novel : hey, my diary ! 4



“Mina dan Amir, sekarang cuba jujur dengan kami. Apakah kalian bercouple ?”gulp ! Aku menelan liur yang terasa berpasir. Apa nak jadi ni ?

“TAK !”serentak itu aku dan Amir bersuara. Kemudian aku terus memandangnya dan dia turut menghalakan pandangan ke arahku. Lupa sebentar akan kedua-dua ibu bapa kami yang berada di situ.

“Sehati sejiwa nampak,”perli abah. Wajahku terasa kebas dan serta merta aku melarikan pandangan daripada Amir.

“Abah, ibu, pakcik , makcik ! Biar orang terangkan bagi jelas. Sebenarnya orang dengan Amir best friend forever je. BFF !” ucapku penuh bersemangat.

“Hah ? Boy friend forever ?”ya Allah, apalah nak jadi dengan mereka ni ? Apa jadahnya best friend forever jadi boy friend forever ? Ei, geramnya ! Omelku dalam hati dengan muka mencuka.

“Ehem, sebenarnya Amir dengan Mina cuma kawan je lah !”Amir pula menggantikan tempatku untuk menerangkan duduk perkara sebenar. Aku lihat orang tuaku dan orang tua Amir berpandangan sesama sendiri seolah-olah menghantar suatu isyarat yang tidak kami fahami.

“Habis ni surat apa ?”ujar bapa Amir sambil menunjukkan surat bersampul biru di tanggannya. Serentak itu aku meneguk liur. Amir pula hanya membuat riak tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Surat tu bukan kita orang yang tulis. Budak-budak kelas kita orang yang buat,”ucap Amir lagi membela aku dan dirinya. Terlayar senyuman nakal di bibir abah dan bapa Amir. Ibu dan emak Amir hanya memandang dan kemudian tersenyum.

“Ye ke bukan kamu berdua tulis ? Habis yang kamu kalut sangat mencarik semalam kenapa ?”mana mereka tahu ni ? Aku dan Amir berpandangan seketika dan…

“LINA !!!!!!!!”suara aku dan Amir bersatu. Aku dapat lihat kelibat Lina sebelum dia menghilangkan diri.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-               

Masih terngiang-ngiang kata sepakat antara abah dan bapak Amir petang tadi. Serabut fikiranku memikirkannya. Adakah patut aku yang comel ni dituduh bercouple dengan Amir yang poyo dan selenge itu ? TAK MUNGKIN okay !

“Err~ sebenarnya surat tu Amir yang tulis,”akhirnya mengaku juga Amir setelah beratus kali didesak oleh bapanya untuk menceritakan perkara sebenar. Aku yang duduk di sofa sebelah Amir hanya menunduk. Akhirnya terbongkar juga rahsia itu.

“Baru nak ngaku ? Kamu tulis untuk bagi Mina ?”soal abah pula.

“Sebenarnya tu surat contoh. Dah lama dah,”aku pula menyampuk. Semua mata kini tertumpu kepadaku. Aku ada salah cakap ke ?

“Maknanya kamu berdua memang dah lama bercinta ?”ibu yang sedari tadi menyepi terus bertanya. Seraya itu aku menepuk dahi ! Apalah pandai sangat aku ni pergi cakap macam tu. Kan dah ada salah faham lagi.

“Eh, tak ! Tu surat contoh je,”sengaja aku menekankan perkataan surat contoh.

“Surat contoh ? Dekat sekolah ada gunakan surat cinta contoh ke ?”perli bapa Amir. Aku hanya menunduk.

“Lepas tu kenapa ada nama Mina atas surat ni ? Amir kamu nak bagi Mina ke ?”aduh ! Ni semua salah Amir, kalau tak disebabkan dia yang menggedik nak letak nama aku atas surat cinta contoh ni hari tu, semuanya tak jadi macam ni. Geramnya !

“Arghhh!! Serabutnya !”tanpa sedar aku menjerit. Mereka yang berada di situ hanya memandang pelik.

“Kau kenapa Mina ? Meroyan ?”saat suara Amir memecah di gegendang telingaku, segera aku mencerlung ke arahnya. Amir hanya menyengih, takut aku mengamuk lah tu !

“Orang nak balik !”bentak aku lalu melangkah pergi.

“Habis aku ?”tanya Amir sambil mengikut jejak langkahku.

“Kau pehal ? Gila nak ikut aku balik ? Ni kan rumah kau,”geram aku membalas. Amir hanya menyengih dan kemudian melambaikan tangan kepadaku. Aku hanya buat bodoh saja tetapi apabila anak mataku tertancap ke arah pintu rumah Amir, kelihatan ibu bapaku dan ibu bapa Amir memandang kami bersama senyuman nakal di bibir mereka. Seraya itu juga aku berlari masuk ke dalam rumah.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.