulak !

“Kau ni kalau aku cakap lembab, marah. Tapi nak cakap cerdik, macam jauh panggang dari api. Mahunya aku tak tahu berapa ramai bekas awek kau, kan aku yang tulis surat cinta untuk dia orang tu semua ! Meluat gila aku bila kau suruh aku tolong tuliskan surat cinta tu semua sebab aku dah hafal sangat ayat-ayat kau tu. Lagi-lagi ayat last kau -143-. Kau tak payah nak ‘lap’ u sangatlah !”bebelku berjela. Amir terus menyengih. Macam tak betul je.

“Eh, dah jom belanja aku. Tak kenyang tak aku kalau dok tengok  muka kau yang sama dengan bangla hujung rumah aku,”ujarku sambil bangun menggalas beg dan melangkah pergi.

“Wei, kau kena couple dengan aku dulu baru aku belanja kau !”ucap Amir sambil berlari anak mendapatkan aku. Aku sekadar mencebik dan terus melangkah menuju ke gerai makanan.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.