novel : musuhku cintaku 1



Konsentrasiku terhadap pembelajaran yang di ajar oleh guru di hadapan kelas sedikit terganggu apabila hujung tudungku di tarik-tarik daripada belakang. Aku mengengsot ke hadapan sedikit dan cuba menumpukan perhatian. Namun segalanya hanya sia-sia. Memang kejam makhluk yang berada di belakangku ini ! Dengan hati yang sebal, aku berpaling ke belakang.

“Kau nak apa sengal ? Aku nak belajar ni,”kataku geram kepada makhluk kejam dan tak pernah nak faham bahasa pernah aku itu. Dia hanya menyengih, menayang baris giginya yang putih itu.

Melihat tingkahnya yang sebegitu, aku berpaling ke hadapan semula. Sekali lagi tudungku menjadi mangsa tangan raksasa itu. Ni memang nak kena ! Getusku geram.

“Hoi sengal ! Kau apa hal main tarik-tarik tudung aku ? Teringin nak pakai tudung ke?!”tanpa sedar aku sudah berdiri dan menengking makhluk itu.

“Mia Nur Maisarah ! Awak kenapa ? Duduk !”keras suara Puan Arifah memberi arahan. Aku sedar semua mata memandang ke arahku. Aku terus menundukkan wajah menahan malu yang amat. Aku terdengar suara tawa makhluk yang bernama Haikal itu. Kurang asam kau ! Tak apa. Ada kari ada Baba’s, ada hari aku balas.
-,-,-,-,-,-,-,-,- ,-,-,-,-,-,-,-,-,-

Awal pagi lagi aku sudah terpacak di hadapan garaj motosikal yang dikhaskan untuk para pelajar. Mataku meliar mencari-cari motosikal milik Haikal. Misi membalas dendam akan aku laksanakan ! Sedang aku tercari-cari, anak mataku terpandang motosikal EX5 biru di baris hujung sekali. Senyuman kemenangan menghiasi bibirku. Kau tak akan terlepas Haikal ! Getusku di dalam hati dan terus tergelak jahat.

Mataku melingas memerhatikan keadaan sekeliling, takut-takut ada orang yang perasan akan kehadiran  aku di garaj motosikal itu. Namun tiada seorang pun kelibat manusia yang aku nampak. Mungkin masing-masing sedang duduk di dalam kelas.Getusku dan terus mencangkung di sisi motosikal Haikal.

“Oh, kau nak kenakan aku ya ? Jangan harap ! Ingat aku ni tak reti nak balas dendam ? Hah ! Sekarang ambik kau!”ujarku perlahan sambil terus mengeluarkan angin daripada tayar motosikal Haikal. Setelah pasti kedua-dua tayarnya kempis, aku bergegas meninggalkan tempat itu bersama senyuman.

Tiba saja di dalam kelas, tawaku meletus kuat. Akhirnya misi membalas dendam telah dapat ku laksanakan dengan jayanya. Rakan-rakanku yang lain hanya memandang pelik. Ah, peduli ape aku ? Yang penting aku puas ! Aku menjerit di dalam hati dan terus melangkah ke arah tempat duduk ku.

“Hai Haikal,”sapaku pada Haikal yang sedang duduk di tempatnya di belakangku. Dia memandang aku dengan pandangan yang pelik. Namun senyuman terus  menghiasi bibirnya.

“Hai Mia Nur Maisarah. Apa mimpi kau baik sangat tegur aku hari ni ?”amboi ! Siap sebut nama penuh aku lagi si Haikal ni. Ingat pulak dia. Eh, mestilah dia ingat sebab aku kan famous. Okay, perasan ! Aku mengutuk diri sendiri di dalam hati.

“Tak kan dapat mimpi je baru boleh tegur kau kot,”kataku dengan lagak manja.

“Tak lah. Tapi pelik lah kau hari ni,”ucap Haikal terus-terang. Aku pula terus melebarkan senyuman.

“Tak ada lah. Setiap manusia perlu berubahkan. So, aku tengah cuba berubah untuk jadi lebih baik. Eh, aku ada hal sikit lah. Nanti kita borak lagi ya,”jadi lebih baik ? Puiiihhh ! Aku membebel sendirian di dalam hati.

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 2 : I LOVE YOU, JOM BERCINTA