novel : hey, my diary ! 20
"Kau ni kenapa Mina ?!"suara abah yang sedikit nyaring itu menyentakkan ku yang sedari tadi menunduk merenung lantai. Entah apa yang menarik pada lantai itu pun aku tak tahu. Sebenarnya aku sedang ketakutan yang amat kerana abah sudah mengamuk mengalahkan singa. Opss...
"Kau nak keluar dari rumah ni ya ? Hah, pergilah bungkus kain baju kau ! Jangan berani kau jejak dekat sini lagi,"jerkah abah seraya itu mengecutkan usus kecilku. Terasa hendak saja aku menangis, tetapi.. Tak rocklah kalau nangis, jatuh ego aku sebab ada Amir. Ah, aku dan ego memang tak boleh dipisahkan. Kawan-kawan aku kata ego aku tinggi mengalahkan ego lelaki. Hah ! Peduli apa aku. Ego aku bukan ego mereka.
"Aku cakap sekarang !"jerit abah lagi lalu menarik tanganku. Aku yang sedikit terkejut hanya mengikut langkah kaki abah yang mengheretku.
"Pak cik ! Jangan buat macam tu. Sepatutnya pak cik tanya Mina, kenapa dia buat macam tu,"aku terdengar suara Amir yang sedang membela ku. Huh ! Pergi mampus dengan dia. Disebabkan dia aku kena marah. Aku benci dia. Benci !!!
"Nak tanya apa lagi Amir ? Terang-terang dia dah besar kepala,"suara abah bertukar perlahan ketika bercakap dengan Amir. Aku sedikit terasa dan seraya itu rasa benci dan menyampah terhadap Amir terus membuak-buak.
"Mina, abah akan bincang dengan pihak lelaki supaya pernikahan korang dicepatkan,"ucap abah dan kemudian membiarkan aku termangu.
"Semua ni kau punya pasal ! Aku bunuh kau !!"aku terus menerkam ke arah Amir bagai orang terkena histeria. Padan muka dia. Terasa macam ingin saja aku mencarik-carik muka Amir biar hancur.
"Mina !!!"aku tergamam apabila suara abah bergema di ruang tamu rumah. Seraya itu aku berlari ke arah bilikku ditingkat atas. Aku nak tidur !
-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-
Aku duduk berjuntaian kaki di tembok beranda bilikku. Mataku terus ralit memandang bintang yang berkelipan di angkasa. Cantiknya, subhanAllah.
Walaupun mataku ralit meneliti ciptaan Allah itu, namun fikiranku melayang jauh. Melayang memikirkan peristiwa petang tadi. Sedari petang tadi aku langsung tidak keluar daripada bilik kerana merajuk teramat dengan ibu dan abah. Kini perutku mula bernyanyi sakan. Tetapi bagi aku itu semua tidak penting, apa yang penting ialah macam mana aku nak batalkan majlis tu ? Siapa nak tolong aku ? Hah ! Amir kan ada. Tapi, petang tadi... Lupakan yang tu, sekarang aku mesti minta tolong Amir.
"Assalamualaikum, Amir"aku memberi salam di hadapan rumah Amir dengan sedikit lantang. Mana pulak mamat ni ?
"Amir oh Amir,"panggilku lagi apabila kelibat mamat poyo plus selenge itu masih tidak kelihatan. Aku lihat ke arah garaj keretanya, yang ada cuma kereta Amir. Kereta bapak dia tak ada. Mungkin keluar kot. Huh, leceh lah ! Aku mengomel sambil berpaling untuk melangkah pergi.
"Oi mak cik, kau nak apa ? Nak ajak aku buat perang dunia ketiga ?"belum sempat aku melangkah pergi, aku terdengar suara Amir dengan nada menyindir. Aku hanya mengetap bibir. Sabar Mina !
