novel : hey,my diary ! 16


“Hei you !”aku yang baru saja tiba di tempat meletak motor terpegun seketika apabila melihat seorang gadis yang amat seksi mendekati. Aku menelan liur, imanku sedikit tergugat. Astaghfirullah ! Aku bukan lesbian.

“Kau ni Mina ?”tanya wanita seksi itu. Aku terus memerhatikan lekuk tubuhnya. Huish, cun ! Kalau lah aku dapat body shape macam tu, mesti aku dah lama ada pakwe. Ni body shape aku sebiji macam lelaki, memang patut pun tak ada lelaki pandang. Huh !

“Hei, aku tanya ni !”serentak itu aku kembali ke dunia nyata.

“Hah ? Apa kau tanya ?”soalku sambil menggaru kepala.

“Huh ! Kau ni Mina kan ?”seraya itu aku mengangguk. Wanita itu terus merapati aku yang berada beberapa langkah di hadapanku.

PAAAPPP !

Aku terkaku seketika dan sesaat kemudian terus ku pegang pipiku yang terasa pedih. Biar betul minah ni, apa kes pulak tiba-tiba tampar muka aku yang comel ni ?

“Tu balasan sebab kau pergi goda tunang aku,”hah ? Bila masa pulak aku pergi goda tunang dia ? Tunang dia siapa pun aku tak tahu. Gila punya budak.

“Hei…”belum sempat aku mengeluarkan hujah, wanita seksi itu terus berlalu pergi dengan langkah belagak. Aku hanya memandang dengan perasaan sebal.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

“Mina ! Kenapa kau peluk aku ? Kau ni kalau berjalan tu tak berangan boleh tak ?”serentak itu aku tersedar daripada khayalan sebentar tadi. Apabila aku mendengar butir bicara Amir itu, aku terus mengangkat wajah.

“Oh girll ! Macam mana kau boleh peluk aku ni ? Haram-haram !”ucapku dengan nada terkejut lalu meloloskan diri daripada pelukan Amir.

“Hoi, ayat kau baik sikit. Kau yang pergi peluk aku dulu !”bicara Amir dengan nada tertahan-tahan.

“Kau ingat aku gila ke nak peluk kau ? Kau tu yang cuba ambil kesempatan !”bebelku geram. Mana mungkin aku peluk dia !

“Kau tu memang gila. Gila bayang dekat aku sampai terpeluk aku !”oh girl ! Apa mamat poyo plus selenge ni cakap ? Aku gila bayang dekat dia ? Huh ! Jauh panggang dari api.

“Perasan ! Kau lah yang gila bayang dekat aku yang comel ni. Jangan nak menuduh okay !”ucapku sambil bercekak pinggang memandang Amir yang lebih tinggi daripada aku itu.

“Kau lah perasan ! Aku tengok kau langsung tak ada selera tahu tak. Dah lah badan tak ada shape, gemuk pulak tuh !”amboi ! Aku yang badan bersaiz L ni dikata gemuk ? Kurang asam lah tu.

“Kau ingat badan kau tu ada shape sangat ? Dah lah macam papan ! Tak ada ketak dengan muscle pula tu. Hish, memang tak macho !”balasku geram. Aku dapat rasakan orang ramai yang berada di mall itu memandang ke arahku dan Amir. Namun sedikitpun tidak ku endahkan kerana aku harus menang dalam perdebatan ini demi maruah diriku. Cewaahh !

“Sekurang-kurangnya ada jugak orang nak jadikan aku pakwe. Kau tu ada ke ?”ceh, aku paling menyampah bila bab ini dikemukakan sebab automatik aku akan kalah. Ah, aku tak boleh menyerah.

“Siapa kata tak ada ? Ada cukuplah. Lagi ramai daripada senarai awek kau tu tahu tak !”aku membalas dengan muka menyinga.

“Mana ? Penipu !”ujar Amir lalu menjelir lidah. Aku yang semakin berang dengan tingkah Amir itu terus menerpa ke arahnya. Namun sayang seribu kali sayang apabila tiba-tiba kaki kananku tersepak kaki kiriku dan membuatkan aku sekali lagi berada di dalam pelukan Amir.

Saat itu jantungku berdegup pantas, mungkin kerana rasa cemas dan terperanjat yang hadir tiba-tiba. Aku terus kaku di dalam pelukan Amir untuk beberapa saat.

“Sudah cukup lah buat drama swasta dekat sini. Daripada tadi orang tengok kau orang bertekak. Aku tengah macam ni pun sempat lagi kau orang berpeluk ye,”aku dan Amir bagai baru sedar akan keadaan diri kami. Seraya itu aku melepaskan diri daripada pelukan Amir dan terus berjalan menuju ke tandas. Mukaku sudah merona menahan malu. Hish, tak pernah terlintas di fikiranku benda ni akan terjadi.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA