novel : hey, my diary ! 3


“Mina, tadi abah dengan bapak Amir berbual. Dia tanya abah sama ada kau dengan Amir ada apa-apa ke ?”aik, dah dekat seabad kot aku rapat dengan Amir, tapi tak pernah pulak timbul isu ni. Ni kenapa tiba-tiba boleh timbul ?

“Serabai je orang nak dekat mamat poyo tu. Kita orang kawan je lah ! BFF, best friend forever,”ucapku satu-persatu.

“Bukan boy friend forever ?”aduhai ! Mana lah bapak aku dapat ayat sebegitu ? Siap berspeaking bagai. Opss aku lupa, bapak aku ni kan pandai Bahasa Inggeris. Mati aku !

“Tak adalah ! Serabai !”ucap ku dan terus berlalu ke bilik. Baru beberapa minit aku berada di dalam bilik, tiba-tiba ada mesej masuk. Segera aku menggapai telefon bimbit di atas katil. Siapa lah dok mesej aku ni ?

-Wei, bapak kau ada tanya benda pelik tak ?-

Aik, mesej dari Amir ? Mana dia tahu abah tanya benda pelik tadi ? Ni yang aku pelik ni.

-Mana kau tahu ?-

Beberapa saat kemudian, aku menerima satu lagi pesanan daripada Amir. Segera aku membukanya.

-Lepak luar kejap. Aku tunggu ni.-

Seraya itu aku bangun dari katil dan terus melangkah keluar secara bersembunyi, takut jikalau abah perasan dan terus menggiat aku dengan Amir. Selisih !

“Woi ! Mana kau tahu bapa aku tanya soalan pelik tadi ?”soalku tidak sabar. Aku lihat Amir sedikit tersentak.

“Mahunya aku tak tahu sebab bapak aku pun dok tanya soalan pelik,”ucap Amir dengan dahi berkerut.

“Soalan apa ?”soalku tidak sabar. Jangan lah yang bukan-bukan !

“Dia tanya aku ada apa-apa dengan kau ke ? Terkujat aku tadi,”terang Amir dengan riak terkejut.

“Eh, sama lah. Tadik bapak aku pon tanya macam tuh. Kenapa ek ?”aku kebingungan sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

“Jangan-jangan…”serentak aku dan Amir bersuara sebelum sama-sama terdiam. Hanya mata berinteraksi sesama sendiri. Argh, kacau !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Aku dan Amir kalut mencari barang yang hilang. Kalau betul benda tu hilang, maknanya ia sudah berada di tangan bapak Amir. Matilah macam ni. Amir ni cuai betul ! Omelku dalam hati.

“Jumpa tak ?”tanyaku pada Amir yang sedang kebingungan.

“Tak lah. Tapi aku rasa semalam aku letak atas meja ni,”ucap Amir daripada dalam biliknya. Hish, macam mana aku nak tolong cari kalau dalam bilik dia ni ? Kalau bapak dia nampak nanti, tak pasal kena marah. Aku terus menanti di muka pintu bilik Amir. Adik Amir turut berada di sisiku. Di wajahnya terbayang pelbagai persoalan. Namun aku dan Amir hanya membiarkan kerana malas mahu membuang masa.

“Serius wei tak ada ! Aku rasa ayah dah jumpalah,”ucap Amir cemas. Aku pula sudah semakin gelisah. Gila lah kalau bapak Amir jumpa benda tuh. Memang saja tempah maut namanya !

“Kak Mina denga Abang Amir cari amende sebenarnya ?”tanya Lina, adik Amir. Aku pula hanya memandang Amir, menghantar isyarat untuk dia yang memberitahu Lina.

“Surat cinta !”senafas ayat Amir.

“Surat cinta ? Surat cinta siapa ? Kak Mina dengan abang Amir ke ? Jadi betul lah kakak dengan abang couple ye ?”aku sudah menepuk dahi.

“Bukanlah Lina. Tu surat cinta yang ditulis oleh budak-budak kelas kita orang. Tapi dia orang letak nama kak Mina dengan abang Amir sebab nak kenakan kita orang,”terangku. Lina hanya mengangguk tetapi wajahnya masih tergambar keraguan. Lantak kau lah, Lina ! Seketika kemudian dia seolah-olah mendapat tahu sesuatu.

“Surat tu warna biru eh ?”aku dan Amir terus memusatkan pandangan ke arah Lina. Serentak itu kami mengganguk.

“Surat tu ayah ambik petang semalam,”selamba je riak wajah Lina dan kemudian berlalu. Aku dan Amir saling berpandangan sambil ternganga besar.

“Mati kita !”aku dan Amir menjerit serentak.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.