"Err~ aku ada hal nak... Arghh !"belum sempat aku menghabiskan ayat, aku sudah menjerit. Hish, selekeh betul mamat ni. Kalau ya pun tak sabar nak tengok muka comel aku ni, pergilah pakai baju dulu. Ini dengan bertuala dia keluar. Huh !
"Eh, kau pergi pakai baju dulu lah mangkuk !"ujarku sambil menutup mata. Aku terdengar Amir ketawa kecil.
"Eleh, malu konon. Dah, kau tunggu aku dekat bawah pokok tempat selalu sebab rumah aku tak ada orang. Kalau kena tangkap basah nanti, kau juga yang meraung. Aku tak kisah,"ei, dia ni suka cakap benda bukan-bukan. Aku tinju jugak kang. Seraya itu aku berpaling lalu berlalu ke arah pokok di hujung jalan.
Sementara menanti Amir, aku terus memikirkan ayat yang akan ku ucapkan sebentar nanti. Argh, kenapa lah sebelum aku memanggilnya tadi aku tak terfikir benda ni. Serabut !
"Oi, kau ni menung je apa hal ? Tak puas lagi kau belasah aku tadi ?"terkejutku apabila disergah tiba-tiba. Hish, mangkuk ayun betul mamat ni. Kalau aku ada sakit jantung, dah 'jalan' dah.
"Bagi salam dulu boleh tak ?"ucapku sebal.
"Assalamualaikum cik puan Mina,"huh ! Saja lah tu. Aku hanya mencebik kemudian membuang pandang ke arah langit.
"Oit, kau sebenarnya ada apa nak jumpa aku ni ?"soal Amir setelah sekian lama suasana sepi antara kami.
"Err~ sorry pasal petang tadi,"ucapku tiba-tiba. Huh ! Lain yang aku fikir,lain yang aku cakap.
"Oh, tak apa. Aku dah biasa layan orang meroyan,"apa ?! Dia cakap aku meroyan ? Sabar Mina. Nanti dia tak nak tolong kau.
"Err~ kau.. kau ingat lagi tak ayat kau yang 'you are my diary and i'm yours' ?"sekali lagi entah mengapa ayat itu terbit dari bibirku.
"Oh yang tu. Kenapa ?"tanya Amir dengan riak pelik.
"Err~ boleh tak bagi aku 'diary' aku tu. Aku nak luahkan rasa hatilah,"panas muka ku saat mengeluarkan ayat itu. Malu, malu !
"Okay. 'Diary' kau cakap, dia sudi mendengar,"aku meneguk liur sebelum menyambung bicara.
"Err~ sebenarnya sekarang ni aku tengah sedih. Tadi aku kena marah dengan abah sebab cuba lari subuh tadi. Semuanya sebab mamat poyo plus selenge tu lah. Padan muka dia kena belasah dengan aku. Rasa macam nak bunuh je dia tu, tapi kalau aku bunuh dia tak ada orang pulak nak jadi 'diary' aku kan 'diary' ?"aku berjeda seketika.
"Sekarang ni aku buntu macam mana nak cari jalan supaya majlis bodoh tu dibatalkan. Tapi, jujur aku tak tahu macam mana. Ni semua sebab mamat poyo plus selenge tu. Kalau dia tak kantoikan aku dekat abah tadi, dah selamat dah aku. Hish, rasa macam nak ganyang je lah mamat tu,"ujarku sepenuh perasan. Aku lihat Amir mengetap bibir sedikit. Tahan rasa geram lah tu. Padan muka kau.
"Diary, agak-agak kalau aku nak minta tolong dekat mamat tu, dia nak tolong tak ? Aku betul-betul perlukan pertolongan dia sekarang,"ucapku sambil memandang bintang seolah-olah aku bercakap seorang.
"Dah habis ? Sedapnya kau ngadu dekat 'diary' kau yang aku ni poyo plus selenge ya. Siap nak bunuh dengan ganyang aku lagik,"usai aku berbicara, Amir terus meluahkan ketidakpuasan hatinya. Aku yang sudah menduga reaksi Amir itu hanya mendiamkan diri.
