novel :musuhku cintaku 11


Perlahan aku mengatur langkah, mak long dan Haikal masih setia di sisi sedari tadi. Aku menarik nafas dan menelan liur. Perit !

“Assalamualaikum mak… abah…”aku memberi salam dengan suara tertahan-tahan. Debaran di dada kian hebat.

“Waalaikumussalam…”terlayar wajah ibu dimuka pintu. Aku lihat wajah tua itu sedikit terkejut. Namun aku masih membisu dan mematungkan diri di tengah laman.

“Mia, akhirnya kau balik juga,”tiba-tiba ibu meluru ke arahku dan memeluk erat tubuhku. Air mataku terus jatuh menitis membasahi pipi.

“Ibu…”perlahan aku bersuara menutup rasa di hati. Daripada kejauhan aku terpandangkan kelibat abah. Dia turut sama memandangku sambil mengesat mata. Abah menangis ? Fikirku dan sesaat kemudian abah hilang di balik dinding.

“Abah..”meleret aku memanggil namun tidak sedikitpun abah berpaling ke arahku.

“Jom masuk, abah ada dekat dalam. Long, Haikal jom masuk,”ajak ibu sambil tanganku terus digenggamnya. Aku hanya membiarkan saja kerana sesungguhnya aku amat merindui pegangan daripada tangan tua itu.

“Err~ saya balik dululah mak cik. Esok saya datang lagi,”Haikal meminta diri. Aku hanya memandang dan tersenyum saja sebelum keretanya hilang daripada pandangan.

-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-,-

-Mia, kau dekat kampong eh sekarang ?-

Malam itu seusai makan, aku terus memerap di dalam bilik. Aku ingin untuk berbual dengan ibu lebih lama, tetapi akibat terlampau letih aku meminta diri dahulu. Ketika aku sedang bersendirian di dalam bilik, tiba-tiba aku menerima pesanan daripada Naily.

-A’ah. Why my dear ?-

Aku membalas dengan senyuman. Semenjak peristiwa aku ditemukan dengan Haikal seminggu lalu, aku, Naily dan Sarah hanya berhubung melalui telefon.

-Esok aku dengan Sarah nak datang. Bak alamat-

Aik, boleh pulak macam tu ? Aku baru je nak manja-manja dengan ibu esok. Omelku namun tetap aku hantarkan alamatku padanya.

-Okay, see u tomorrow dear !-

Pesanan terakhir Naily itu tidak ku balas lalu aku letakkan kembali telefon bimbitku di atas katil. Kaki ku pula terus menginjak lantai kembali untuk beralih ke meja belajar ku dahulu. Aku rindu nak duduk dekat situ lagi. Namun belum sempat aku  memcecahkan punggungku di atas kerusi empuk itu, telefon ku berdering menandakan ada panggilan masuk. Hish, siapa lagi lah ni ! Omelku geram sambil mengambil kembali telefon bimbitku.

“Assalamualaikum..”sambutku setelah menilik nombor di telefon bimbitku itu. Langsung tak kenal !

“Waalaikumusalam Mia ! Mia, Amri ni,” Amri ? Kawan aku tu ?Ya Allah !

“Amri ? Budak 5 Sains 1 tu ?”soalku tidak percaya.

“Ye lah Mia ! Hey girl, what’s up ? Apa fasal dulu awak blah macam tu je ? Awak marahkan Haikal ya ?”err~ mana pulak dia ni tahu ? Mesti Haikal ada cakap ni.

“Err~ mana awak tahu saya marahkan dia ?”

“Awak lupa ke Tasha tu kan sepupu Haikal, so mesti dia tahu,”

“So, apa kena Tasha dengan awak ?”sengaja aku menggiat Amri.

“Err~ kan Tasha tu.. Girlfriend saya,”tergagap Amri bersuara. Misi mendengki akan berlangsung bermula daripada sekarang.

“Ye ? Sampai hati awak tak pernah bagi tahu saya kan ! Macam ni ke kawan baik ? Saya kecewa dengan awak !”ujarku dengan nada lirih. Ceh !

“Err~ sorry Mia, bukan saya tak nak cakap dengan awak. Sebenarnya saya nak cakap masa kita nak buat kerja Sejarah tu. Tak sangka pulak awak dengan Haikal kena tangkap. Lepas tu saya dah tak dapat contact awak sampai sekarang. Ni pun saya minta nombor awak daripada Haikal,”terang Amri sedikit cuak. Aku sudah menahan tawa, takut juga mamat ni.

“Mana awak jumpa Haikal ?”

“Err~saya dekat rumah mak dia sekarang ni,”lah ! Dia ada dekat rumah Haikal sekarang ? Patutlah baru dapat contact aku ! Hampeh..

“Mia, Haikal nak cakap !”belum sempat aku membantah, suara Haikal telah menyapa gegendang telingaku.

“Hai my dear !”ucap Haikal dan terdengar tawa kecilnya dan Amri. Bengong punya kawan !

“Kau nak apa ?”jawabku malas.

“Hai garangnya ! Tadi punya lembut cakap dengan Amri ! Aduh !”dihujung ayat dia mengaduh. Mesti kena wrestling dengan Amri. Padan muka ! Terima kasih Amri.

“Kenapa ? Kena belasah ? Padan muka !”ucap ku sambil ketawa kecil.

“Suka pulak dia ek ? Tak apa. Siapalah kita ni berbanding Amri kan !”sekali lagi aku terdengar dia mengaduh. Memang sah kena wrestling dengan Amri tu. Padan  muka !

“Sayang, Amri belasah aku ni !”jerit Haikal di corong telefon bersama suara pekik Amri sebelum mereka ketawa terbahak-bahak. Gila ! Omelku dan terus menutup telefon. Seminit kemudian, terdengar bunyi mesej masuk.

-Sayang, kau dah ngantuk ek ? Tak apalah. Esok kita jumpa ya ! Amri dengan Tasha teringin sangat nak jumpa kau ! Aku lagilah teringin. RINDU !-

Aku membaca mesej daripada Haikal itu dan tanpa sedar senyuman tersungging di bibir. Sengal punya Haikal !


Comments

Most readers

cerpen 7 : KERANA C.I.N.T.A

cerpen 10 : Oh ! Pilot Hatiku.