novel : hey, my diary ! 6



Aku dan Amir hanya diam tidak berkutik sejak daripada melangkah masuk tadi. Wajah kami terus menjadi mangsa panahan tajam anak mata kedua-dua ibu bapaku dan ibu bapa Amir. Sesekali aku menjeling Amir di sisiku, dia hanya membeku dan matanya sesekali melirik padaku.

“Mina, Amir. Cuba cakap dekat kami apa yang korang buat dekat atas ?”soal ibu sedikit tegas.

“Kita orang lepak je,”jawabku perlahan.

“Buat apa lepak dekat atas ? Kalau apa-apa jadi tadi macam mana ?”apa-apa jadi ? Apa pulak nak jadi ni ? Aku kebingungan apabila mendengar soalan emak Amir.

“Jadi apa ?”soalku dan Amir serentak.

“Orang muda ni darah muda. Bukan boleh percaya sangat,”sampuk ibu. Aku pula semakin kehairanan. Apa kena mengena dengan darah muda pulak ni ? Argh ! Malas lah nak fikir pasal tu. Baik fikir macam mana nak melepaskan diri.

“Apa yang korang buat dekat atas tadi ?”suara abah sedikit menggerunkan ku. Hish, seram ni !

“Err~berbual lepas tu menyanyi je,”jawabku bodoh.

“Betul tak jadi apa-apa ?”eh, aku peliklah ! Apanya yang jadi apa-apa tu ? Huh !

“Tak !”Amir pula menjawab tegas. Mungkin dia faham kot apa yang abah tanya, cuma aku je ni yang lembab ! Eh, aku cuma lambat sikit je la !

“Amir, macam mana kamu boleh ada dekat atas sana ?”soal bapa Amir pula. Nadanya sama seperti abah. Menakutkan !

“Err~ Amir panjat paip tepi tu,”balas Amir sambil menundukkan wajah.

“Astaghfirullah..”mengucap panjang keempat-empat orang tua di hadapan kami ini.

“Apa lah kamu berdua ni ! Kamu tak malu ke buat hal macam tadi ? Tak pasal satu taman dah tahu ! Mana kami semua nak letak muka lepas ni ? Mesti ada saja gossip pasal kamu nanti,”bebel ibu lagi. Aku hanya mendengar tanpa sedikit pun mengangkat muka dari memandang lantai.

“Sabar Lia. Apa kata kita nikahkan je lah,”mak datuk ! Apa pulak si emak Amir ni merepek ?

“Eh, mana boleh ! Undang-undang di Malaysia tidak membenarkan sama sekali pelajar yang masih bersekolah berkahwin,”bersemangat aku bersuara.

“Habis ada ke undang-undang dekat Malaysia benarkan korang berdating ? Tahu tak tu zina kecil namanya !”perli ibu. Aku kematian kata-kata terus.

“Err~ tak payah lah buat macam ni semua ! Amir dengan Mina cuma lepak je, mana ada buat benda bukan-bukan. Cuma mungkin tempat tu je yang salah,”Amir bersuara setelah sekian lama membiarkan aku mengeluarkan hujah.

“Dah tahu salah, buat jugak kenapa ?”sampuk bapa Amir dengan nada geram. Aku menelan liur yang terasa berpasir.

“Saya rasa, tak perlulah sampai nikahkan mereka ni. Lagipun mereka masih belajar dan nanti ada saja gossip daripada mulut orang-orang ni. Tak pasal mereka cop anak saya bukan anak dara lagi,”yeah ! Akhirnya abah membela nasibku dan Amir. Sayang abah lebihlah. Tapi, aku benci ayat abah yang last tu ! Aku anak dara lagi lah !!

“Tapi, saya ada cadangan lain. Kita tunangkan saja lah mereka ni dulu, tunggu umur 21 tahun baru kita nikahkan !”amboi ! Aku ingat abah nak tolong sungguh, rupanya ada agenda lain ? Huh ! Tak sayang abah.

“Eh, kenapa macam tu pulak ?”sampukku namun sedikit pon tidak diperdulikan oleh mereka. Aku dan Amir berbalas pandang sebelum Amir mengangkat bahu tanda tidak faham.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Pagi Isnin aku pergi sekolah dengan menaiki kereta bapa Amir. Huh ! Ni semua ibu punya fasal. Gedik sangat suruh aku tumpang kereta bapa Amir. Dah lah bapa Amir ni suka sangat menyakat aku dengan anak dia yang poyo ni. Benci !

“Hai, senyap je orang belakang tu,”huh ! Kan aku dah cakap. Memang tak sah agaknya hidup bapa Amir ni kalau tak mengganggu aku.

“Orang belakang tak ada mood !”jawabku malas dan terus berdiam. Aku terdengar Amir dan bapanya ketawa di hadapan. Huh ! Anak dengan bapa sama je. Geramnya !

“Kenapa ? Tunang dah ada depan mata kot,”huish, berhenti daripada sebut sebegitu ! Benci okay.

Semalam hari Ahad, bersamaan 10 November, aku telah sah menjadi tunang Amir yang poyo dan selenge tu ! Ei, bencinya nak ingat !! Semalam aku hampir saja dapat melarikan diri daripada majlis itu, namun abah terlebih dahulu memasang spy. Tak sampai sepuluh meter aku lari, aku dah di sergah oleh satu suara. Apabila aku berpaling, wajah abah dan bapa Amir telah menghiasi layar mata. Dengan langkah sebal aku dipaksa pulang. Saudara-mara yang berada di rumahku ketika itu hanya tersenyum. Nasib baik saudara mara yang terdekat dan rapat je. Kalau tak, memang tak tahu mana aku nak menyorok.

“Mina, sampai dah !”suara Amir menyentakkan ku daripada berkhayal tentang cerita semalam. Segera aku membuka pintu kereta.

“Terima kasih pak cik !”ujarku dan belum sempat aku menutup pintu kereta, terdengar suara bapa Amir.

“Panggil ayah lah,”ei ! Selekeh je. Bila masa pulak aku ada dua bapa ni ? Eh, bermula daripada semalam lah aku ada dua bapa.Satu bapa kandung, satu bapa mentua. Hish, apa jadahnya aku fikir ni ? Geli tekak aku rasanya.

p/s..
cerita ini di sambung atas sambutan daripada kengkawan FB dan juga sesiapa saja yang sudi memberikan komen :) TERIMA KASIH !

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.