"Apa hal kau senyap ? Cakap lah lagi dekat 'diary' kau. Kutuklah aku..."
"Amir, kahwin dengan aku,"belum sempat Amir menghabiskan bicara, aku sudah memotong. Aku lihat Amir terkedu. Aku juga sebenarnya tidak menduga akan berkata begitu, tetapi biarlah kerana segalanya sudah terlepas.
"Mina oi ! Kau sedar tak apa kau cakap ni ? Aku luku jugak kepala kau ni,"aku terdengar suara Amir sedikit bergetar. Aku pula hanya mengetap bibir menahan rasa malu yang teramat.
"Aku gurau je lah,"ucapku lalu ketawa dihujung ayat. Hish, jatuh ego aku sebab lamar lelaki ni. Huh !
"Mina, sure kau nak kahwin dengan Amir ?"aku dan Amir berpandangan apabila terdengar satu suara yang amat kami kenali. Hai, masalah ni.
"Jawablah Mina,"desak suara itu lagi. Aku terus mengigit bibir,tanganku pula terus menggaru kepala yang tidak gatal. Apa aku nak cakap ni ?
"Err~ aku, gurau je lah dengan Amir,"hanya itu ayat yang mampu aku luahkan. Amir pula terus terkaku di sisiku. Pemilik suara itu kian menghampiri kami. Peluh dingin sudah memercik keluar.
"Kalau kau nak kahwin dengan Amir, aku..."
"Tak Irfan, Mina cuma gurau je,"sampuk Amir tanpa memandang ke arahku sedikitpun.
"Amir, stop berpura-pura. Aku dah dengar segalanya,"Irfan berhenti seketika sambil terus merenung aku dan Amir. Aku terus tunduk menekur jalan raya yang berturap. Apa lagi masalah yang timbul ni ?
"Amir, Mina sebenarnya kalau korang nak tahu, dalam hati korang tu ada rasa sayang antara satu sama lain. Tapi korang buta tentang perasaan itu. Korang ego ! Sebab tu korang tak sedar tentang kehadiran perasaan itu,"ucap Irfan terus-terusan. Aku sedikit tersentak mendengar ayat itu. Betul ke dalam hati aku ada rasa sayang untuk Amir ? Hish, mengarut ! Aku tak pernah sayang Amir, benci adalah.
"Err~ Irfan apa kau cakap ni ? Eh, bila kau sampai sini ?"sengaja aku menukar topik perbualan kerana takut Irfan akan terus terluka. Aku tak nak kawan aku sedih kerana benda ni. Dia baru saja dikecewakan oleh tunang dia, dan kini aku pula nak kecewakan dia ? Tidak ! Biarlah majlis itu berlangsung. Biarlah Irfan bahagia. Cukup lah dia kecewa. Itu tekadku. Lupa sudah tentang angan-anganku untuk membatalkan majlis pernikahan itu nanti. Mungkin ini semua takdir Allah.
"Aku dah lama sampai. Aku carik kau dekat rumah tadik, tapi aku nampak kau pergi rumah Amir. Lepas tu korang lepak dekat sini, ingatkan aku nak join. Tapi bila aku dengar kau luahkan perasaan kau tadi, aku tak jadi,"terang Irfan. Aku terlopong, Amir melongo. Maknanya Irfan dah dengar lah luahan hati aku tadi ? Oh no !!!
"Err~ kau dah jumpa ibu dengan abah ?"soalku cuba menahan perasaan.
"Dah. Eh, aku nak baliklah. By the way, renung-renungkanlah ayat aku tadik ek. Assalamualaikum korang,"pamit Irfan bersama senyuman. Aku tahu senyuman itu dibuat-buat. Selepas saja Irfan hilang daripada pandangan, aku dan Amir terus berpandangan sebelum kami menjerit serentak.
"Aku tak sayang kau lah !!!"seraya itu aku berlari balik ke rumah, begitu juga Amir.
Comments