novel : hey, my diary ! 7



“Mina, cantik cincin,”erk~ terkesima aku apabila ditegur oleh Ima. Hish, macam mana boleh lupa nak tanggalkan semalam ? Kan dah kantoi ! Huh !

“Err~ cincin ? Oh, saja je gedik aku pakai semalam. Lupa pulak nak tanggal,”balasku sambil ligat jemariku mencabut cincin di tangan. Aku perasan Amir memandang aku sedari tadi sambil tersenyum. Malunya lah !

“Oh, kau pergi mana semalam ? Eh, lawalah cincin tu. Bak bagi aku pakai kejap,”apa ?! Dia nak pakai cincin ni ? Oh, tidak sekali-sekali ! Nehi ! Aku ni apa hal ? Cemburu ke ? Huh ! Tak ada masa.

“Eh,  tak payah lah ! Cincin murah je kot. Nanti kalau cikgu nampak, habis kena rampas. Esok-esok je lah ye,”aku cuba berdalih. Amir pula terus memandang ke arah kami. Aku tak tahu apa yang difikirkannya yang penting dia cuma memandang tanpa bersuara.

“A’ah ek. Kalau cikgu nampak, nanti kena rampas. Tak apalah ! Kau simpan dulu, nanti aku tengok ek,”ujar Ima lalu melangkah pergi daripada mejaku. Buku Kimia di bawah meja terus aku keluarkan. Entah kenapa aku terlalu meminati subjek Kimia berbanding Biologi dan Fizik. Matematik Tambahan ? Huh ! Lagilah jahanam.

“Cupper carbonate warna hijau. ”aku terus menilik setiap baris ayat yang terdapat di buku teks.

“Mina, kau cakap apa je dekat Ima tadi ?”terkejutku apabila terdengar Amir bersuara. Hish mamat poyo dan selenge ni ! Aku luku jugak kang, suka sangat mengejutkan aku !

“Cakap amende ?”tanyaku acuh tak acuh. Hari ni mood aku memang tak berapa nak okay, semuanya sebab semalam. Huh !

“Tadi aku tengok korang berbual sakan. Aku dengar korang cakap fasalcincin semua. Dia tahu ke ?”tanya Amir dengan dahi berkerut.

“Kenapa kalau dia tahu ? Kau takut ke ?”sengaja aku menggiat Amir.

“Aku tak kisah sebab perkara baik buat apa nak disembunyikan. Kau dah bagitahu ke ? Nak aku bagitahu ?”soal Amir dengan sengihan yang tak pernah lekang daripada bibirnya. Hish, dia ni ! Memang aku tinju muka dia kalau dia cakap dekat orang.

“Kalau nak rasa penumbuk aku, kau cakaplah !”ugutku dan hanya disambut dengan ketawa lepas daripada bibir Amir. Mereng punya budak ! Eh, mereng-mereng pun tunang aku jugak. Sejak bila pula aku reti mengaku ni ? Oppsss..

“Dah jadi tunang aku pun garang lagi ?”aku hanya mencebik dan terus membuang pandang ke arah lain. Mesti muka aku dah merah teramat sekarang ni ! Uwaaa.. Benci Amir !

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Hatiku sebak. Rasa nak meraung pun ada ! Hish, aku ni apa hal ? Buang tebiat ? Hoi ! Siapa tak sedih kalau best friend forever a.k.a tunang sendiri nak tinggalkan kita. Tunang ? Sejak bila aku reti mengaku yang aku dah betunang ni ? Argh !

“Mina, jangan lah sedih. Nanti kita jumpa lagi lah !”ucap Amir ketika dia datang menemuiku tadi. Saat itu hanya aku sendiri di rumah. Ketika dia sudah hendak bertolak meninggalkan aku, dia sempat menjengah rumahku walaupun hujan renyai-renyai. Aku sayang kau lebih lah !

“Mana ada aku sedih !”dalihku sambil menjeling. Cuba menafikan bicaranya sedangkan aku memang menunggukan dia datang menemuiku. Sedari tadi aku dok menjengah dekat pintu kalau-kalau dia dah datang jumpa aku. Tapi hampir 3 jam jugaklah aku menunggu sambil berdoa, akhirnya bila hujan dah renyai-renyai aku terdengar suara orang memberi salam. Aku tahu dia datang, tetapi aku hanya buat biasa je.

“Mina, cuti nanti aku balik lah ! Kau jangan lah buat muka macam tu,”ucap Amir lagi. Aku terus membuang pandang ke arah payung pelangi di tangannya. Dalam hati terasa sayu jugak nak berpisah dengan dia ! Lepas ni siapa nak jadi diary aku ? Err~

“Eh, dah lah. Pergi sana ! Nanti lambat pulak kau gerak,”saja aku menghalau. Namun di dalam hati tiada seorang yang tahu betapa aku tak nak melepaskan dia pergi.

“Err~ ye lah. Tapi ingat tau Mina, aku sentiasa sayang kau ! You are my diary and I am yours,”ujar Amir sambil tersenyum. Aku terus menahan perasaan. Kalau boleh hendak saja aku menjerit, “Amir ! Jangan tinggalkan aku !” Tetapi semua itu hanya bergema dalam hati.

“Ye lah ! Dah blah lah. Lambat kau nanti,”

“Err~ kirim salam budak-budak kelas kita ya ?”aku hanya menganggukkan kepala.

“Aku sayang kau ! Okaylah, assalamualaikum,”ucap Amir lalu membuka payung di tangannya dan dijadikan pelindung daripada dirinya terkena titisan hujan. Terasa seperti air mataku ingin gugur, namun segera aku menahannya. Apa kau ni Mina, tak rock lah ! Bisik hatiku. Dan apabila keretanya pergi menjauhi rumah, aku terus membawa diri ke dalam bilik. Terbayang memoriku bersamanya beberapa hari sebelum dia pergi.


Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.