novel : hey, my diary ! 8



“Mina, nanti kalau aku pindah kau sedih tak ?”soal Amir tiba-tiba ketika kami sedang melangkah pulang ke rumah.

“Entah. Kenapa ? Kau nak pindah ?”

“Err~ a’ah. 2 hari lagi,”ucapnya perlahan.

“Apa ? Seriously, 2 hari lagi ? Dan kau baru bagitahu dekat aku sekarang ? Kau ni memang kan ! Sanggup kau buat aku macam ni. Kata best friend forever lah, diary lah, tunang lah, tapi kenapa tak bagitahu dari dulu ? Macam ni kau kan ?”ujarku berjauh hati. Eh, tadi aku ada sebab tunang ke ? Aku bagai baru tersedar daripada ngigau di bawah terik mentari.

“Err~ sorry lah. Aku ingat nak buat surprise !”

“Surprise jendul kau ! Ni yang aku hangin ni,”aku sudah membebel mengalahkan nenek kebayan. Amir hanya menadah telinga dengan muka pasrah. Argh, peduli apa aku ! Dia buat aku macam ni boleh pulak kan !

“Mina, kau merajuk sungguh ke ?”hish, dia ni ! Tak Nampak ke muka aku yang comel macam doraemon ni telah bertukar ke muka Incredible Hulk ? Aku sepak baru tahu !

“Tak lah. Aku merajuk main-main je,”perli ku keras. Aku lihat Amir hanya menggaru kepala.

“Sorry lah Mina. Sungguh aku nak buat surprise je ! Tak ada niat nak sisihkan kau pun,”pujuk Amir terus-terusan. Namun sedikitpun aku tidak memandang ke arahnya. Kali ini aku merajuk sungguh ! Aku benci Amir ! 

Selama 2 hari juga aku tidak tegur dia walaupun dia sibuk mengacau aku. Sungguh aku merajuk dan tadi apabila dia tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumahku ketika hujan sedang renyai-renyai.Terubat juga sakit di hati, namun dia telah pergi. Tunggu je lah beberapa waktu lagi untuk kembali seperti dahulu.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

5 tahun sudah berlalu. Aku baru saja menamatkan pengajianku dan kini aku bekerja sebagai ‘penghabis beras tegar’ dekat rumah sendiri. Oh, indahnya dunia !

“Mina, petang ni teman ibu pergi Skudai Parade kejap. Nak carik baju lah,”adoi ! Baru nak bersenang-lenang petang ni. Malasnya lah nak pergi shopping dengan ibu sebab ibu kalau shopping memang tak ingat dunia. Macam nak beli satu mall je. Tengok je dah tua tapi kalau bab bershopping memang kalah orang muda ! Oppss..

“Mina, boleh tak ?”soal ibu inginkan keputusanku.

“Err~ ye lah,”aku mengalah akhirnya. Ibu terus berlalu ke dapur.

“Assalamualaikum kak Mina,”suara orang memberi salam di hadapan rumahku membuatkan aku bangkit daripada sofa di hadapan televisyen.

“Waalaikumussalam Lina. Hah, kau nak apa ?”tanyaku pelik melihat gaya Lina yang kelam-kabut. Budak ni apa hal ? Kena kejar hantu apa ? Eh, mana ada hantu siang-siang buta macam ni.

“Err~ akak buat apa ?”hei budak ni kan, macam tak betul je. Apa jadahnya dia tanya aku tengah buat apa. Aku wrestling jugak.

“Kau ni apa hal sebenarnya ? Akak tengah dating dengan pakwe akak lah, kau kacau tahu tak !”aku membalas geram. Ya, sesungguhnya aku sedang berdating dengan Zain Malik tadi di hadapan TV. Ceit ! Perasan tak habis aku ni.

“Err~ serius ? Akak mana boleh ada pakwe, abang Amir kan tunang akak !”opss ! Lupa pulak aku dekat mamat poyo dan selenge tu. Ye lah, dah dekat 5 tahun aku tak jumpa dia. Sejak aku sambung belajar terus lost contact dengan ‘diary’ aku tu. Entah-entah dia dah ada awek sekarang ni. Siapa tak kenal Amir si buaya tembaga tu ? Memang semua tak kenal kecuali aku sebab aku yang gelar dia macam tu.

“Hei, kau ni wake up lah Lina ! Apa sengalnya akak nak tunang dengan dia, Oh, fasaldulu tu ? Itu kan cuma gurauan je. Sebenarnya tunang-tunang semua ni tak pernah dipersetujui oleh akak dengan abang Amir. So, automatik hubungan tu terputus. Faham sayang ?”saat itu ternganga besar mulut Lina. Aku yang memandang hanya tersenyum.

“Eh, nanti Lina tanya ayah dengan emak dulu,”eh ! Jangan... Belum sempat aku menahan, Lina terus hilang daripada pandangan. Mati aku ! Apa pulak kali ni ? Huh !


Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.