novel : musuhku cintaku 10


POONNNNN !!!!!!!

Bunyi hon yang kuat daripada depan rumah mak long sedikit mengejutkanku yang sedang bersiap. Ni mesti kerja si Haikal ni ! Kurang asam ! Omelku dalam hati. Seketika kemudian aku terdengar suara mak long dan Haikal di tingkat bawah dan aku terus melangkah mendapatkan mereka.

“Hoi Haikal gedik ! Kau apa hal main hon-hon ? Pencemaran bunyi tahu tak !”sergahku ketika sedang melangkah turun.

“Kus semangat ! Mia, satu hari tak buat mak long terkejut tak boleh ke ?”marah mak long sambil mengusap dada. Aku hanya menyengih.

“Entah kau ! Suara kalau merdu tak apa jugak ! Dah macam Pontianak sakit tekak je aku dengar suara kau tu !”apa ? Dia cakap suara aku macam Pontianak sakit tekak ? Hampeh punya orang !

“Kejam kau ! Siap lah aku kerjakan kau !”ujarku geram lalu berlari mendapatkan Haikal yang sedang menyorok di belakang mak long sambil ketawa. Aku terus mengejarnya dengan muka bengang.

“Eh, sudah lah ! Korang ni dah tua pun boleh main  kejar-kejar lagi !”bebel mak long namun tidak sedikitpun dihiraukan oleh aku dan Haikal. Malah dengan mak long sekali kami ajak main kejar-kejar satu rumah.

“Sudah ! Penat aku !”jerit mak long tiba-tiba. Seraya itu, aku dan Haikal berhenti berlari. Namun sempat lagi tanganku menarik telinga Haikal. Dia mengaduh kesakitan dan aku hanya menyengih kemenangan. Tiba-tiba Haikal mencubit pipiku. Ni tak boleh jadi ni !

BUUUKKK !

Terlentang Haikal apabila kena wrestling dengan aku ! Huh, nak ajak gaduh dengan aku, memang tu makan dia !

“Mia Nur Maisarah dan Haziq Haikal, aku kahwinkan jugak kang !”bebel mak long nyaring.

“Bila ?”soal Haikal tiba-tiba. Aku sudah menepuk dahi. Ada yang makan kaki pulak nanti ni !

“Apa yang bila ?”tanya mak long dengan muka kehairanan.

“Kahwin lah,”seraya itu aku mencampak bantal kecil ke muka Haikal. Tak reti malu betul budak ni !

“Siapa yang nak kahwin ?”

“Saya dengan Mia lah,”tak boleh jadi ni ! Seraya itu aku menghampiri Haikal dan terus menumbuk perutnya sekuat hati.

“Siapa nak kahwin dengan kau ?!”

“Kau tak nak kahwin dengan aku ?”soalan Haikal itu aku balas dengan gelengan kepala dan kemudian mencebik.

“Ruginya kau ni ! Kau tahu tak aku ni lelaki idaman Malaya. Semua orang sibuk nak dekat aku, tapi aku tolak sebab aku kesian dekat kau sebab tak ada orang yang nak nanti,”macam lah aku ni tak laku sangat. Saat itu juga kepala berpusing, pandanganku berpinar-pinar.

“Kau cakap macam tu lagi, confirm aku pengsan ! Aku dah pening ni, geli tekak aku. Terasa macam nak terkeluar balik ayam goring semalam,”ujarku sambil buat muka. Aku lihat Haikal hanya mencebik. Comel ! Opsss…

“Kalau suka kata suka, jangan nanti putih mata.”ceit ! Berpantun pulak dah mamat ni.

“Hoi, kau tak payah nak berpantun sangat lah ! Terima je lah kenyataan aku tolak kau !”

“Ceh, tak nak mengaku lagi tu yang dia suka kita yang macho lagi hensem ni. Suka kan ?”giat Haikal sambil terseyum nipis.

“Tak !”aku menjawab tegas.

“Suka !”tak nak mengalah betul pak cik sorang ni ! Wrestling jugak kang !

“Tak !”

“Tak !”

“Suka !”opsss.. Silap cakap dah ! Seraya itu aku menutup mulut. Haikal di hadapanku sudah ketawa lepas. Kureng punya budak !

“Hoi, sudah-sudahlah. Penat mak long tengok. Cepatlah, kata nak balik kampung !”bebel mak long tiba-tiba dan di saat itu juga berdesup aku dan Haikal menjauhi mak long. Huish, siapa yang tahan dengar bebelan beliau !

Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.